Monday, October 27, 2014

Perlu di lakukan sebelum kahwin


Salam sejahtera dan assalamualaikum semua.


Kita berucap kata semangat, semangat untuk diri kita, menempuh segala yang mendatang. Entah lah, apa yang relax mengarut tah.


Sebelum kita berkahwin,

Harus di ubah mana perlu,

Jika tidak di ubah,

Perangai kita di turun ke anak,

Jika kita keras kepala,

Keras kepalalah anak itu,

Jika tidak sopan kepada orang tua,

Tidak sopanlah anak itu kepada ibu bapanya,

Susah kembali kepada kita,

Untuk mendidik anak itu,

Anak itu cermin kepada ibu bapa,

Apabila di lihat anak,

Akan ternampak diri kita,

Bezanya cuma satu,

Kita sudah besar dan berumur,

Anak kita masih kecil,

Sikap kita ada di dalam diri sang anak,

Di waktu itu,

Barulah kita sedar,

Susah juga nak urus anak ini,

Dek kerana perangai orang tuanya melekat kepada anak,

Bak kata ustaz,

Ubah perangai kita,

Perangai kedua ibu bapa,

InsyaAllah baik sang anak itu,

Seterusnya senang di bentuk oleh kedua ibu bapa,

Jangan lupa juga,

Anak itu satu tanggungjawab,

Anak itu juga penyeri rumah tangga,

Semoga kita kuat bermujahadah mengubah diri kita,

Sekian daripada relax,


Kata renungan untuk korang,

Ikan itu di lihat segar ataupun berkeadaaan okay daripada kepalanya, jika kepalanya tidak okay maka tidak okaylah badannya, begitulah juga di dalam hal ini.

Senyum dan terus senyum.

Adap sopan di dalam Islam


Assalamualaikum ku buka bicara,

Orang yang matang mampu berfikir baik buruk  di dalam syariat Islam,

Dalam erti kata lain,

Orang yang matang di dalam Islam akan malakukan suruhan Allah dan meninggalkan larang Allah,

Jika larangan Allah masih di lakukan,

Ketahuilah,

Diri itu belum matang,

Untuk pengetahuan korang juga,

Matang tidak seiring dengan umur,

Jika seseorang budak sekolah rendah itu sudah tahu bezakan baik buruk untuk di lakukan,

Itu bemakna budak sekolah rendah itu sudah matang,

Eeeerrrmm,

Itulah apa yang relax tahu,

Betulkan diri relax andai relax salah.




Teguran untuk diri kita,

Di akhir perbualan sering kali di ungkap kata k bye.

Mengapa tidak di akhir perbualan di ungkap kata Assalamualaikum,

Adap sopan di dalam Islam jangan di lupa.

Islam itu bukan pada nama sahaja, tetapi harus di tunjuk di dalam akhlak setiap orang Islam. Harus di jaga perlakuan dan adap sopan sebagai seorang Islam.

Sekian daripada relax,

Relax tenang,

Assalamualaikum semua,

Senyum sahaja,

Tiada daya upaya melainkan Allah,

Setiap berlaku atas ketentuan Allah,

:)

Mencari kamu



Assalamualaikum semua,


Hilang dan terus hilang di dalam blog, di sebabkan kerja yang tak berapa nak banyak dan boleh di katakan banyak. 

Allah dah bagi 24 jam. Sebenarnya cukup untuk kita nak buat semua kerja. Cuma masalahnya, kita tak pandai urus masa dan sering buang masa. Itu lah apa yang ku tahu. Jadinya belajarlah urus masa.


Kamu,

Hilang entah ke mana,

Mencari kembali kamu yang hilang,

Rindu kamu, 

Mengapa tidak bersatu kembali di dalam diri ini,

Jangan pernah tinggal ku lagi,

Ingin ku bahagia dengan kamu,

Tiada jumpa,

Ku terus mencari,

Mencari kamu yang hilang,

Biar apa rintangang,

Ku cari kembali kamu itu.

Semoga kuat diri ku mencari kamu,


Entah mengapa, 

Ku rasa kehilangan,

Kesunyian ku seketika,

Menunggu empunya hati,

Menjadi seperti dahulu,

Jangan pernah tinggal diri ku,

Kuat dan terus kuat,

Menempuh segala halangan.


Sekian ayat ringkas untuk kali ini.

Bukan bebelan namanya jika bercakap menerangkan sesuatu,

Jangan sampai satu ketika,

Tiada sudah bebelan,

Percakapan daripada seseoarng yang di sayangi,

Di waktu itu,

Bebelan itu yang akan di rindu,

Hargailah orang yang anda sayang.



Sunday, October 12, 2014

Kata-kata untuk korang


Assalamualaikum semua,

Bulan 10, bulan yang mendiamkan relax. Diam tiada kata apa-apa. Diam dan terus diam. Diam dalam blog ni je la. Kat luar tak diam pun. Ok lah apa-apa je la.

Jangan lupa satu benda, sabar dan terus sabar.

Allah bersama-sama orang yang sabar. Itu yang ku tahu, tak tahu la korang.

Soalan sekali lalu untuk korang.

Bolehkah kita mengukur iman seseorang?
Tak boleh kerana yang tahu perkara itu hanya lah Allah.
(Wallahu'alam)

Jalan-jalan menjelajah alam maya terjumpa ayat di bawah:

Daripada blog seseorang. Bukan daripada relax ye.


Oooohhh ok baiklah.


Ingat dan terus ingat ye benda ni

Semoga kata-kata di atas menyedarkan dan menyentapkan sesiapa yang baca. 

Adiosta,

Relax tenang.

Pai.

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!