Thursday, July 30, 2015

Datang dan pergi


Mana mungkin kau tahu erti kerinduan,
Jika tiada cinta di hati,
Rindu,
Menyapa di kala kesunyian,
Tiada di minta tiba-tiba hadir,
Jika adanya ubat rindu,
Tentu ramai membelinya,
Dahulu bersama tidak lagi kini,
Di pisah dengan satu kematian,
Pilu tiada nampak,
Di sembunyi dengan satu senyuman,
Jika di amati matanya,
Dapat dilihat sedihnya diri,
Bertabah lah wahai insan,
Kita datang,
Kita pergi,
Lumrah alam.

Monday, July 27, 2015

Bisikkan alam


Berseorangan itu mendatangkan ketenangan,
Ketenangan itu bagi ku mengasyikkan,
Terbuai mimpi alam,
Satulah ia menjadi satu,
Angin lalu membawa keindahan,
Lalu mata itu ku pejam,
Merasai sentuhan angin,
Mendengar bisikkan angin,
Ku hayati keadaan itu,
Meraih satu ketenangan,
Terlalu lama ku di sini,
Tiba masa ku berundur,
Wahai angin,
Nanti ku datang kembali,
Mendengar bisikkan mu.

Berseorangan selalunya ketenangan kita dapat,
Berdua itu selalunya kegelisahan kita dapat,
Kegelisahan daripada bisikkan,
Bisikkan daripada api asalnya,
Mintak sama sama di jauhi,
Daripada asalnya api.

Sekian nukilan daripada ku terhasil daripada bisikkan alam.

Tegur ku andai ku salah.

Pai.

Monday, July 20, 2015

Ramai itu menjadi sedikit


Dahulu ramai,

Riuh rendah di buatnya,

Meriah di rasai,

Tetapi kini,

Yang tinggal hanya huruf 4,

Mengapakah jadi begini?

Jawablah selain 4,

Memang benar masa itu merubah semuanya,

Satu hari nanti,

Mungkin yang 4 pun begitu,

Hanya Dia yang tahu.

Walau apa pun,

Ramai itu tetap 4.

Tentu sedih jika ramai menjadi empat seterusnya kosong.

Pilihan di tangan kita.

Lalalalala

Tidak samalah keduanya


Ooppsss lupa memberi salam.

Assalamualaikum

Dari dulu hingga kini,
Cakap itu dan ini,
Lain kata lain dalam ni,
Bila nak seiring ni,
Aduh mungkin diri ini,
Terhalang oleh sesuatu perkara ni,
Susah di ungkap benda ni,
Biarlah perkara ni,
Terungkai dengan sendiri,

Eermmm susah nak seiringkan.

Lebih gemar melukakan.

Walau penyesalan itu ada.

Ok apa relax mengarut ni.

Apa jele.

Selamat semuanya.

Peace yoo.

Manusia itu sering tiada puas hati


Berhari raya. Sungguh, relax juga berhari raya. Itu dan ini, dilihat orang membuat anggapan. Mereka tidak tahu benda tiada terlihat. Terasa itu. Terasa ini. Susah, memang susah nak memuaskan manusia. Meja bulat di lakukan. Merungkai pemasalahan terasa. Terbongkar itu dan ini. Ooohhh begitu ceritanya.

Biasa la wahai manusia. Jika di ikut kata manusia dan kemahuan manusia. Susah juga hendak di puaskan manusia ini. Jadinya semat di hati kalian. Jangan di ikut kata manusia. Ikut kata Dia. Di tegah jangan di lakukan. Di suruh lakukan.

Orang lakukan itu dan ini. Api di beri balaslah dengan air. Jangan di balas api juga. Takut membakar keduanya. Tiada apa yang tinggal melainkan debu. Tiada guna di waktu itu.

Sabar dan terus sabar melayan telatah dan kerenah manusia. Allah bersama sama orang yang sabar. (Surah apa tah, tak ingat la).

Sekian kata melompat daripada pemikiran.

Selamat semuanya dan di rahmatilah bersama.

Peace yoo...

Suka duka berhari raya


Sebagai seorang bakal pemimpin. Relax rasa banyak lagi kena belajar. Belajar itu dan ini. Ish2 terlalu banyak.

Eeerrmmmm layan kan aja.

Eerrrmmmm tidak usah di layan.

2 pilihan yang boleh kita lakukan di dalam kehidupan. Sebagai contoh, orang maki kita, kita ada pilihan di atas. Nak layan or tidak mahu layan makian itu.

Jika layan yang di pilih makanya kita pun makilah dia balik or sewaktu dengannya.

Jika tidak mahu layan yang dipilih makanya kita diam dan sewaktu dengannya.

Apa apa jela. Sebenarnya cuma nak ingatkan, setiap apa yang terjadi dalam hidup kita dan berlaku ke atas hidup kita. Kita di beri pilihan nak buat apa dengan perkara tersebut.

Makna kata buatlah pilihan yang tepat dan betul.

Sekian daripada relax.

Tegur ku andai ku salah.

Maaf zahir dan batin.

Pai pai.

Wweerrkkk.... kalis makian dan tomahan negatif. InsyaAllah.

Selamat membuat pilihan.

Thursday, July 16, 2015

Raya tahun 2015


Segala puji bagi Nya. Tuhan sekalian alam. Tahun 2015, pelbagai pengajaran dan tentang hidup relax pelajari.

Pahit getir kegembiraan di tempuh dengan jayanya. Sehingga kini makin bernafas dan masih menempuh dunia ini.

Semoga bertambah kuat dan berjaya lah hendaknya di kemudian hari.

Perkara lalu bukan untuk di kenang, tetapi harus di jadikan pengajaran di kemudian hari. Cari yang positif terapkan di masa ini. Negatif itu harus di tinggalkan, cari penyelesaian untuk sesuatu pemasalahan.

Yeah masih banyak yang perlu di pelajari.

Selamat hari raya maaf zahir batin.

Dia dan dia. Pilih lah Dia. Semoga berbahagia kita sekalian.

Maaf di pinta. Selamat Hari Raya.

Peace yoo...

Tegur ku andai ku salah

Pai2...

Wednesday, July 08, 2015

Berbicara tentang iman


Berbicara tentang iman. Iman penentu akhlak dan pemikiran kita semua.

Tinggi iman, berbudi perkertilah kita. Baguslah akhlak kita. Sabar lah kita.

Lemah iman, kurang ajar lah kita. Panas baran la kita. Penting dirilah kita.

Tahu juga tanggungjawab diri andai iman berpaksi di dada. Tahu kita akan tanggungjawab sebagai seorang anak dan sewaktu dengannya.

Ingatlah wahai diri, ingat lah kita semua, akal dikawal oleh hati, baik hati itu maka baiklah diri itu. Makna kata batin itu baik, InsyaAllah zahir itu turut baik.

Jadinya bersihkan lah hati itu. Elak hati terus keras. Hitam di hati boleh di cuci. Cucinya dengan taubat. Di tambah juga istiqfar.

Kuatlah wahai kalian.

Peace yoo.

Wallahu'alam.

Tegur ku andai ku salah.

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!