Tuesday, September 29, 2015

AKu kata itu dan ini


Aku kata ini,

Aku larang itu dan ini,

Kerana sayang ku kata begitu,

Walau diri ini tidak lah se sempurna yang lain,

Tegur yang mana perlu,

Di kata berleter,

Tidak suka leteran,

Takkan lah diri ini perlu diam,

Jika melihat satu kesalahan,

Jangan risau,

Ku tegur,

Ku suruh itu dan ini,

Jika tiada masih di turut,

Ku akan diam,

Diam dan terus diam,

Itulah diri ku,

Kerana ku tahu,

Kita hanya mampu menegur,

Mahu ke tidak di turuti,

Itu mengikut dia,

Mengikut hati mereka,

Kita hanya mampu menegur,

Selebihnya redha dan berdoa,

Kepada Dia yang memegang hati.

Peace yoo..


Betulkah cara ku ini????

Soalan yang bermain di minda ketika ini.

Sekian.


Untuk mu wahai hawa


Hawa,
Walau sekeras mana,
Tetap lembut di dalam nya,
Mana boleh hawa menjadi adam,

Hawa,
Ingin di kasihi,
Ingin di sayangi,
Bohonglah jika berkata sebaliknya,

Hawa,
Pelik bagi ku,
Sukar di ramal,
Pening kepala memikir,
Menterjemah bahasa hawa.

Kata itu,
Tetapi bukan itu,
Tetapi ini,
Aduh pening.

Walau pening,
Mereka lah pelengkap adam,
Memberi satu kebahagian,
Melahir generasi baru,

Pelik mereka,
Merekalah yang menjaga anak,
Menjaga rumah tangga,
Menjadi penenang di kala marah,
Menjadi tempat meluah kasih,
Itu lah hawa.

Okay sekian analisis ku tentang hawa.

Lepas ni adam pula ye.

Tegur ku andai ku salah.

Hati itu jangan di matikan


Hati yang bersih,

Memancar menjadi tingkah laku,

Tingkah laku yang baik,

Memberi kesenangan kepada orang lain,

Menjadi baik di mata orang lain,

Akal fikiran memikir berlandaskan agama,

Itulah hati,

Raja diri,

Mengawal diri.

Satu artikel ringkas menyentapkan hati yang mati.

Hehehe...

Tenang aja.

Relax tenang.

Pai.

Memberi satu kebahagian


Aku ingin memberi satu kebahagian,

Tidak kira siapa dia,

Bukan susah,

Ikut sahaja apa kemahuan mereka,

Mereka nak itu,

Mereka nak ini,

Turutkan sahaja,

Tetapi jika kita buat sebegini rupa,

Kita bukan memberi sayang kepada dia,

Tetapi meletak racun kepada dia,

Ini kerana,

Jika sayang,

Kita perlu menilai dahulu sesuatu kemahuan,

Adakah perlu,

Adakah tidak,

Jika tidak,

Jangan di turut kata kemahuan,

Itu sebab agama di jadikan rujukan,

Di dalam semua keadaan,

Semoga kita tidak sangat mengikut kata kemahuan,

Demi mendapatkan satu kebahagian,


Sekian daripada relax...


Kisah taufiq dan hidayah


Percintaan antara taufiq dan hidayah,
Sungguh memeritkan,
Ada sahaja yang menghalang,
Tidak bersatu mereka berdua,
Punah lah satu harapan,
Asal bersama,
Kembali terpisah,
Mereka mencari antara satu sama lain,
Cuba bersatu kembali,
Di halang dan terus di halang,
Sampai bila,
Tidak pula ku tahu,
Yang ku tahu,
Hidayah akan terus mencari taufiq,
Taufiq akan terus mencari hidayah,
Kerana mereka saling memerlukan,
Antara satu sama lain,
Ku mendoakan bertemulah kalian,
Bersatu menjadi satu,
Terjalin tanpa perpisahan,
Semoga di perkenan kan.

Sekian bait-bait ayat daripada relax, kita baca pula artikel di bawah:-


Selalu dan sering kali kita mendengar orang kata di dalam doanya "Ya Allah, berikanlah aku taufiq dan hidayah."

Tahukah anda apa itu taufiq dan apa itu hidayah???

Adakah sama taufiq dan hidayah itu???

Bagi diri relax,

Taufiq itu satu kekuatan. Manakala hidayah itu satu petunjuk.

Taufiq perlu ada untuk melaksanakn satu hidayah. Jika tidak, hidayah akan terus menjadi hidayah tanpa satu perubahan.

Perubahan akan berlaku jika kita punyai taufiq dan hidayah.

Fahamkah kalian apa yang relax ingin sampaikan????


Sebagai contoh, terdetik di hati mahu menutup aurat dengan sempurna. Ini di panggil hidayah. Kekuatan kita mengikut apa yang terdetik di hati itu di panggil taufiq.

Secara senangnya begitulah.

Harap korang faham la apa yang relax nak sampaikan.

Tata..

Tegur ku andai ku salah.


Boleh kah kita ke syurga bersama???


Saya mahu ke syurga bersama awak.

Satu soalan yang bermain di minda ku,

Entah mengapa diri ini memikirkan soalan ini,

Boleh atau tidak,

Setiap orang Islam relax pasti punyai jawapannya,


Jadinya jawapan untuk soalan ini ialah:

Bolehkah saya bersama awak hingga ke syurga?

Boleh jika mendapat keredhaan Dia selalu.
Jika tidak, bahagia kita di sini. Terseksa kita di sana.

Kuncinya ialah, cuba sedaya upaya mendapatkan keredhaan Dia. Jangan mengaku kalah. Kita orang Islam perlu kuat di dalam bermujahadah. Tersungkur bangun kembali. Kayuh dan terus kayuh mendapatkan Dia.

Itulah jawapanya.

Apa-apa pun, semoga mendapat taufiq dan hidayah kita bersama.

Sekian daripada ku.

Tegur ku andai ku salah.

Peace yooo.


Soalan yang boleh di tanya ketika di interview


Ok baiklah...

Nak tulis apa tah. Lupa pula. Aaaaiiyyoooo....

Mencari kembali idea yang hilang...

Eeeermmmm eeeeerrrrmmmm eeeerrrrmmmm eeeerrrmmmmm
eeeeerrmmmmm eeeeerrrmmm eeeerrmmm eeeerrmmmmm
Thinking...................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Ok baru ingat...

Macam selalu, apabila kita meminta kerja. Di akhir interview kita akan di tanya sama ada kita ada soalan ke tidak untuk  di tanya kepada orang yang interview kita.

Jadi sekarang ni, relax nak tulis antara soalan yang boleh di tanya kepada orang yang interview kita. Antara soalan yang boleh ditanya ialah:-

1. Apakah job scope untuk kerja yang kita minta ini?
2. Company ini ada overtime tak?
3. Bayaran untuk overtime ada tak?
4. Kalau ada overtime, kira macam mana ye?
5. Kalau saya nak berhenti kerja macam mana ye?
6. Socso dan EPF potong berapa banyak?
7. Company Encik/puan mementingkan apa di dalaam kerja?
8. Jika tiada overtime tetapi saya di minta kerja lebih masa macam mana ye?
9. Cuti berapa hari dapat?
10. Apakah kelebihan yang saya dapat jika bekerja di company ini?
11. Gaji naik berapa ringgit setiap tahun?

dan lain-lain. Akan di tulis jika relax ingat lagi di lain hari.

Untuk hari ini relax bagi sebelas dahulu ye.

Se eloknya korang tanya dahulu segala soalan yang berkaitan untuk elak diri daripada di tipu oleh sesebuah company. Apabila korang dah tanya dan berpuas hati barulah korang buat keputusan sama ada bersetuju atau tidak untuk bekerja di situ.

Sekian daripada relax untuk hari ini.

Pai...


Wednesday, September 16, 2015

Sedang menanti satu kata pasti


Hai semua, 16/9/2015. Relax wujudkan tulisan ini, hanya menulis apa yang ada di dalam fikiran ini.


Sedang menanti satu kata pasti,

Sangatlah memenatkan hati,

Apa jalan yang ku ada kini,

Elak hati daripada mati,

Hanya itu yang ku ada kini.

Sabar menanti satu keputusan yang pasti,

Semoga kuat hati ini,

Peace yooo..


Duduk di sini merenung di situ






Duduk di sini,

Sambil menahan diri,

Daripada memasuki gelanggang kepenatan,

Ingat di dalam hati,

Dia yang pasti,

Menenang hati yang bergelora,

Sampai bila tiada pula ku pasti,

Teruskan aja menahan diri.


Monday, September 07, 2015

Menanti satu kerja tiba


Masih tercari kerja yang tiada kunjung tiba,

Mungkin belum tiba masanya lagi,

Untuk ku ke alam kerja,

Sekarang hanya mampu bersabar,

Menunggu tibanya kerja,

Aduh begini rasanya,

Menjadi penganggur terhormat,

Hahaha,

Relax saja,

Rezeki itu ada,

Sudah di tetapkan,

Sebagai hamba kena rajin mencari di manakah sumber rezeki itu,

Huhuhu,


Seseorang menulis ayat di bawah. Relax copy paste aja. Jom kita tengok apa yang dia nak cakap.

Tiba-tiba terfikir. Selamatlah tak kahwin lagi, kalau tak mesti lagi pening nak memikirkan soal kerja. Sekarang ni hanya mampu support diri sendiri, tu pun kena belanja sambil fikir-fikir mana perlu atau tidak. Kalau dah kahwin tanggung bini dan anak lagi. Ish, nampak benar tak mampu lagi nak kahwin. Hahaha... Apa-apa pun respect dekat orang yang kahwin awal. Confirm orang yang kahwin awal ni seorang yang rajin dan beriman. Rajin cari nafkah dan mampu bersabar dengan ujian di dalam perkahwinan. Gua respect lu bro. Torbaik. Thumbs up.

Oklah relax, sekian daripada saya.


Tudia apa la yang dia cakap ni. Ish-ish, sabar je la, yang mengalah untuk mencari sumber rezeki. Berusaha dan yakin lah kepada Dia ye.

Sekian artikel kali ini.

Peace yooo.

Lalalala,

PTPTN tak bayar lagi. Aiyo, fresh graduate tiada kerja sudah ada hutang maa. Nasib badan.

Kesimpulannya, belajar la betul-betul, dapat grad yang OK seterusnya PTPTN di anggap biasiswa tak payah bayar maa...

Ok lah pai pai.


Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!