Monday, November 24, 2014

Pintu keramat minta dibuka


Idea tiba-tiba datang. Meminta ku curahkan di dalam blog ini. Hehe



Islam itu harus di susuri melalui satu pintu,

Pintu yang akan membawa kita kepada Dia,

Banyak pintu yang boleh di dapati,

Tetapi hanya satu pintu yang boleh ke Dia,

Pintu itu sudah ku temui,

Tetapi tidak pernah ku buka pintu itu,

Hanya memundar mandir di hadapan pintu itu,

Mengharap pintu itu di buka oleh seseorang,

Tetapi ku silap,

Ku lupa sesuatu,

Ku yang ingin tempuh jalan itu,

Mana mungkin mereka ingin membuka pintu itu,

Sudah tentu diri ku yang harus membuka nya,

Baru memundar mandir di hadapan pintu,

Ada sahaja halangan untuk ku buka pintu itu,

Memang benar kata dia,

Jalan ini bukan mudah,

Hanya yang kuat dapat hadapi nya,

Tunggu masa dan waktu,

Ku cuba kembali buka pintu itu,

Semoga kuat ku membuka pintu itu.



Sekian ayat yang terpacul di minda ku di saat ini..

Pai.

Bicara kembali tentang keinginan


Ayuh kita bicara kembali tentang nafsu,

Nafsu itu ringkasnya bermaksud keinginan atau pun satu kemahuan.

Jadinya jika kita mahu sesuatu yang melanggar hukum syarak atau pun hukum Islam. Itu ialah nafsu yang harus di buang dan di benteras sebenterasnya. Jangan di layan keinginan seperti ini. Lawan dan terus lawan keinginan yang serupa ini.

Jangan risau, anda tidak keseorangan di dalam hal ini. Ini kerana relax berani jamin, semua manusia sedang melawan keinginannya. Keinginan kepada sesuatu yang tidak perlu atau pun melanggar hukum agama. 

Mengapa relax benar-benar yakin semua manusia sedang melawan keinginannya?
Ini kerana setiap manusia punyai nafsu, sudah tentu mereka punyai keinginan. Di samping itu, syaitan sentiasa ada di sekeliling kita. Tukang penghasut itu sentiasa adakan. Ada juga ayat mengatakan, melawan nafsu itu merupakan jihad yang terbesar. So, sudah jelas mengapa relax benar-benar yakin nafsu itu di lawan oleh semua orang Islam di dunia ini. (Harap kalian faham apa yang ingin ku sampaikan)


Hati itu ialah raja, jika dapat mengawal hati itu dan tidak mengikut nafsu. Percayalah, saksikanlah satu keajaiban. Keajaiban yang hanya di rasai oleh mereka yang sudah melawan nafsu itu. (Faham ke tidak apa relax nak sampaikan ni. Ish2....)


Sekian daripad ku,
Penyimpan rahsia besar Ilahi.

Tegur ku andai ku salah.

Assalamualaikum semua.


Mereka tidak mengerti


Rasa nak update pula. Sekali dan membebel, memang ada je ayat yang nak tulis. Hehe.


Mereka di luar sana pandai berkata-kata,

Berkata-kata menyuruh ku buat begitu dan begini,

Tetapi mereka tidak pernah merasai apa diri ku rasa,

Mereka hanya melihat diri ku,

Melihat apa yang boleh di lihat,

Pernah kah mereka selami hati ku,

Bertapa susahnya menahan semua ini,

Tetapi ku tidak pernah menyesali,

Kerana ini semua anugerah daripada Ilahi,

Ada hikmah di sebalik semua ini,

Mengapa sifat ku pelik di masa ini,

Tentu ada penyebabnya,

Di luar ku nampak okay,

Cuba mereka selami hati ku,

Tentu mereka tahu apa penyebabnya,

Penyebab kenapa ku jadi begini,

Maaf jika diri ini terlalu menjengkelkan,

Terlalu manja di mata mereka,

Maaf dan maaf ku ucapkan.


Krik krik krik...

Apo bondo ni yang relax mengarut ni.

Hehe..

Pening-pening makin pening pula rasa akal ini.

Kena cari diri itu nampaknya,

Tak nak berpisah,

Assalamualaikum semua,

hehe.

Jiwang ke ayat ini


Satu dua dan tiga.

Rasa nak bagi mat jiwang tulis pula artikel kali ni.

Korang nilai sendiri ye jiwang ke tidak. haha... Relax dan tenang saja. Kita santai kali ni. Asyik tulis tadahan je dalam ni, so, sekarang ni nak bagi mat jiwang tulis pulak. Jom kita tengok apa yang mat jiwang nak tulis.


Ku cemburu kerana ku sayang,

Kadang tidak dapat ku kawal perasaan ini,

Perasaan rindu dan sayang kepada diri mu,

Sehinggakan,

Tanpa ku sedar,

Air mata ini mengalir,

Mengalir kerana manahan rasa di hati,

Ku pendam kan rasa rindu,

Ku pendam kan rasa sayang,

Ku pendam kan hasrat ingin bertemu,

Tetapi sayangnya,

Diri ku tak menentu,

Sifat ku tak menentu,

Emosi ku tak menentu,

Dek kerana memendam rasa ini,

Lalu ku pikir,

Adakah semua orang seperti ku,

Tetapi tiada jalan lain,

Hanya satu jalan yang ku tahu,

Pendam dan terus pendam,

Itu lah jalan yang terbaik,

Di samping itu,

Kawal juga diri itu,

Jangan pernah lupa Ilahi,

Selalulah ingat Dia,

Selalulah istiqfar dan zikir,

Cinta manusia Allah yang bagi,

Harus mencintai manusia melalui Dia,

Dia yang satu,

Allah maha besar.


Sekian ayat daripada mat jiwang.

Maaf jika diri ini terlalu menjengkelkan. 



Tiga dua satu tamat sudah ayat daripada mat jiwang.

So, jiwangkah ayat di atas?

Nilai dan fikir sendiri.

Apa-apa pun jangan pernah lupa diri itu hamba,

Hamba kepada Allah,

Selalu juga ingat Dia,

Andai jatuh bangkit kembali,

Cari Dia yang satu,

Hidup tidak boleh berhenti daripda berlari,

Berlari dan terus berlari,

Bangun dan terus bangun,

Semoga kita dapat yang satu,

Dialah Allah SWT.


Sekian 

Relax tenang

Pai..

Cemburu buta


Salam semua, terdetik hati nak tulis tentang benda ni. Macam selalulah, bukan puisi atau pun pantun. Hanya kata pendek yang hadir di dalam fikiran ku. Itu sahaja. Saksikanlah>>>>>>>>

Hati ini makin tak betul,

Cemburu dan terus cemburu,

Kadang tidak perlu ku cemburu,

Tetapi ku cemburu juga,

Cemburu dan asyik cemburu,

Jika dapat ku buang,

Sudah lama ku buang kan,

Tetapi apa kan daya,

Tidak mampu ku buang,

Tak pa,

Harus ku cuba buang sifat ini,

Sifat ini yang akan membakar jiwa,

Menghancurkan jiwa ini,

Ku tak tahu bagaimana,

Membuang sifat ini,

Yang ku tahu,

Harus ku kuatkan hati,

Yakin kepada diri,

Membuang sifat cemburu ini,

Jangan pernah dengki mendengki,

Itu yang ku tahu.


Satu kata ringkas yang dapat ku katakan berkaitan cemburu buta ini. Tahukan anda apa itu cemburu buta? 
Cemburu buta ialah cemburu yang terhasil jika kita terlebih cemburu. Dengan kata lain, cemburu buta ialah cemburu kepada sesuatu yang tidak perlu. 

Jadinya jika korang merasa cemburu, korang haruslah berfikir dahulu samaada cemburu itu perlu atau pun tidak. 

Masih mengkaji tentang cemburu ni. Nantikan artikel seterusnya pasal cemburu. Akan relax bagi tau cemburu apa yang boleh dan cemburu apa yang mesti ada di dalam artikel yang akan datang. Dengan izin Nya lah.

Yang pasti sekarang ni, kawal sikit cemburu kalian dan yakinlah kepada diri.

Sekian daripada ku,

Relax

Assalamualaikum


Nasihat menasihati



Salam ku hulur kepada pembaca blog ku dan assalamualaikum ku ucapkan kepada kalian.

Bicara daripada seorang manusia yang ada silap dan salahnya. Mintak tunjuk daripada kalian ye, Mohon tegur ku andai ku salah. 

Terlalu ramai yang ku kenal. Suka benar menegur. Teguran nya kadang-kadang terlalu tajam, susuknya sampai ke kalbu, tiada hikmah yang di terapkan. Hanya omongan kosong di dalam katanya. Teguran seperti ini selalunya tidak memberi kesan malahan menjatuhkan martabat seseorang. Jadinya saksikan ayat pendek tentang nasihat yang hendak ku sampaikan kepada kalian dan diri ini.


Kita boleh menasihati orang lain,

Tetapi ada caranya,

Kena kawal emosi itu,

Jangan biar diri di rasuk anasir jahat,

Jika merasakan diri di rasuk anasir jahat,

Diam kan diri sebentar,

Tenangkan hati,

Baru bercakap kembali.

Berhati hati dlm bercakap,

Takut tersalah cakap,

Sia sia pulak jadinya,



Kata akhir drpd ku:

Lidah itu tajam kan,

Tusukkannya smpai ke hati,

Lukanya tiada terlihat,

Itu sebab kena berhati hati.



Sekian..

Relax tenang.

Bawa bertenang, andai tiada sabar di dalam diri, cuba cakap kepada diri "Bersabarlah wahai hati, ini semua sudah di takdirkan Allah, Allah dan tetapkan begitu, sabarlah wahai hati ku".

Dengan izinNya sabar dan tenang lah hati itu. Ini kerana kita menyuruh diri kita tenang, diri kita bertindak mengikut kata daripada kita. Yang relax tau begitu lah. Sama juga di dalam kes belajar, jika kita sering berkata kepada diri "Aku tak boleh buat benda ni, benda ni terlalu sukar buat aku" memang betul diri kita akan sukar untuk belajar dan buat kerja tu.

Jadinya selalulah kata kepada diri perkara-perkara positive, katanya juga haruslah di dengar di telinga sendiri. InsyaAllah benda positive akan hadir di dalam diri.

Buatlah kalau tak percaya.

Assalamualaikum semua.


Hati dan hati segalanya daripada hati


Assalamualaikum semua,

Lama tak update tiba-tiba rasa nak update pula.. Tapi ayat santai sahaja. Ayat yang takda lah berbunga mekar seperti orang lain. Oopppss apa relax mengarut ni

Ku luah rasa di hati, kepada relax tenang, my best partner during sad, happy and bla bla bla bla bla.... Aiyo apa relax mengarut ni. haha.


Ingin ku curah rasa di hati,

Memberi tahu kata hati,

Bertapa rindunya hati,

Bertapa sayangnya di hati,

Ingin menjadi tempat di hati,

Tempat meluah segala isi hati,

Menjadi pengubat kepada laranya hati,

Itulah rasa di hati,

Diri ku punya hati,


Alamak mengarut lagi pula. Aduh, mengarut je semenjak dua menjak ni relax.

Apa-apa pun diri sebenar ku sentiasa ada buat insan tersayang di luar sana.

Adiusta.

Assalamualaikum.

Peace yoo.

Cahaya harapan kami.

Pai


Wednesday, November 12, 2014

Untuk diri itu


Artikel petama untuk bulan november ini. Walau relax hilang, tidak mungkin relax hilang terus, kerana blog ini adalah teman ku di waktu sepi, sedih, gembira, sahabat karib yang tidak akan pernah meninggalkan ku. I love my relax tenang. 

Salam ku hulur pembuka bicara, Assalamualaikum sekalian alam. Tap tap tap, nak tulis apa yang terlintas di fikiran ku.


Padam kan kisah lalu,
Kisah duka di waktu itu,
Sekarang dan masa depan lebih utama,

Embun pagi,
Jernih nya dilihat,
Sejuk nya di sentuh,
Sejernih itukah diri itu,

Sekeras kaca,
Keras lagi permata,
Jangan di keraskan hati itu,
Menerima satu kebaikan.

Mengapa masih tidak sedar,
Satu kelalaian yang sangatlah nyata,
Mana pergi mentari yang ku dambakan dahulu,
Kini pergi meninggalkan diri ku.

Mentari itu ada,
Masih ku kejar,
Jangan risau,
Tidak ku lupa mentari itu.


Sekian ayat yang sangat lah pendek yang muncul di waktu pagi ini.

Relax tenang,

Ikut sahaja takdir Allah,
Bergantung harap hanya kepada Allah,
Cinta tersangat hanya kepada Allah,
Rindu sesangat hanya kepada Allah.
Semua yang sangat-sangat hanya kepada Allah.


Tutup lah bicara kalian dengan Assalamualaikum dan bukan nya bye atau pun k bye.
Orang islam ikut cara Islam, jangan di ikut cara barat.
Sedar-sedarlah kata ku ini.

Assalamualaikum.

Tegur ku andai ku salah.


Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!