Tuesday, December 30, 2014

Ayat daripada seorang sahabat


Ayat daripada seorang kawan lalu di olah sedikit daripada empunya diri yang sangat besar maknanya bila ku mendengarnya:


"Sesungguhnya diri ku tidak baik, 
tetapi ku teringin jadi baik. 
Lalu ku lakukan apa orang baik
 lakukan, dengan harapan ku jadi baik."



Sekian artikel ku kali ini.

Tegur ku andai ku salah.

Benarkah sayang wahai lelaki?


Aip-aip semua, Salam ku hulur kepada kalian, Assalamualaikum.



Wahai adam,

Benarkah sayang akan di kau kepada si hawa,

Jika tidak membimbing si hawa mengenal Ilahi,

Bukankah di kau sebagai pembimbing,

Di kau juga sebagai penajaga hawa,

Mengapa tidak di didik si hawa sebenar didik,


Wahai adam,

Engkau seorang pemimpin,

Harus tegas di dalam keputusan,

Jangan di biar diri di tindas,

Engkau harus kuat,

Kerana engkau di lahir punyai kekuatan,

Engkau berbeza daripada sang hawa,


Wahai adam,

Ku seru kalian mendidik hawa,

Jangan biarkan mereka hanyut,

Dengan dunia yang semakin gelap,

Tegaslah dalam mendidik, 

Lembutlah jika semakin rapuh,

Ketahuilah wahai adam,

Engkau dayus jika tidak membimbing mereka,


Pengakhiran ayat,
Jika sayang mereka wahai sang adam, bimbinglah mereka sang hawa.


Sekian daripada ku,

Relax

Pai.

Benarkah sayang???


Asssalamualaikum, relax kembali kini, di hujung bulan. 31/12/2014. Esok dah tahun baru. Lebih baik mulakan tahun baru dengan azam yang baru dan buat satu perubahan di dalam diri. Apa perubahannya? Pikir la sendiri.

Mejoriti di luar sana sayangkan keluarga mereka. Mereka sayangkan ibu dan ayah mereka. Apabila orang lain memaki ibu dan ayah mereka, sudah tentu mereka akan marah dan melenting sebab orang lain maki kedua ibu bapa mereka. Selalunya begitu lah. Tak tau lah kalau korang jenis diam je bila ibu dan ayah korang di maki. 

Selalunya isu ibu dan ayah ni sensitif sikit. Ramai yang akan melenting bila sentuh hal ibu dan ayah ni.

Melenting tak melenting, kebenaran harus ku tegakkan dan memberi tahu kepada kalian.

Sekian intro kali ni,



Post ni relax tujukan khas kepada si hawa di luar sana,


Dosa hawa di tanggung oleh bapanya,

Jika si bapa tidak menegur anaknya,

Jika dah kahwin,

Dosa hawa di tanggung pula oleh suaminya,

Jika si suami tidak menegur isterinya,

Hawa pula,

Bila di tanya sayang tak kepada bapa or suami mereka?

Majoriti akan menjawab kata sayang,

Tetapi, tetapi dan tetapi,

Benarkah sayang jika,

Aurat hawa tidak di jaga,

Si hawa tidak menjaga batas-batas mereka,

Mana pergi sayang hawa kepada bapa atau suami,

Mengherat si bapa dan suami ke satu lembah gelap di akhirat sana,

Sayangkah begitu?????


Cuba pikirkan sendiri kata ku ini,


Please hawa, jangan pernah lupa, diri mu tidak keseorangan, sebelum kahwin bapa pembimbing dan penjaga mu, selepas kahwin, suami pembimbing dan penjaga mu.

Sayangilah mereka dengan tidak melakukan satu kemungkaran jika benar sayang kepada mereka.

Tik tok,

Faham ke tidak apa yang relax nak sampaikan ni.

Haha.

Apa-apa je la,

Relax ni memang tak pandai sangat dalam memberi nasihat ni,

Tegur ku andai ku salah,

Assalamualaikum,



Monday, December 15, 2014

Si pemberi tapak biru


Mereka di luar sana mengelar ku romeo, mereka di luar sana mengelar ku jiwang, mereka di luar sana mengelar ku pencinta wanita. Aaaahhhhh, tidak ku tahu di mana jiwang, romeo dan pencinta wanita nya diri ini. Nanti sekejap, asyik bagi bebelan je dalam blog ni kan, hari ni nak cuba jadi mat jiwang pula. Kita santai saja dalam penulisan ku ini ye.

3,2,1 mat jiwang, ku seru mat jiwang muncul. Datanglah memenuhi artikel ku kali ini.


Wahai pemberi tapak biru,

Terharunya ku rasa saat penulisan kertas ku lihat,

Tanpa ku sedar,

Titisan jernih mengalir di pipi ku,

Tiada tertahan sebak di dada,

Saat ku lihat tulisan itu,

Maaf kerana meninggalkan si pemberi tapak biru,

Di saat sebak nya dada ini,

Ku perlu mencari satu ketenangan,

Untuk menenangkan sebaknya hati ini,

Walau diri mu melihat,

Ku biasa-biasa sahaja saat melihat pemberian itu,

Percayalah wahai si pemberi tapak biru,

Terharu ku rasa saat itu,

Tiada ungkapan yang keluar saat itu,

Yang terkeluar hanyalah titisan jernih,

Yang terus membasahi pipi ku,

Hari terindah dalam hidup ku,

Saat tulisan itu ku baca,

Terima kasih si pemberi tapak biru.

Terima kasih tak terhingga ku ucapkkan si pemberi tapak biru,


Si pemberi tapak biru,

Sungguh,

Diri mu telah menceriakan diri ini saat stress menjelma dalam diri,

Terima kasih lagi sekali ku ucapkan,

Lap si pemberi tapak biru.


Okay sekian ayat yang tak berapa nak jiwang ni.

Kata akhir daripada ku,

Maaf lah yo, kalau benar ku jiwang, sudah lama ku menjadi kasanova. Kasanova yang memiliki banyak cinta di dalam diri. Tetapi yang ku tahu, hati ku hanya satu, mana mungkin boleh ku bahagi kan cinta itu kerana hati itu cuma satu.  Jangan pernah mencintai manusia sedalamnya, cintailah Allah iaitu pemilik cinta itu. Inilah cinta sebenar cinta. Peringatan untuk kita yang bergelar manusia. 


Relax tenang saja.

Peace yoo.

Tercatatnya kenangan pada 12/12/2014


Assalamualaikum semua,

12/12/2014

Satu hari yang ku ingati dan harus ku pampangkan di dalam blog ku ini. Hari di mana terharusnya diri dengan sikap-sikap orang sekeliling ku. 

Thanks bro and sis sebab buat relax rasa macam ni. 

Walau tiada perasaan saat itu, tetapi percayalah wahai teman, terharu pula rasa saat tu.

Jarang juga orang buat benda macam tu kat relax.

Cerita bermula pada 11/12/2014 hari khamis di mana 7 orang telah terlibah di dalam cerita ini. Orang tersebut ialah:
1. F_nd_
2. Sy____n
3. A___ina
4. N_z_m
5. A__zul
6. Z__iah
7. S_afi__h (ika)


3 sekawan yang memang ku rapat sangat mereka ialah A__zul, N_z_m dan Sy____n.


Maaf tak pandai bercerita, tulis ringkasan je la. Dah nama pun catatan pada 12/12/2014.

Di dalam pukul 9:00pm bertolak ke seberang untuk pergi bermain Ultimate. Sampai je dah habis ultimate tu. Lepas tu kami pergi makan dekat kedai burger _______(apa tah nama dia, dah lupa). Relax order curry daging burger. 

Lepas makan terus pergi pantai melihat keindahan pantai di waktu malam. Seterusnya pergi macdonal untuk membuat kerja-kerja yang tertangguh. Tapi relax tak buat la kerja-kerja tu. Relax main ultimate dengan F_nd_.

Setelah pagi, selepas solat subuh pergi  tengok sunrise kat pantai. Di waktu inilah mereka telah membuat satu kenangan yang tidak akan ku lupa. Di buatnya video khas untuk ku, ada benda di beri berserta tulisan yang membuat ku terharu. Tak cukup dengan tu, di berinya juga sepasang tapak biru kepada ku. Memang ku tinggal mereka dan berlalu pergi mencari kesunyian. Di mana hanya deruman kereta dan aircond yang dapat ku dengar. Ku buang segalanya di situ. Lalu baru ku mengambil mereka. 

Apa-apa pun terima kasih kepada orang yang terlibat. 

Terbaiklah korang.

Terima kasih tak terhingga juga kepada ketua program kali ini iaitu A___ina. 

Program yang di buat khas untuk Sy____n.

Terima kasih banyak-banyak semua.

Liebe,
A___ina.

Kasi senyum kat korang 6 orang.

:):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):):)

(Mereka 7 orang sahaja yang tahu apa yang berlaku, nak tahu apa yang berlaku tanyalah 7 orang tersebut. Hehehe)



Sunday, December 14, 2014

Ayuh ubah diri


Salam sejahtera dan assalamualaikum semua. Tiba-tiba rasa idea datang dan terus datang untuk ku membebel dalam blog ni. (Apa-apa je la, tengok je la relax nak tulis apa)

Allah dah tutup aib kita. Di tutup sebenar tutup pula tu. Tetapi kita sendiri yang membukanya. Kita menunjukkan buruk kita di kalayak ramai. Kita memberi tahu buruk kita kepada kalayak ramai(memberi tahu dengan cara menunjuk). Lalu kita bersedih orang memandang rendah kepada kita. Kita bertanya kepada diri kita, “Mengapa orang kata aku begini dan begitu?”.

Saat persoalan itu bermain di fikiran, cuba renungkan sejenak dan berfikir sebentar, kenapa orang ramai berkata begitu kepada kita. Mungkin kita ada menunjukkan perlakukan yang kurang sopan dengan orang lain, mungkin juga kita ada menunjukkan sikap yang orang lain tidak suka.

Ketahuilah wahai teman, orang sekeliling akan bertindak mengikut siapa kita di mata mereka, jika keganasan yang kita berikan kepada orang lain, makanya keganasan lah yang kita akan terima kembali.

Jika tiada kesopanan kita di kalayak ramai, makanya tiada kesopananlah orang lain kepada kita. Jika maki hamun yang kita berikan kepada orang lain, makanya maki hamun lah yang kita dapat. JIka kekasaran yang kita bagi kepada orang lain, makanya kekasaran lah yang akan kita dapat. Apa kita bagi, kita akan dapat balik. Itu hokum alam yang ku tahu.

Jadinya, cuba jadi sebenar diri, diri di waktu kita kecil dahulu. Yang tiada tahu erti maki hamun, yang tiada tahu erti kekasaran, yang tiada tahu erti biadap. Dalam erti kata lain,  cuba buang sifat negative atau perangai negative dalam diri.

InsyaAllah, jika sifat negative yang ada dalam diri kita buang. Benda positive akan berlaku kepada diri. Selain itu, orang sekeliling juga akan bertindak positive kepada diri kita.

So, pengajarannya, buang sifat negative di dalam diri.

Itu lah bebelan ku.



Cerita ku:

Jujur ku kata, dahulu ku bermulut kesat, lancang di dalam berkata. Lalu apa yang ku terima ialah orang sekeliling ku juga berkata kesat dan lancang di dalam berkata-kata kepada ku. Dahulu ku tiada tapis di dalam berkata-kata bak kata orang penang, ikut dan je dalam berkata, apa yang ku terima kembali setelah perlakuan ku ialah orang sekeliling tiada tapis juga di dalam berkata-kata kepada ku. Sehinggakan hati ku sakit, sakit dan terus sakit. Sehinggakan tiada tahan menahan sakitnya hati ini.

Lalu ku renung diri mengapa mereka di luar sana selalu menyakitkan hati ini, selalu bermulut kasar kepada ku. Setelah lama ku berfikir, satu ayat ku jumpai. Ayat itu ialah



Apabila ayat di atas ku temui, tersentap hati lalu ku sedar. Satu perubahan di dalam diri harus di lakukan. Perubahan itu ialah berhati-hati di dalam berkata-kata. Hormat orang lain dan banyakkan bersabar dengan kata-kata menyakitkan yang di lemparkan. Jangan membalas, hanya bersabar.


Sekian lama ku lakukan perkara di atas, iaitu bersabar, akhirnya mereka tiada lagi mengeluarkan kata kesat yang menyakitkan hati kepada diri ini.


Jadinya, cuba jadikan cerita ku ini sebagai satu pengajran kepada kalian dan ingatlah apa kita bagi, kita akan dapat balik. Jika bagi buruk, makanya buruklah yang kita dapat. Jika bagi baik, makanya baiklah yang kita dapat. Selalunya begitulah.

Andai sebaliknya, redha saja dan terus bersabar. Di dalam memberi satu kebaikan jangan pernah mengharap balasan biarlah ikhlas. Apa-apa pun selalulah memberi kebaikan.

Sekian cerita daripada ku ini,

Yang benar,

Relax tenang saja,

Hip hop, hip hip huray,

Senyum saja.

Assalamualaikum semua.

Pai.



Thursday, December 11, 2014

Santai saja


Proposal,

Assignments,

Study,

Ooohhh tidak,

Otak ku rasa nak pecah,

Pecah memikirkan semua ini,

Hahaha...

Apa-apa pun relax saja,

Jom enjoy,

Relax tenang,

Harus ku kuatkan langkah ini,

Jangan mengalah,

Saya boleh lakukannya,

Senyum saja.

Friday, December 05, 2014

Jangan terlalu mudah menilai orang


Sungguh ku insan biasa dan bukan luar biasa. Salam sejahtera ku hulur wahai pembaca sekalian. Ada masa kita perlu berfikir dan bermuhasabah diri kita. Di dalam bermuhasabah, harus kita ingat Dia, jangan ingat benda lain. Takut anasir jahat pula yang masuk.


Diam kan diri sejenak,

Memikirkan pasal diri,

Apa ada di dalam hati ini,

Memang luar nampak sama,

Sama daripada manusia lain,

Tetapi bezanya di dalam hati,

Yang tiada terlihat,

Hanya Allah yang tahu,

Hati itu yang di lihat Allah,

Biarkan mereka berkata-kata,

Menilai diri ini,

Mereka tiada nampak apa di dalam hati,

Jangan terlalu mudah menilai orang,

Kerana kita tidak tahu apa yang Allah tahu,

Boleh jadi jahatnya orang di mata kita,

Tetapi Allah redha dengan nya,

Boleh jadi baiknya orang di mata kita,

Tetapi Allah tidak redha dengan nya,

Hati orang bro n sis,

Kita tak tahu,

Jangan terlalu mudah menuduh dan menilai wahai manusia,

Lagi satu,

Tegur ku andai ku salah,

Allah sahaja yang tahu satu kebenaran,


Sekian daripada ku,

Relax tenang.

Pai.

Kebahagian bukan milik manusia


Mencari kebahagian melalui manusia,

Benarkah kebahagian itu manusia yang bagi?

Benarkah boleh mencari kebahagian melalui manusia?

Ku tinggal pembaca sekalian memikirkan persoalan ku di atas.


Bagi ku,

Kebahagian itu hanya boleh di kecapi apabila adanya Allah di dalam hati,

Kebahagian itu Allah yang bagi,

Jika hubungan kita dengan Allah okay,

Makanya kita akan bahagia,

Jika hati kita hanya ada Allah,

Percayalah,

Bahagialah kita,

Tetapi harus di ingat,

Kebahagian yang hakiki hanya di sana nanti,

Jika adanya Allah di dalam hati,

TakdirNya kita akan redhai,

Tiada sifat tercela di dalam hati,

Tenang sahaja kita rasai,

Itu sebab ku kata bahagianya diri hanya jika Allah di dalam hati,


Langkah awal istiqfar setiap hari,

Istiqfar nya haruslah sebanyak mungkin,

Mungkin juga boleh di buat 100 kali setiap hari,

Atau pun lebih lagi baik,

Jangan menafikan perkara ini dahulu,

Cuba dahulu baru tahu.


Selamat mencuba.

Assalamualaikum

Pai.

Nasihat menasihati


Salam ku hulur kepada pembaca sekalian. Diri ku dipanggil relax. Empunya blog ini. Relax tenang nama blog ku.

Sudah sekian lama tidak ku post tentang nasihat kepada kalian dan diri ku sendiri.

Tidak ku nafi, diri ini masih tidak betul dan banyak kekhilafan. Diri ini bukan juga baik sangat. Selalu juga terkandas ke lembah kegelapan. 

“Nasihat saya sebelum bagi nasihat kat orang, tengok kita tu dulu.”

Satu ayat yang di jumpai  yang membuat ku berfikir sejenak lalu terkeluarlah post kali ini.

Sudah ku kata kan di artikel yang lepas. Tidak kiralah siapa pun orang itu, sama ada pencuri, penjahat dan lain-lain, jika keluar daripada mulut mereka kata-kata nasihat atau pun sesuatu yang baik, kita kena mendengarnya dan boleh di ambil kata-kata mereka sebagai satu peringatan kepada diri kita.

Untuk memberi nasihat mahupun peringatan kepada seseorang, kita tak perlu tunggu diri kita baik dulu. Tidak perlu tunggu diri kita menjadi ustaz atau pun ustazah. Bagi je nasihat. 


Sesungguhnya ketahuilah kalian,

Diri ku tak sempurna,

Punyai cacat celanya,

Tetapi ku memberi nasihat agar mereka juga dapat memberi nasihat kepada ku,

Ku memberi nasihat untuk peringatan kita bersama,

Islam itu kan menganjurkan budaya tegur-menegur,

So, ayuh tegur-menegur,

Bersama kita mempelbaiki diri,

Bukan hanya diam seribu bahasa,

Melihat kawan kita hanyut dengan kesilapan diri,

Bila di tanya sayang kawan anda kah?

Anda menjawab sayang,

Tetapi tak menegur kawan anda jika kawan anda melakukan kesalahan,

Sayang kah namanya kalau begitu,


Ketahuilah korang,

Jika benar korang sayang seseorang,

Pelbagai nasihat dan peringatan akan korang beri kan kepada orang yang anda sayangi,

Bukan nya terus biarkan orang yang di sayangi terus hanyut dengan kesilapan dia,

Tegur dia,

Biar dia tahu salah dia,

Biar dia perbaiki salah dia,

Sudah ku kata sebelum ini,

Jika benar diri ku salah,

Tegur ku,

Jangan biar ku terus melakukan kesalahan itu,

Tuntasnya ayuh tegur-menegur.


Ayuh bersama perbaiki diri, bukan marah orang yang memberi nasihat dengan mengatakan “Kau pun sama, nak nasihat orang.” Aduh budaya mana korang pakai ni. 



Ada satu ayat di dalam Al Quran menyuruh kita menjadi baik dan memberi nasihat kepada orang lain.

Maknanya di samping memberi nasihat kepada orang lain, kita juga harus perbaiki diri. 

Itulah ceritanya.


Pengajarannya,
Ayuh tegur-menegur dan bersama perbaiki diri. Manusia itu tidak sempurna, tetapi kita tidak boleh menjadikan alasan tidak kesempurnaan kita dengan terus melakukan kesilapan. Kita tidak boleh jadi terbaik, tetapi kita kena berusaha bersungguh sungguh untuk menjadi yang terbaik. 


Ada apa-apa nak tegur ku kah???
Kalau ada sila tegur di ruangan komen di bawah artikel ini.


Cuba renungkan kata di bawah:

Jika kita menggunakan prinsip “Kita harus jadi baik untuk menasihati orang lain” makanya, tiada terus atau pun sedikit sahaja orang yang layak memberi nasihat. Ini kerana orang yang baik itu bererti orang yang bersih daripada dosa kecil dan dosa besar dan hanya ada Allah di dalam hati nya. 


Satu penegasan dan prinsip yang perlu korang tahu,
Kita harus bersama perbaiki diri. Jadinya ayuh tegur-menegur bersama kita. Aku salah kau tegur, kau salah aku tegur. 




Selamat memikirkan kata ku ini.

Tegur ku andai ku salah.

Peace yoo..

Assalamualaikum



Monday, December 01, 2014

Dunia ini tempat persinggahan


Mana mungkin ku temui kebahagian,

Jika ku masih di sini,

Masih di dunia ini,

Dunia ini tempat persinggahan,

Tempat kita di uji,

Jika lupa kita kepada Dia,

Datang lah sesuatu dugaan,

Dunia ini juga tempat kehilangan,

Tempat kita kehilangan insan tersayang,

Hanya di sana kita boleh bersama,

Bersama selama lamanya,

Itulah lumrah hidup di sini,

Pasti akan meninggalkan dan di tinggalkan,

Oleh satu kepastian yang sangatlah pasti,

Ia ialah satu kematian,

Ayuh kuatkan kaki yang lemah,

Kuatkan hati yang lembut,

Untuk menerima satu hakikat yang sangatlah pasti ini,

Hidup di sini harus redha,

Belajarlah diri untuk redha,

Semoga kita kuat menempuh segalanya.


Sekian ayat daripda relax,

Untuk saat ini,

Hidup ini singkat sahaja,

Tegur ku andai ku salah.

Assalamualaikum.


Untuk mu bergelar wanita


Wanita,

Wanita itu istimewa,

Kerana di anugerah hati yang tabah,

Walau di luarnya lemah,

Tetapi hatinya kuat,

Itulah kelebihan seorang wanita,

Wahai wanita,

Sekeras mana pun di kau,

Masih ada lembutnya,

Kerana itulah fitrah wanita,

Ketahuilah wahai wanita,

Wanita itu penyayang,

Walau kadang nampak brutal,

Ini kerana,

Itulah sifat wanita,

Memang di lahir begitu,

Jadinya,

Selamilah hati hawa kalian wahai wanita,

Dengar bisikan hati kalian,

Hiasilah iman di hati kalian,

Sesungguhnya korang istimewa,

Cuba lah selami,

Mengapa ku kata begitu.


Selami berfikir di luar sana.

Adam dan hawa, bertemu di syurga, kerana hasutan syaitan kepada si hawa, hawa menyuruh nabi Adam ambil buah itu, lalu turun lah keduanya ke dunia, di atas hukuman kerana melakukan perkara itu. Tutasnya, jika tiada dapat syaitan menghasut kita, di gunakan orang  yang kita sayang untuk menghasut kita. Itu lah syaitan, sangatlah licik, harus berhati-hati dengan syaitan.

Apa-apa pun, hidup ini tidak akan pernah bahagia kerana kita di dunia, tempat persinggahan dan cubaan untuk ke sana. Kita akan sentiasa di uji. Harus mencari kekuatan daripada Dia. Untuk menempuh cubaan yang mendatang. Selamat medapatkan Dia wahai pembaca sekalian.

Itulah apa yang ku tahu,

Tegurlah diri ku jika diri ini salah.

Selamat menyelami diri wahai pembaca sekalian. 

Relax tenang

Assalamualaikum.


Mama sayang kamu


Pejam celik dan pejam celik, akhirnya dah bulan december dah. Tak perasan pula. Cepat masa berlalu. Hehe. 

Assalamualaikum orang di luar sana. Tidak pandai ku berkata mahupun menulis. Yang ku pandai hanya menulis apa yang terlintas di fikiran ku. So, tulis sahajalah.


Mama menangis kerana sayang,

Mama menangis kerana tahu anaknya tidak boleh hidup tanpanya,

Mama menangis kerana mama nampak kesedihan di mata anaknya,

Mama sentiasa risau anaknya kerana mama tahu anaknya tidak boleh berdikari,

Walau sebesar mana di kau wahai anak mama,

Mama masih menganggap kau seperti dahulu,

Bagi mama,

Kau adalah seperti kanak-kanak,

Yang sentiasa mahu diri mama,

Wahai anak mama,

Sesungguhnya mama mahu menjaga mu,

Jangan lah kau menangis,

Sesungguhnya mama sentiasa dengan mu,

Tidak pernah tinggal mu,

Jika tiada sudah mereka di luar sana mahu mu,

Mama masih mahu mu,

Ini kerana kau ialah anak mama,

Anak yang pernah mama lahirkan dahulu,

Mama sayang diri mu,

Walau sudah besar anak mama,

Tiada dapat mama berenggang dengan mu,

Kerana mama tahu,

Kau lemah tanpa mama,

Saat kau menangis,

Marilah kepada mama,

Kan mama peluk mu,

Memujuk jiwa yang di dalam kesedihan,

Walau kadang mama marahi mu,

Ketahuilah anak mama,

Marah mama kerana sayang,

Kerana sayang mama kepada mu,

Jagalah diri mu,

Jika sudah tiada mama di sisi,

Jangan pernah melupakan nasihat mama,

Berdiri lah anak mama,

Bangkit kembali mengenal yang Esa,

Walau tiada bertemu kita di sini,

InsyaAllah,

Bertemu mama dengan anak mama,

Di sana nanti,

Sentiasalah doakan mama di sini ye,

Mama sayang anak mama,

Salam sayang daripada mama mu,

_________________________


Krik krik krik.

Huhu.

Sekian ayat terlintas di fikiran ku. Hargailah ibu or mama anda. Itu sahaja ku nak pesan. Jangan pernah menderhakai mereka. Jika pernah lebih baik minta maaf cepat-cepat.

Love you my mom.

Relax tenang.

Pai.


Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!