Sunday, May 31, 2015

Ayuh mendaki Gunung Cabang



Hai korang, bertemu kembali kita di dalam blog relax tenang ini.

Pelbagai artikel menarik terkandung di dalam blog ini. Kuang kuang kuang…. Menarik ke????

Menarik ke tidak itu tak penting. Yang penting blog ini adalah hasil daripada tarian jari jemari ku. Hehehe… Senyum dan senyum jangan stress ye kepada orang di luar sana yang stress. Sesungguh nya ku tahu.


Oklah setiap tahun rasanya dalam dua gunung akan relax daki. Tinggi yang berbeza beza pula tu. Ada yang tinggi ada yang rendah. Sudah tentulah latihan bagai setiap gunung berbeza beza. Ini kerana bagi mengelakkan kecederaan di anggota badan kita.

Yang terbaru dan baru sahaja di daki ialah Gunung Cabang. Di daki pada 31/5/2014 pada pukul lebih kurang dalam 8pagi dan sampai semula di bawah pada pukul 10malam. 

Masa daki lebih kurang sama dengan masa turun. Sepatutnya masa turun akan kurang daripada masa daki. Biasalah, ada lah sebabnya tu. Sekian sedikit sebanyak ataupun ringkasan tentang perjalanan ke gunung cabang ni ye. Oohh lupa, sebelum sampai ke Gunung Cabang, kita akan sampai dahulu ke Puncak botak.


Gunung,

Tempat ku melepas segala perasaan,

Terlepas juga lelahnya kehidupan,

Dapat ku peroleh semangat,

Semangat untuk ku melangkah ke hadapan,

Setiap jalan yang ku lalui,

Ku bayang laluan kehidupan,

Ku redah tanah curam,

Rimbunan pokok di jalanan,

Ini semua ku anggap halangan kehidupan,

Untuk peroleh pemandangan yang indah,

Kesejukan di awangan,

Halangan demi halangan perlu ku redah,

Inilah kehidupan,

Penuh dengan rintangan,

Perlu di tempuh rintangan,

Rintangan demi rintangan,

Akhirnya itu,

Ya,

Itu lah tujuan kehidupan.


Sekian daripada ku, 

Kali pertama kena gigitan benda terbang, lalu sengatnya melekat di leher ini, perkara biasalah benda ini, tak sangka, kesan ini membengkak dan mengatalkan seluruh tubuh ini, aduh mengapakah begini, sedangkan orang lain tidak sedemikian rupa, selamat tidak berpanjangan, mungkin sengatan ini hanya memberi salam, terima kasih sang empunya sengatan.

Sekian daripada ku,

Relax tenang,

Peace yoo.


Saturday, May 23, 2015

Cerita di kedai makan


Salam, hai korang. Cerita hari itu.

Macam ni ceritanya.

Jalan ceritanya bertempat di kedai makan tempat belajar relax.

Sesudah makan ku sudahi dengan melihat sekeliling ku. Entah mengapa mata ku terpandang seorang wanita yang pada pandangan ku seorang yang ranggi. Ku melihat tingkah laku nya. Cuba menafsir apa yang di fikirkannya. 

Ku terfikir mengapakah dia begitu rupa. Entah la, makin ku cuba selami diri dia. Makin pelik ku rasakan. Pening ku memikirkan. Lalu ku biar dia di alam nya. 

Ku kalih pandangan di tempat lain. Mencari mangsa baru untuk ku perhati gelagat mereka. Sedang ku mencari, wanita tadi lalu di hadapan ku. Di waktu ini nasi sudah tersedia di hadapannya. 

Kali ini ku tersentak. Semua gara-gara wanita tadi. Tersentak dek kerana melihat dia sebelum menjamah makanan. Tidak ku sangka begini rupanya wanita itu. Ketika ini, sesuatu bermain di fikiran "sungguh tiada boleh kita menilai seseorang daripada luarannya." Mana tidak ku beranggapan begitu, wanita yang ranggi di luarnya dengan kusyuk menadah tangan lalu berdoa sebelum makan. 

Ish2 tak sangka. 

Jika di lihat penampilannya jauh benar daripada perbuatannya. 

Pengajarannya:
- Jangan mudah sangat menilai seseorang. 
- Berbaik sangkalah dengan orang dan berhati hatilah dalam semua hal.

Sekian daripada relax.

Tegur ku andai ku salah.


Sunday, May 17, 2015

Akan ku cuba membentuk


Kau menulis,

Mata pena di atas kertas,

Terhasillah perkataan perkataan di fikiran,

Di lihat orang,

Tersentak,

Menangis,

Gembira,

Itu terserah kepada kau,

Bagaimana mata pena itu di bentuk,

Aku membentuk mengikut kemahuan ku,

Kau membentuk mengikut kemahuan kau,

Berbeza beza bentuknya,

Tetapi kita sama,

Kita berpegang kepada satu,

Matlamat kita sama,

Kau cara kau,

Aku cara aku,

Apa tujuan di bentuk,

Aku tahu,

Aku akan terus membentuk,

Membentuk apa di fikiran,

Terhasilah ia untuk tatapan,

Sekian daripada aku.

Aku tak suka itu dan ini


Aku tak suka orang kutuk aku,

Aku tak suka orang marah aku,

Aku tak suka orang maki aku,

Bagi relax semua orang tak suka benda negatif berlaku ke atas diri mereka. Termasuklah juga semua orang pasti tak suka orang buat benda negatif kepada diri mereka.

Tetapi bagi ku ada benda yang relax rasa benda yang kita tak suka harus di tukar kepada suka seperti:

Aku tak suka di tegur.
Adoi oit, benda ni kena suka la manusia oit sebab tegur itu salah satu tarbiah daripada Allah kepada kita. Kadang-kadang Allah tak tegur terus kepada kita. Lalu di gerakkan orang sekeliling kita tegur kita di atas kesalahan diri. Jika tak suka di tegur di atas sesuatu kesalahan makna kata kita dah tolak satu nikmat daripada Allah. Ish-ish belajarlah diri untuk suka di tegur ye manusia sekalian.

Aku tak suka di paksa.
Adoi tepuk dahi relax ni dengar tak suka macam ni. Kadang-kadang kita harus di paksa oleh orang lain di dalam sesuatu kebaikan. Sebagai contoh, kawan kita paksa kita bangun solat subuh sewaktu kita nyenyak tidur. Tak kan lah paksaan seperti ini kita tak suka pula. Tak suka di paksa itu boleh tetapi di dalam sesuatu hal ye. Bukan hal kebaikan. Contoh lagi satu, ayah kita memaksa kita menutup aurat. tak kan lah kita tak suka paksaan ini. Nak tak nak ayah kita hanya menyampaikan saranan Allah kepada kita iaitu menutup aurat. Bukankah Allah sendiri yang meminta kita menutup aurat. Jadinya apabila ayah kita paksa kita tutup aurat sebenarnya bukan atas arahan dia tetapi atas arahan Allah. Sesuatu yang baik itu semua di suruh Allah, jadi jika kita di paksa melakukan kebaikan paksakan lah diri anda untuk melakukannya walau diri tak suka di paksa.

Aku tak suka orang ambil tahu tentang aku.
Ni lagi satu tak suka yang relax rasa kena tukar kepada suka sebab tak kan lah kita tak suka jika kawan kita bertanyakan kita ke mana? Nak balik pukul berapa? dan sebagainya. Jika kawan kita bercakap begitu itu bermakna dia ambil berat dekat kita. Sepatutnya kita seronok dapat kawan macam tu. Nanti bila kawan kita tak ambil kisah pasal diri kita, kita rasa tacing pula. Manusia itu suka di ambil berat. Jadinya jangan tak suka pula orang lain ambil berat dan ambil tahu pasal kita yo.

Ok lah sekian ulasan untuk kali ni tentang perkara yang relax rasa tak suka kita kena tukar jadi sukakan. 

Yang lain mungkin relax ulas di lain hari ye.

Wokay. Adiyos tatata. bler bler bler.

Lalalalalalalalalalaa.

Pai pai

Tegur ku andai ku salah.

Assalamualaikum.

Aku yakin jawapan aku betul


Assalamualaikum semua,

Hari ni nak cakap sikit kat korang tentang budaya menegakkan sesuatu perkara.

Hari tu ada bersembang dengan seseorang dan seseorang itu bercakap:

“Aku ni kalau merasakan apa yang aku cakap ni betul. Aku akan cuba membetulkan apa yang aku cakap ni.”

Ok bagi ku ayat di atas boleh di pakai tetapi haruslah mengikut keadaan dan apa yang di cakapkan itu.

Cuba bayangkan kalau ada dua orang yang berpegangan seperti di atas bertemu lalu mereka berbeza pendapat. Relax berani jamin tentu tiada jalan penyelesain yang di temui kerana dua-dua mahu betulkan pandangan mereka. Tidak mahu mengalah.


Kita ambil contoh kisah seperti di bawah ye:

Situasi nya begini, Si A hanya mengetahui maksud ‘memerlukan’ di dalam English ialah ‘need’. Manakala si B hanya tahu maksud ‘memerlukan di dalam English ialah ‘want’. Si C pula tidak tahu terus maksud ‘memerlukan’ di dalam English apa dia.

Cerita bermula begini:

Si C bertanyakan apakah maksud ‘memerlukan’ kepada si A dan S B. Lalu si A cakap maksud ‘memerlukan’ ialah ‘need’. Manakala si B pula cakap maksud ‘memerlukan’ ialah ‘want’. Lalu berlakulah pertelingkahan di antara mereka berdua di sebabkan ini. Dua-dua (si A dan si B) berusaha menegakkan apa yang mereka tahu dan tidak mahu mengalah kerana dua-dua merasakan jawapan mereka betul.

Yang peningnya ialah si C la sebab ada dua jawapan yang dia dapat dan tidak tahu mana satu yang betul. Di sebabkan pertelingkahan dan tiada tolak ansur di antara si A dan si B (Dua-dua berkeras mengatakan jawapan masing-masing yang betul), jadinya tiada jawapan yang si C dapat.
Sekian cerita kali ini.

Berdasarkan cerita tadi agak-agak kalian, kalian dapat tak apa-apa message atau pun pengajaran berdasarkan cerita di atas??????

Ok lah macam ni, kadang-kadang kita perlu mengalah di dalam menegakkan sesuatu perkara yang melibatkan kekhilafan dan kita rasa punyai banyak jawapan di atas persoalan tersebut. Jika masing-masing berkeras mahu mengatakan jawapan mereka betul, di situ mana ada penyelesaiannya. Kita haruslah belajar menerima apa kata orang, menerima tidak semestinya berpegang pada jawapan itu. Sebaliknya kita menerima untuk kita lebih kaji apakah benar jawapan orang lain itu.


Tuntasnya daripada cerita tadi ialah kita tidak boleh lah terlalu membetulkan jawapan kita dan tidak menerima jawapan orang lain kerana jawapan yang diberikan berdasarkan ilmu di dalam diri. kita hanya jawab berdasarkan apa yang kita tahu dan ilmu di dalam diri sendiri. Di sebabkan ilmu di dalam diri setiap orang berbeza-beza, makanya jawapan yang diberikan juga berbeza. Tingkatan ilmu di dalam diri pula tiada siapa yang tahu melainkan Dia yang Esa. Jadinya jangan suka sangat ataupun terlalu membetulkan jawapan kita, cubalah menerima jawapan orang lain sama. Bertolak ansur lah wahai kawan-kawan ku.  


Korang kena ingat tau, mengalah bukan bermakna kita membenarkan kata mereka tetapi kita cuba mengelakkan satu pertelingkahan. Tetapi jika pertelingkahan itu melibatkan tentang berlainan agama kita tidak boleh mengalah sebaliknya kita harus terus tegakkan kebenaran Islam. Di dalam menegakkan kita pula tidak boleh berkasar bahasa dan sewaktu dengannya.


Jika seseorang yang jenis menegakkan jawapan dia dan sukar menerima jawapan orang lain dan melibatkan sesuatu hal yang remeh atau pun seseorang yang taksub dengan sesuatu  perkara relax rasa lebih baik kita terima sahaja kata dia walau pun kita merasakan jawapan orang tersebut salah. Tetapi jika korang rasa nak bagi pandangan korang juga silakan. Tiada halangan pun.
Tiada guna bertelingkah dengan seseorang yang tiada guna akal sebaliknya hanya mahu membetulkan apa yang dia tahu dengan cara apa pun. Buang masa bagi relax.



Pengajaranya:
Terima juga apa orang kata. 
Jika mahu juga berdebat pastikan ada bukti yang sahih bukan berdasarkan nafsu semata-mata.
Buktinya pula haruslah di depan mata 
Boleh juga di rujuk apabila di minta.


Sekian daripada ku.
Relax tenang saja.

Tegur ku andai ku salah.


Tuesday, May 12, 2015

Siapa lebih kenal diri kita


Lama dah nak post tentang ni. Bila tak post rasa teringat teringat. Ibarat isi post ni di minta untuk di pamerkan. Haha. Lalu relax pun post la dalam ni. (Ops poyonya ayat)

Siapa paling kenal diri kita?
Allah.

Sebab itu Dia dah tetapkan undang-undang ke atas diri kita. Kita tak boleh buat itu, tak boleh buat ini. Kita perlu buat itu, kita perlu buat ini. Ada yang ditegah, ada yang di suruh. Semua ini di lakukan kerana Dia sayang kita dan Dia kenal siapa manusia itu.

Jadinya jika ada perkara yang di larang Dia di lakukan oleh manusia. Sudah tentu lah buruk kesannya kepada diri kita.

Jika kita melakukan apa yang di suruh Allah. Sudah tentulah perkara baik yang kita perolehi. Dia kenal siapa kita lalu disuruh Dia lakukan ini, lakukan itu. He knows who we are.
Jadinya korang nak tau tak apa yang Dia suruh dan apa yang Dia tegah?

Buka Al Quran dan fahami isi nya. Dia ada bagi tau dalam tu apa yang Dia suruh dan apa yang Dia tegah.

Bahagia di peroleh jik kita lakukan apa yang Dia suruh lalu tinggalkan apa yang Dia larang.
Siapakah kenal Aku?

Allah.

Siapakah kenal Allah?

Aku.

Jadinya carilah aku itu.


Peliknya diri ini




Salam pembaca sekalian.


Pot pet pot pet. Ok rasa nak luahkan pendapat dan apa yang terbuku di fikiran sekarang ni. Korang tengok jela apa yang relax nak cakap.


Kadang relax tak faham mengapa manusia ini sering menyalahkan orang lain dalam sesuatu hal. 

Mengapa tidak di salah diri sendiri. 

Relax pelik dengan manusia yang sering bergantung harap kepada manusia dan mempercayai manusia.

Tahukah dia manusia itu akan hilang satu hari nanti.

Mengapa tidak mempercayai Dia tuhan kita Allah.

Bertambah pelik dengan manusia yang merasa diri alone saat banyak orang di sekeliling dia yang mahu rapat dengan dia.

Pelik dan bertambah pelik dengan orang yang cakap buruk tentang orang sedangkan dirinya lebih kurang.

Peliknya diri relax melihat saatnya lapang di siakan. 

Pelik juga relax dengan manusia yang tiada takut erti dosa.

Pelik sungguh pelik diri relax.

Pelik ku dengan kereneh manusia.

Ok pelik juga relax dengan diri relax yang post artikel pelik dalam ni dan apa relax dapat.

Biasa la, post dalam ni untuk menyentapkan diri sendiri dan pembaca lain.

Apa apa pun berbalik kembali kepada iman. Berbalik kembali kepada kepeecayaan. Orang yang mempunyai kepercayaan atau keimanan yang kuat kepada Allah tidak akan merasa diri sendirian kerana dia tahu Allah sentiasa ada untuk dirinya. Dia akan mengadu hanya kepada Allah kerana dia tahu manusia itu lemah dan sukar di percayai. 

Jadinya ayuh kasi kuat itu diri dengan keimanan atau mepercayaan yang kuat kepada Allah.
Sekian daripada ku.

Relax tenang.


Tuesday, May 05, 2015

Khutbah Nikah


Rasanya sepanjang  umur di masa ini, makin ramai kawan-kawan dan sedara mara ku berkahwin. Di hari pernikahan itu juga rasanya dah banyak kali dengar khutbah nikah ni. Cuma tak kesempatan nak tulis dalam blog ku. Hari ni relax berkesempatan tulis artikel pasal alam rumah tangga ni. Ok lah ini lah inti pati yang berjaya relax ambil daripada tok kadi di waktu pernikahan kawan ku.


Khutbah Nikah

Jangan kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu pebuatan yang keji

Wahai manausia bertaqwalah kepada Allah

Perkahwinan itu adalah sunnah Rasullullah

Seorang suami haruslah:
-mmberi nafkah
-berlaku adil
-jgn jadikn istri tmpt melepaskn hawa nafsu
-jgn bercerai kerana dbenci Allah walaupn halal

Berkahwinlah dan janagn bercerai-berai

Tugas seorang suami
-Mencari rezeki yang halal
-Beri nafkah isteri dan anak-anak seperti tempat tinggal, pakaian, makanan dan sebagainya)
-Perlindungan
-Kesihatan(hospital,klinik)
-Memberi pendidikan (agama: asas paling penting, bleh bezakan apa yg baik n buruk, kongsi ilmu lepas dgr ceramah, tuntut ilmu)
- Memberi kasih sayang
- Bayar zakat fitrah
- Mengkhatan
- Mencari jodoh untuk anak
- Mengazan anak
- Bagi nama yang baik kepada anak

Tugas seorang Isteri
- Tunaikan hak Allah seperti tutup aurat dan taat suami)
- Layan suami dengan makruf (baik)
- Saling memberi khidmat kepada pasangan
- Menghias diri
- Jaga kehormatan.

Kesimpulanya yang relax dapat buat daripada atas ni ialah tingkatkan iman untuk melayari rumah tangga kerana iman ialah kunci segalanya. Dengan iman kita akan melakukan tanggugjawab masing-masing. Dengan iman juga kita akan bertolak ansur bersama pasangan. Dengan iman juga kita akan mendidikan anak-anak. Dengan iman juga si suami akan mendidik isteriny ke jalan redha Allah. Dengan iman juga si isteri akan mengikkut kata baik daripada suaminya. 

Semuanya kerana iman.

So, kepada orang yang belum berkahwin tu. Di harap korang boleh lah tingkatkan iman dahulu sebelum korang berkahwin.

Sekiand daripada relax.

Relax tenang

Tegur ku andai ku salah.

Peace yoo.


Sunday, May 03, 2015

Alam peneman setia ku


Apabila ku tiada teman,
Alam menjadi teman,
Menemani diri ini sepanjang hari,
Tiada lagi ku rasa keseorangan,
Ku biar mereka di buai mimpi,
Agar dapat ku bersendirian dengan alam,
Saat ini ku mulai sedar,
Hanya alam peneman setia.

Saat tiada mampu ku buka mata,
Pemandangan ini membuat ku terjaga,
Ku buka mata,
Memacu kekuatan,
Demi satu matlamat,
Di temani alam dan buaian mimpi,
Ku redah kesunyian membelah alam,
Sekian lama ku ternanti,
Akhirnya ku tiba jua,
Terima kasih alam,
Peneman setia ku,
Alhamdulilah.



Sekian kesah diri ku dan alam.

relax tenang


Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!