Monday, March 30, 2015

Jangan terlalu menyintai insan


Okay lah, nak post lagi pasal artikel perkahwinan ni.

Wahai insan,
Dulu ku berharap kepada insan,
Tetapi apa ku dapat???
Hanya sakit di hati,
Lalu ku ambil keputusan,
Jangan berharap kepada insan,
Tetapi berharaplah kepada Ilahi,
Tenang dan redha juga hati ini.

Wahai insan,
Jangan terlalu menyintai,
Banyakkan cinta Allah bukan sang insan,
Dulu ku banyakkan cinta insan,
Apa ku dapat??
Hanya kesakitan yang teramat sangat,
Seksanya ku rasa,
Di sebabkan itu,
Ku pohon kalian,
Jangan terlalu menyintai insan,
Takut sakit nya tak terperi,
Harus menyintai pencipta cinta itu,
Dialah Allah SWT,

Cinta lah Allah sepenuhnya,
Cinta manusia itu insyaAllah datang kemudiam,
Datangnya juga cinta murni,
Kepada insan suri di hati,
Halal lah ia kemudian hari,
Dengan izin Allah.

Tegur ku andai ku salah,

Peace yoo.

Relax tenang saja.

Segalanya tentang perkahwinan


Assalamualaikum semua,

Bertemu kembali kita di dalam blog ku ini.

Sebelum ni relax ada tulis pasal pertunangan. Kali ni relax rasa nak tulis pasal perkahwinan pula.

Tahukan anda perkahwinan itu bukan sahaja satu tempat yang menghalalkan semua perkara. Tetapi perkahwinan itu lebih daripada itu.

Untuk berkahwin, kita perlulah kuat daripada segi semua perkara termasuklah fizikal dan mental.

Jika diri masih lemah atau pun mental masih lemah, lebih baik korang kuatkan jika korang nak berkahwin.

Apabila berkahwin, korang akan ada lebih banyak tanggungjawab.

Itu sebab ku mengatakan kita perlu bersedia daripada segi mental dan fizikal.

Bermacam ilmu perlu kita tuntut jika nak berkahwin dan mendapatkan keluarga yang bahagia.

Ibu bapa yang bertunjangkan Islam sebagai kehidupan mereka, InsyaAllah akan melahirkan keluarga Islam.

Wahai lelaki,
Apabila berkahwin,
Perlu dikau medidik Isteri,
Perlu juga menyara keluarga,
Itu sebab pemilihan isteri sangatlah penting,
Sebab kita sebagai lelaki perlu mendidik mereka,
Perlu di cari isteri yang pandai menjaga diri dan juga harta kita,
Perlu juga di cari isteri yang senang di didik,

Yang ku tahu,
Isteri yang baik dan solehah itu tenang di lihat,
Senang hati kita meninggalkannya saat kita tiada di rumah,
dah lain-lain.
(Pandai-pandai korang la fikir sendiri apa lagi selepas tu)

(Ye la, kena cari yang pandai jaga diri la, kita bukan selalu boleh duduk rumah, kita pergi kerja kan. hehe.)

Oklah, itu je yang relax ada bab mencari isteri ni yang di beri tahu my mom kepada ku.

Erm, jodoh itu sudah di tetapkan, jika benar seseorang itu jodoh kita, pi mai pi mai tang tu juga. Jika seseorang itu bukan jodoh kita buat la macam mana pun, bukan milik kita juga.

So, relax saja bertindaklah sebagai seorang hamba kepada Allah.

Peace yoo.

Tegur ku andai ku salah.

Relax tenang


Segalanya tentang tunang


Pejam celik, pejam celik, dah nak masuk bulan empat dah kan. Cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik ramai dah member yang dah di ijab kabul. Ramai juga member yan dah berkahwin. Tahiah kepada mereka yang dah berkahwin ku ucapkan. Tetapi tak nak bagi tahniah kepada orang  yang dah bertunang. 

Tahukah anda? 
Tunang itu hanya satu tempat untuk mengenali pasangan kita dan juga satu persetujuan untuk kita berkahwin dengan dia. Tunang bukan kata putus mahupun sesuatu tempat yang pasti yang mengatakan orang yang kita tunang akan menjadi isteri atau suami kta.

Eeermm relax harap korang faham apa yang relax nak sampaikan kepada kalian. Pertunangan hanya persetujuan untuk berkahwin dan satu tempat untuk mengenali pasangan kita. Tak semestinya orang yang kita bertunang tu kita wajib berkahwin dengan dia.

Dalam erti kata lain, jika tunangan kita itu di rasakan tidak sesuai dengan diri kita, kita boleh je nak putus kan tali pertunangan itu. 

Itu sebab tunang bukan satu tempat yang menghalalkan semua perkara. Itu juga sebab kenapa tunang itu masih ada batasnya. 

Relax tegaskan lagi sekali, tunang bukan satu tempat yang menghalalkan segalanya dan satu tempat yang pasti mengatakan kita dan dia akan di satukan.

Relax faham korang faham apa yang relax nak sampaikan kepada kalian okay.

Okalah,

Sekian daripada ku,

Tenang-tenang aja.

Peace yoo.

Jangan terlalu selasa selagi kita di dunia.

Tegur ku andai ku silap.

Thursday, March 26, 2015

Usah lah menyakiti hati seseorang





Hati yang di sakiti tidak akan kembali seperti sedia kala seperti mana permulaan cinta di terima.
Banyangan kesakitan sering hadir di dalam permikiran.
Perlukan masa menyembuh hati yang terluka.
Jadinya, usah menyakiti hati seseorang.

Monday, March 23, 2015

Jangan di ikut kata manusia


apa guna ku turut kata manusia,
andai diri masih di sakiti,
lebih baik ku turut kata pencipta manusia,
tiadalah diri di sakiti.

Tuesday, March 17, 2015

DIY tali jam


Assalamualaikum semua,

Di sebabkan tali jam selalu sangat putus dan rosak. Dah letih asyik tukar tali jam baru je dengan harga RM10 (tak ingat berapa, rasa nya RM10)

So, relax terfikir apa la relax nak buat dengan tali jam ni nak bagi tahan lama dan murah sikit.

Fikir punya fikir akhirnya relax buat la macam dalam gambar di bawah.




Tali anyaman daripada tali kasut yang berharga RM1.20 sahaja. Murah dan ringan. Bila pakai rasa macam tak pakai jam. 

Oooh lupa bagi tau, tali kasut baru tau, bukan yang lama. Hehe...

Tutorial nak buat anyaman tali jam ni nanti-nanti relax buat ye. 

Okaylah, 

Relax sahaja,

Segalanya sudah di tentukan oleh Allah.


Monday, March 16, 2015

14/3/2015 pertandingan frisbee


Frisbee.

Korang tahu tak apa itu frisbee????

Ala senang cerita frisbee tu yang macam piring terbang tu. Ala apa susah, kalau nak tahu juga pergi je google.

Mr google sedia membantu korang.

14/3/2015 satu petandingan frisbee telah di adakan di UUM.

Dengan selamba badak nya relax masuk pertandingan ni. Jarang training pula tu.

Dalam pertandingan tu jangan cakap la, rasa nak muntah semua ada. Penat punya pasal. Kena jaga orang la dan kena lari dapatkan disc la. Oooohh sangatlah memenatkan.

Ok, nak bagi tau yang tu je sebagai pengisian di dalam blog ku ni. Bagi berbunyi sikit blog ni, takda la sunyi sangat.

Okalah,

Kata akhir daripada ku,

Jadilah ciptaan bukan pencipta.

Jangan lupa hakikat diri wahai manusia se Islam dengan ku.

Sunday, March 08, 2015

Mencari ketenangan


Assalamualaikum semua, hari ni ada seorang mamat ni minta izin kepada relax nak tulis sesuatu dalam blog ku. Katanya nak luah kata yang tersimpan di dalam diri. Kita tengok je la apa yang dia nak luah ye. 

Ni la luahanya:

+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+

Penat dan penat. Baru awal sem. Relax dah rasa penat. Penat fikir fasal semua benda. Rasa diri lemah je. Bila fikir sikit fasal sesuatu terus rasa pening dan penat. Macam-macam fikir. Di sebabkan terlalu banyak fikir. Relax rasa banyak nak menyendiri je. Nak diamkan diri je. 

Paling tertekan bila fikir fasal final year project. Tak tau apa-apa, padahal final year project ni la penentu habis degree ni. Tengah cuba positive kan diri. Cuba tenangkan diri. Tak nak fikir bermacam-macam.

Di sebabkan tertekan, rasa moody je. Tak boleh bising sikit, rasa tertekan je. Entah la, masih mencari kenapa diri ku begini. Masih mencari ketenangan. 

Baru la tau kenapa member ku dahulu nampak kalut je sem akhir. (Baru faham kenapa)

Semoga diri ku kuat menempuh sem ni.

Doa-doa la diri ku ini habis sem ni ye kepada sesiapa yang mengenali diri ku.

Peace yoo.

Kata akhir daripada ku:
Aku meluah di dalam blog, lebih baik ku luah daripada ku simpan. Seterusnya menjadi satu beban di dalam diri ku. Hahaha, bagaimana hendak ku berdepan dengan manusia jika diri ini masih lemah. 


Cuba lah faham diri ini.

InsyaAllah bertambah tenang dan temui kekuatan.

+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+


Korang dah baca luahan mamat tu kan. Bersama lah kita doakan dia yang sedang tertekan tu. Semoga dia temui ketenangan dan semakin kuat. 

Relax-relax aja bro.

Okaylah sekian post luahan daripada mamat ni. 

Saturday, March 07, 2015

Diam


Baru ku sedar bisanya mulut,

Baru ku sedar tajamnya lidah,

Masuknya merobek hati,

Kini ku diamkan diri,

Diam ku  takut menyakiti,

Diam ku mencari kekuatan,

Rasa diri makin lemah,

Bagaimana hendak ku pimpin,

Jika diri ku makin lemah,

Kini ku diam dan terus diam,

Hanya berserah pada Ilahi,

Tetapi benarkah diam ku ini,

Betulkah cara ku ini,

Entahlah,

Ku rasa ku perlu kurangkan bercakap,

Takut di katakan hanya sembang,

Kurangkan bercakap dan banyakkan apa yang di cakap,

Mungkin ini yang terbaik,

Mungkin,

Tidak ku pasti benar atau tidak,

Cara ku ini.

Tegur ku Andai Ku salah.

Peace yoo.

Wednesday, March 04, 2015

Sweet touching and sweet talking


Assalamualaikum semua

Tengah ber whatsapp. Tiba-tiba seorang kawan memberi dua kalimah di dalam whatsapp itu. Kalimat tersebut ialah "Sweet talk" dan "Sweet touching".

Pernah dengar tak dua kalimah ni????

Okay harap korang pernah dengar kalimah di atas.

Cuma nak cakap beza keduanya pada pendapat relax.

Bagi ku, manusia itu ada empat jenis di dalam bercinta:

Manusia yang pertama (Sweet touching): 
Manusia yang pertama ialah manusia yang tidak pandai di dalam berkata-kata. Tetapi pandai di dalam memberi kasih sayang dengan perbuatan. Manusia jenis ini selalunya sukar atau pun sering gagal di dalam memujuk pasangan melalui telefon atau pun mesage. Ini kerana manusia seperti ini tidak pandai di dalam berkata-kata. 

Manusia seperti ini selalunya pandai memujuk pasangan dengan perbuatan. Dalam erti kata lain, manusia seperti ini tidak perlu membuka mulut untuk memujuk pasangan. Dia hanya melakukan sesuatu untuk memujuk pasanga. Manusia seperti ini di panggil sweet touching.

Manusia yang kedua (Sweet talk):
Manusia yang kedua pula ialah manusia yang pandai berkata-kata. Manusia seperti ini sering mendapat pasangan di dalam media sosial. Ini kerana manusia seperti ini pandai bermain kata. Hanya dengan menggunakan kata-kata sahaja dia boleh memikat seseorang. Tetapi manusia seperti ini tiada daya penarik ketika bersua muka kerana badan dan perbuatan nya sering kaku. Dia tak pandai memberi kasih sayang dengan menggunakan perbuatan.

Manusia seperti ini tiada masalah untuk memulakan hubungan jarak jauh. Selain itu, manusia seperti ini juga pandai memujuk dengan menggunakan mesage.Mansua seperti ini di panggil sweet talk.


Manusia yang ketiga (Sweet talk+Sweet touching):
Manusia yang ketiga ialah manusia yang punyai kedua sifat iaitu sweet touching dan sweet talk. Manusia seperti ini sering menjadi kasanova atau manusia seperti ini boleh menjadi playboy atau playgirl. Manusia seperti ini punyai daya tarikan tersendiri dan selalunya manusia seperti ini peramah. 

Manusia yang keempat (Sweet talk+Sweet touching):
Manusia yang keempat pula ialah manusia yang tiada sifat keduanya iaitu tiada sifat sweet taouching dan swee talk. Dalam erti kata lain, manusia seperti ini buta atau pun kaku terus di dalam bercinta. Tak pandai apa-apa. Selalunya orang yang mahu berjinak-jinak di dalam dunia percintaan akan menghadapi masalah ini. Biasa lah, langkah awal nak mencari sifat di dalam diri. Memang macam ni la jawabnya. Haha..


Okaylah, sekian pendapat ku pasal sweet touching dan sweet talk ni yang berjaya di kupas dan yang relax faham di dalam otak relax.

Pendapat relax je tau benda ni.

Tegur-tegur jangan tak tegur andai ku salah.

Peace yoo.

Musuh yang paling utama perlu di perangi


Eeermm ku kembai lagi membawa berita gembira daripada diri ku ini yang bergelar relax.

Hai semua.

Hari ni rasa nak tulis sikit pendapat relax pasal dunia sekarang ni. Pada pemerhatian ku, orang Islam zaman sekarang banyak yang pandai-pandai. Mereka tak jahil tetapi cuma degil.

Jahil yang relax maksudkan kat sini ialah jahil daripada ilmu asas agama. Relax rasa semua orang di Malaysia ni tahu hukum hakam di mana yang mana boleh di lakukan dan yang mana tak boleh di lakukan di dalam Islam. Cuma nya walaupun diorang tahu hukum hakam. Diorang lakukan juga perkara yang di tegah. Ini kerana sifat degil di dalam diri.

Diri degil untuk mematuhi perintah Allah. Diri degil untuk mengikut syariat Islam. Diri degil untuk mengikut undang-undang Islam. 

Mengapa diri ku benar-benar yakin semua orang di Malaysia ini tahu undang-undang asas di dalam Islam?
Sebab setiap sekolah di Malaysia ini majoritinya ada subjek agama. Di dalam subjek agama ini kan kita di ajar asas-asas di dalam agama.

Cuma faktor persekitaran dan diri yang membuatkan kita tidak boleh mengikut apa yang kita belajar.

Kebanyakkan daripada kita menyerah diri kepada nafsu. Dalam erti kata lain kita menyerah diri kepada musuh kita. Kita biarkan musuh kita melakukan semahunya kepada diri kita.

Jangan lupa satu perkara sahabat. Musuh yang paling utama sebenarnya ialah diri kita sendiri. Musuh yang paling asas untuk kita lawan itulah diri kita. Dapat lawan diri, insyaAllah kita dapat lawan musuh di luar sana, tak kiralah daripada segi apa pun musuh kita tu.

Musuh yang tiada terlihat,

Di dalam diam memakan diri,

Kita tidak ke mana,

Di situ je la,

Kalah sebelum berperang,

Kerana kita tiada sedar kita di kawal musuh,

Musuh itu ialah nafsu.


Jadinya ayuh perangin musuh ini.

Okay lah sekian artikel ku kali ini. 

Peace yooo.

Assalamualaikum.

Tegur ku andai ku salah.


Tuesday, March 03, 2015

Buku yang ku nanti kemunculannya


Assalamualaikum,

Yooo what up, blog ku yang ku kasihi, tempat ku meluah segala isi hati, tak kurang juga satu bebelan ku beri, nasihat pun boleh gak, semuanya ku luah di dalam blog ku. Wahai blog, selalu ada di kala suka, gembira dan juga sedih. Sentiasa ada di samping ku. Okay, don't forget Allah juga selalu ada di samping kita.

Jalan-jalan di dalam library sebab ingat nak pinjam buku tulisan Ramlee Awang Murshid yang lama-lama. Search punya search tengok-tengok ternampak la dua buku ni.



Paakkkkk, tap tap dup dap dup dap hati ni bila nampak dua buku ni. Nak tahu tak kenapa??? Sebab dua buku ni la relax impikan nak baca. Selalu kalau pergi kedai buku mesti tengok buku ni. Nak beli rasa sayang pula sebab harga nya boleh tahan. Nak baca pula sekali je pun. 

Pernah juga cari dalam library lain, tapi tak jumpa. Tiba-tiba sem ni masuk library ni jumpa terus buku ni. Dengan hati yang gembira dan teruja relax pinjam la buku ni. 

Pinjam sambil hati riang gembira. Hehehe.. 

Yeeepppiiii, huuuurraaayyy. Akhirnya dapat baca buku ni. Tapi ada satu lagi buku yang relax rasa nak ambil tadi sebab buku tu pun relax nak baca gak. Tetapi oleh sebab rasa tak payah nak pinjam banyak-banyak nanti tak terbaca pula. Bak kata orang jangan tamak sangat. Haha.. Apa jela. Nak start baca dua novel ni dah nanti. 

Okay saja nak bagi tau, pemimjam pertama tau. Kiranya bernasib baik la relax ni.



Happy happy. Apa je la. Huraay.



Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!