Saturday, September 27, 2014

Love keeps us kind


Love keeps us kind.

It keeps us kind.

Dua petikan lirik yang dapat ku ambil daripada lagu Linkin Park: The messenger. Cuba kalian fahamkan petikan lirik tersebut.

Love keeps us kind but hate keeps us blind.

Cinta murni itu membuat kita jadi baik dan memunculkan sinar di dalam hati. Itulah cinta hakiki. Jika sesuatu cinta itu membuat kita membenci dan membuat kita jauh daripada Ilahi. Itu bukan cinta, tetapi perosak cinta. Cinta itu suci sebenarnya. Tetapi di kotori oleh nafsu diri. Kita menodai cinta, kita mengotori cinta itu. Akhirnya cinta yang murni dan bersih itu menjadi kotor seterusnya merosakkan cinta. (Harap korang faham apa yang relax nak sampaikan ni)

Cinta,

Hadir tiada ku minta,

Melihat dia,

Lalu ku jatuh cinta,
.
.
.
.
.
.
.
(Seterusnya korang sambung sendiri)

Saksikan video clips di bawah dan cuba keluarkan maksud tersiratnya.



Cinta hakiki itu harus kita dapatkan. Kerana semuanya daripada Ilahi. Cinta Ilahi itu sebenar cinta. Ayuh kejar cinta Ilahi saudara dan saudari se Islam dengan ku.

Selalulah ingat Dia,

Semoga cahaya kita temui.

Jika merasa dunia menghimpit kita, jika kita merasa lemah, jika merasakan tiada siapa di sisi. Kembalilah di kau kepada Ilahi. Dia sentiasa ada untuk hambaNya.


Sekian artikel ku kali ini.

Relax tenang.

Pai

Nafi segalanya



Assalamualaikum semua,

Ringkas meluah dan memberi tahu kepada kalian.



Ku tolak segalanya,

Ku tangkis segalanya,

Semata-mata kerana sesuatu,

Belum lagi ku temui,

Masih mencari dan terus mencari,

Sungguh kekuatan itu harus ku cari,

Mencapai nikmatnya kepercayaan,

Tunggu di sana,

Ku sedang mendaki ke sana.


Sekian kata ku kali ini.

Pai.

Relax tenang.


Friday, September 26, 2014

Belajarlah untuk sabar


Assalamualaikum semua. Apa khabar, sihat ke tidak. Harap-harap semua sihat aja. (Tak tau nak buat intro terus je la kepada apa yang hendak ku tulis.)

Terjumpa di dalam facebook ayat ni:
Marah itu mudah, sabar itu payah.

Bukakan minda, bukakan mata, bukakan hati dan fahami isi artikel ku kali ini. Akhir sekali, tegur ku andai ku salah. 


Diri,

Sangatlah istimewa,

Punyai pelbagai perasaan dan sifat di dalamnya,

Marah sedih tegas sabar,

Ini semua sifat di dalam diri,

Yang hendak ku  ulas sekarang ialah tentang marah. Marah itu ada kegunaannya tersendiri. Jika ternampak sesuatu kemungkaran atau pun orang melakukan kemungkaran lalu kita marah. Marah ini tiada masalah. 

Tetapi jika orang itu melakukan kebaikan dan kita marah. Marah ini ada masalah dan harus di elakkan. 

Apabila marah juga, kita tidak boleh berlebihan. Kerana marah yang berlebihan membuat kita di rasuk syaitan dan kita hilang pertimbangan. Akal kita tidak lagi berfungsi, kita terus mengikut kata syaitan. Ini lah keburukan jika marah itu berlebihan dan tidak di kawal.

Kerana marah,

Mulut berkata-kata tanpa berfikir,

Kita mengikut kata syaitan,

Syaitan mengawal diri,

Lalu kita sedar daripada marah,

Di waktu itu,

Baru kita sedar apa yang kita lakukan,

Baru kita sedar apa yang kita katakan,

Di waktu ini,

Sudah terlambat untuk mengundur kembali masa,

Kita akan menyesal seumur hidup apa yang kita lakukan dan katakan,

Baru kita sedar,

Kita tak patut berkata dan berbuat begitu,

Tetapi sayang,

Masa sudah tidak boleh di undur,

Kita akan terus menyesal dengan kata-kata itu,

Tidak di waktu ini mungkin 20 tahun akan datang,

Kita akan mula sedar perkara ini,

Ini semua kerana marah,

Kerana marah,

Dan kerana marah.



Di sebabkan itu, ku seru kalian di luar sana. Ayuh bersabar dan kawal kemarahan itu. Kerana marah itu daripada syaitan. Jangan di ikut sangat dengan marah. Jika di ikut, kita sahabat syaitan. Jika marah berlebihan syaitan mengawal kita.

Persoalannya sekarang di disebabkan seluruh diri kita di kawal syaitan dan hati kita di rasuk syaitan.

Diri kita di waktu itu syaitan ka atau manusia???
(Jawapan di dalam diri masing-masing)

Kata akhir daripada ku,

Kawal marah itu,

Jangan benarkan syaitan kuasai diri.

Sabar dan terus sabar.

Allah besama-sama orang yang sabar. Ingat tu.

Jadilah sahabat manusia bukan sahabat syaitan.

Sabar dan sabar dan terus sabar.

Selamat berlatih sabar saudara ku.

Tegur ku andai ku salah.


Sunday, September 21, 2014

Berbicara dan terus berbicara


Salam ku hulur assalamualaikum pembuka bicara.


Pedih lidah berkata-kata,

Tidak kah kau sedar,

Lidah itu lagi tajam daripda pedang,

Menyusuknya ke dalam hati,

Tiada terlihat,

Tetapi lukanya pedih,

Meninggalkan kesan,

Yang tiada terlihat di mata zahir itu,

Seorang Islam,

Sorang yang di cipta,

Mereka tahu apa itu bicara,

Bagaimana nak berbicara,

Kerana mereka sedar siapa mereka,

Mereka sedar,

Lidah itu perlu di jaga,

Bicara nan indah,

Memuji Ilahi,

Mengingat Ilahi,

Inilah sebenar bicara,

Belajarlah untuk berbicara benda ini,

Jika nampak mengarutnya seseorang,

Sedarkan mereka,

Jangan di layan karut itu,

Tugas sebagai seorang saudara,

Menyedar sesama saudara,

Kita orang Islam,

Bertuhankan Allah yang satu,

Ini lah tugas kita,

Kata akhir daripada ku,

Jaga lidah,

Ingat dan mengingatilah sesama saudara,

Manusia itu mudah lupa,

Selalu perlu di ingatkan,

Jika benar sayang saudara kita,

Iaitu orang Islam,

Harus tegur menegur,

Pelbaiki bersama diri kita,

Sentiasa ingat Dia,

Berbicara hanya tentang Dia,

Hanya tentang kekuasaan Dia,

Berbicara insan sesama insan hal yang berfaedah,

Inilah fungsi lidah itu,

Sekian daripada ku,

Peringatan bersama daripda seorang Insan,

Tegur ku andai ku salah,

Sungguh,

Diri hanya insan biasa,

Punyai nafsu atau kehendak,


Kata akhir daripada ku:

Sayang seribu kali sayang,
Jika yang memaki itu perempuan.
Punyai rupa paras yang menawan.
Mana pergi kesopanan,
Bicara daripada sang hawa.
Sudah dan sudah lah dengan lidah itu,
Kita makin berumur,
Sudah sudah la tu,
Jaga lah mulut itu,
Kerana mulut badan binasa,
Selamat mengingati pesan ku ini.

Pengajaran:
Lelaki dan perempuan haruslah menjaga lidah mereka.



Semoga kuat kita menempuh hidup ini.

Salam penutup daripada ku,

Assalamualaikum saudara se Islam ku.

Bicara ku tentang Aku



Assalamualaikum semua, di pertengahan bulan sembilan ini. Ku bukan langkah menerang siapa Aku. 


Aku itu suci,

Siapa aku,

Cuba lah fahami,

Cubalah mencari,

Mencari aku itu,

Aku datang dan pergi,

Tiada kekal di sini,

Carilah aku,

Untuk mencari yang satu,

Kerana aku dekat,

Aku datang daripada sana,

Pergi pun ke sana,

Kuatkan sikit,

Langkah yang satu,

Mencari aku itu.


Rasanya ayat ni macam pernah post sebelum ni. Biarlah nak post gak. Tiba-tiba ayat di atas muncul dalam ingatan dan meminta ku menulis. So, relax pun tulis lah. Itulah story nya.


Tegur ku andai ku salah.

Relax tenang,

Ikut sahaja takdir Ilahi,

Kerana ku sedar siapa diri ini.

Pai.

Bersama kita temui cinta Ilahi,

InsyaAllah.


Sunday, September 07, 2014

Apakah itu nafsu?


Salam ku hulur kepada pembaca sekalian. Hello ku ucap mengikut budaya barat. Apa-apa jela. Jom berbicara tetang nafsu.



Apabila berbicara tentang nafsu. Apakah nafsu itu? pernah terfikirkah di dalam diri. 

Pada pengetahuan ku, nafsu itu ialah keinginan. Keinginan nak belajar, keinginan nak makan dan terus makan, keinginan nak kepuasan, keinginan nak kebaikan dan sebagai lagi keinginan.

Jadinya nafsu ini satu je sifat dia. Nafsu ini sebenarnya liar. Pernah bukan anda mendengar cerita tetang nafsu yang tidak mahu tunduk kepada Allah dan nafsu hanya tunduk di hadapan Allah setelah di bakar beberapa kali di dalam neraka. 

Makna nya nafsu itu memang sukar di tundukkan dan memerlukan mujahadah yang sangatlah hebat untuk menundukkannya. Tetapi tak mustahil menundukkannya bagi semua manusia. Usaha dan tawakal itulah kunci untuk menundukan nafsu wahai saudara seIslam ku.


Andai muncul sesuatu keinginan yang buruk, haaaa tahulah kalian bahawa itulah nafsu yang perlu di benteras dan di lawan. Nafsu itu perlu di kawal dan perlu di sekat. Belajar kurung nafsu itu dan bukan sering mengikut kehendaknya. 

Jika nafsu itu sentiasa di turut kehendaknya. Maka makin liarlah nafsu itu. Makin menjadi-jadilah nafsu itu. Makin kuranglah penggunaan akal manusia kerana nafsu mengawal akal bukan akal mengawal nafsu. Akal pula di kawal hati. Makanya baik hati itu, baiklah tindakkan kita. 

Berdasarkan kata ku di atas, dapat di ketahui kini bahawa semuanya datang daripada hati. 

Jadi, itulah pasal istiqfar dan zikir harus di jadikan mainan. Mainan di sini bermaksud selalu mengamalkannya. Di amal pula dengan pernuh istiqomah dan tawaduk. 


Jadilah sahabat hati dan bukan sahabat nafsu. Sering ikut kata hati yang bersih itu dan bukan nya nafsu. 

Dengan izin Allah berjayalah kita mengawal nafsu.

Sekian bicara nafsu daripada ku.

Relax.

Begitulah apa yang ku tahu,

Pai.

Tegur ku andai ku salah.



Mengapa dan mengapa aku di uji


Assalamualaikkum pembaca sekalian.


Mengapa dan mengapa persoalan di bawah muncul:-



Mengapa sinar susah di temui?

Mengapa diri susah di kawal?

Mengapa sukar temui ketenangan?

Mengapa masih di cari sejarah lalu?

Mengapa susah menerima kebaikan?



Lima persoalan mengapa yang hendak ku jawab di masa ini. Berdasarkan pengetahuan ku dan kehendak Dia ku tulis artikel ini. Sebelum ku ulas panjang lebar tentang hal ini, ingin ku berkata-kata tentang diri ini:-

Diri ku hanya hamba,
Kadang jatuh di timpa tangga,
Berdarah luka tubuh ku,
Ku gagah panjat kembali,
Lalu ku jatuh kembali,
Di pertengahan panjat itu,
Ku menangis teresak-esak,
Mengapa sukar ku panjat tangga ini,
Mengapa sukar ku gapai apa yang ada di atas,
Kadang ku mampu memanjatnya,
Kadang ku tidak terdaya memanjatnya,
Lemah ku rasa,
Kadang ku merasakan ingin pergi daripada dunia ini,
Tidak mampu ku tanggung bebannya dunia,
Yang semakin hebat dari hari ke hari,
Semakin ku lari daripada dunia,
Makin dekatnya dunia kepada ku,
Kini ku sedar,
Diri ku hidup di dunia,
Mana mungkin ku boleh lari daripada dunia,
Dalam esak dan tangis ku hadapi dunia,
Mencari kekuatan daripada Dia,
Menghadapi dunia masa kini,
Ku panjat dan terus panjat,
Andai jatuh akan ku bangun kembali,
Biar luka,
Biar mati di pertengahan mencuba,
Tiada kata putus asa ku ungkap,
Panjat dan terus panjat,
Akan ku cuba selagi hidup.

Sekian tentang diri ini.


Masa untuk menjawab persoalan mengapa tadi. Mengapa ya persoalan tadi wujud. Eeerrmm terdetik di akal jawapannya:-

Mana mungkin sinar di perolehi andai hati masih di nodai,

Mana mungkin diri itu boleh di kawal andai nafsu di turuti,

Mana mungkin temui ketenangan andai sejarah lalu masih ingati,

Mana muingkin boleh di tinggal sejarah lalu andai masih mengingati,

Mana mungkin boleh diri menerima kebaikan andai nafsu sering di turuti,



Sinar itu tiada muncul di dalam hati jika hati itu masih di nodai. Makanya istiqfar di jadikan amalan untuk membersih hati yang di nodai. Banyakkan istiqfar. Istiqfar dan terus istiqfar. Jadikan amalan dan terus istiqomah di dalam istiqfar. Semoga kalian temui sinar.


Apabila hati itu sudah temui sinar, barulah ketenangan dan diri mendapat kekuatan. Barulah Dia kita dapat dan seterusnya merasai bertapa sayang nya Dia kepada kita. Lupa kan terus perkara lalu dan terus fokus di masa ini dan masa hadapan kerana kita bergerak ke hadapan bukan ke belakang. 


Semoga kalian terus di beri hidayah oleh Allah dan sentiasa di bawah rahmatNya.

Wallahu'alam.

Relax tenang.

Sekian persoalan dan jawapan ku.

Adiosta wall kus ta alam maya. 

Adoi apa relax ngarut ni.

K lah

Pai

Saturday, September 06, 2014

Andai diri itu di hasut syaitan



Tiada guna diri berbahas,

Menyedar mereka di sana,

Andai diri di hasut syaitan,

Andai diri di hasut iblis,

Andai diri di hasut nafsu,

Tiada guna memberi kebaikan,

Pejamkan mata,

Redha dengan mereka,

Berdoa ku kepada Ilahi,

Agar di lindungi mereka,

Daripada terus di rasuk syaitan.



Tiada daya upaya melainkan Allah,

Setiap berlaku atas ketentuan Allah.

Relax tenang.

Biarkan mereka.


Dahulu itu dahulu



Tidak ku nafi diri ini,

Penuh dengan kegelapan,

Tetapi tidak ku bongkarkan,

Kerana itu perkara lalu,

Itu diri aku dahulu,

Mengapa perlu di bongkar kembali,

Cukup mereka tahu,

Siapa diri ku di masa ini.

Peace yoo.


Mengapa diri masih degil?


Degil.

Masih degil diri itu,

Untuk menerima sesuatu kebaikan,

Bagaimana hidayah nak diterima,

Jika diri masih degil,

Diri masih degil melepaskan perkara lalu,

Diri masih degil menerima bisikan syaitan,

Degil dan terus degil mencari sinar,

Terus dengan ke degilan itu,

Sedangkan diri tahu,

Mana baik dan buruk untuk di lakukan,

Degil diri ini,

Menolak rahmat Allah,

Sungguh tiada ku sangka,

Degilnya diri kita,

Jalan keluar sudah di tunjukkan,

Oleh Dia yang Esa,

Tetapi masih degil untuk melaluinya,

Ooooh tidak,

Kedegilan itu semakin manjadi-jadi,

Mengapa harus begitu,

Kerana degil wujudnya ego,

Mengapa tidak di buang degil itu,

Hidup di dunia sementara,

Masih ada jalan pulang,

Selagi nyawa di kandung badan,

Wahai insan bergelar hamba,

Ayuh kita bergerak ke depan.



Ok lah sekian ayat yang tiba-tiba rasa nak tulis. 

Pernah terbacakah kalian di dalam Al Quran. 

Satu kesah nyata di ceritakan.

Di mana Nabi menyeru mereka, 

Untuk beriman kepada Allah. 

Lalu mereka degil. 

Tidak mengikut seruan nabi. 

Lalu mereka di turunkan bala. 

Mahukah kalian jadi seperti mereka. 

Jangan sesekali terdetik di dalam hati kata mahu. 

Mahu jadi seperti mereka,

Kerana itu daripada Syaitan. 

Andai mahu jadi seperti mereka, 

Suka diri di turun kan bala. 

Gelaklah syaita di sana. 

Suka dengan tindakkan kalian, 

Mengikut kemahuan syaitan, 

Jangan jadi sahabat syaitan saudara se Islam ku.




Aku berlindung daripada Allah daripada Syaitan yang di rejam.

Allah, Allah, Allah, selalu bersama ku.

Relax tenang.

Tuesday, September 02, 2014

Masa akan terus berlalu pergi




Menyesal ku dengan perkara lalu,

Mengapa masa tidak dapat ku putar kembali,

Ingin ku,

Memalit rasa dan menghindari perkara lalu,



Masa tiada mungkin berulang kembali,

Masa sekarang lebih utama,

Masa depan sering datang kepada kita,

Pandanglah ke hadapan,

Kerana kita bergerak ke hadapan,

Bukan ke belakang,

Siapa kita di masa ini dan masa hadapan,

Itu lebih utama,

Jadilah hamba Allah yang benar-benar bertakwa,

Jadilah perjuang yang tidak penah kenal erti putus asa,

Langkah kehadapan dengan penuh gah nya,

Tiada takut dengan rintangan yang mendatang,

Tekad dalam diri mahukan perubahan,

Menjadi hamba Allah yang baik,

Ingatlah,

Allah sentiasa bersama kita.


Wallahu'alam.

Relax 

Peace yoo.


Ikhlas atau tidak itu benda ghaib


Syurga atau pun neraka,

Lepas atau tidak kita di akhirat nanti,

Dosa dan pahala,

Ikhlas atau pun tidak,

Ini semua ghaib,

Tidak mampu akal kita berfikir,

Yang ku tahu,

Harus kuatkan langkah,

Melawan segala tomahan dunia,

Melawan syaitan yang tiada nampak,

Tingkatkan amal,

Bangkit dan terus bangkit daripada jatuh,

Allah sentiasa ada dalam diri kita,

Dekat dengan kita,

Sedarlah wahai kalian,


Wallahu'alam.

Relax tenang.

Tiada daya upaya melainkan Allah,

Setiap berlaku atas ketentuan Allah.

Pai.

Mengapa dugaan sering bertandang di dalam hidup ku


Selalulah sebut aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang di rejam dan selalulah faham kalimah bismilahhirahmanirohim (Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih)


Engkau berkata kan,

Dugaan sering datang kepada ku,

Dugaan datang tanpa henti,

Lalu di kau mempersoalkan,

Mengapa dugaan datang tanpa henti kepada ku,

Mengapa aku di duga begini?

Mengapa orang lain tidak di duga seperti aku?

Mengapa hidup aku begini?

Penuh onar dan duri?

Tiada langsung kesenangan dan kegembiraan?

Selepas satu dugaan yang menimpa,

Datang lagi dugaan lain,

Mengapa semua ini terjadi kepada diri ku?????

Lalu hati kecil mu memberontak kerana dugaan tersebut???

Engkau terus jatuh dan lemas,


Andai anda terasa begitu,

Cuba duduk sejenak dan mula berfikir,

Jawablah soalan di bawah:-

Adakah hubungan kita dengan Allah okay?

Adakah kita sering melakukan kemungkaran kepada Allah?

Adakah hati kita selalu ingat kepada Allah?

Adakah selama ini kita bergantung sepenuhnya kepada Allah?

Adakah kita sering mengadu kepada Allah tentang dugaan tersebut?

Adakah kita ni benar hamba Allah yang sebenar hamba?

dan fikir sendiri soalan lain yang berkaitan.


Sila la jawab soalan di atas.


Biar relax olah sikit pada pendapat relax.

Kunci nya senang je. Dugaan itu di turun untuk menyedarkan kita dan memberi kita peringatan kepada hambaNya dan lain-lain yang berkaitan. Dugaan datang daripada Allah, perbaiki lah hubungan dengan Allah, jangan melakukan kemungkaran dan cuba tingkatkan amal kita. InsyaAllah dugaan itu tidak lah berat. 

Wallahu'alam.

Tegur ku andai salah.

Lembutkan hati, jinak kan nafsu, jangan terlalu degil, benarkan hidayah itu masuk di dasar hati. Barulah kenikmatan di rasai dan seterusnya kita kuat menempuh dugaan yang mendatang.

Sekian daripada ku,

Relax tenang itu diri ku,

Peace yoo.

Jalan kembali sentiasa ada untuk mereka yang hidup


Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang di rejam.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Pembuka bicara untuk bulan sembilan ini. 


Beruntunglah pembaca sekalian masih di beri nyawa untuk hidup di bumi Allah ini. Masih di beri peluang oleh Allah untuk melakukan amal ibadah kepadaNya dan membetulkan kesilapan diri. 


Setiap berlaku ada hikmahnya kerana Allah maha pengasih dan maha penyayang. Maha tau bukan penyayang dan pengasih biasa tetapi maha. Faham tak maha. Agak tak tau apa maksud maha, tanyalah Mr Googgle. Ooopppsss sorry, tengoklah kamus dewan daripada betanyakan kepada Mr Googgle.


Apabila belaku sesuatu musibah atau pun dugaan. Cuba pejamkan mata, renung kembali apa yang telah kita buat. Mungkin Allah nak bagi tau kita sesuatu. Tetapi Dia tak bagi tau secara terus. Di lakukan sesuatu untuk memberi tahu kita. 

Mungkin kita dahulu buat sesuatu yang menyebabkan berlakunya musibah tersebut. Jadinya bawa bertenang dan kembali lah kepada Allah. Mohon ampunlah kepada Allah dan ingatlah Allah selalu. 

Sebagai contoh, mungkin kita ada tertinggal solat. Selepas itu Allah turunkan bala. Menyuruh kita teringat kembali kepada Nya. Jadinya, kita solat lah balik. (Relax harap korang faham lah apa yang hendak ku sampaikan).


Satu peringatan:
Kejadian yang sama akan terus berulang jika kita tidak mengambil pengajaran daripada kejadian yang lepas. Sebagai contoh, kita gagal di dalam peperiksaan. Lalu kita sedih sangat. Kita renung dekat mana silap kita. Lalu kita sedar, kita ni malas sewaktu dahulu.. Jadinya sekarang ini kita rajinkanlah diri kita. InsyaAllah tak gagal dah. Melainkan kita malakukan kesalahan yang sama iaitu masih lagi malas di masa ini. Dah malas, mestilah gagal. 

(Ini contoh, begitu juga kejadian lain. Perkara lalu akan terus berulang jika kita masih melakukan sesuatu perkara lalu yang menyebabkan berlakukanya sesuatu perkara atau pun musibah)


Andai melakukan sesuatu kesalahan kepada Allah, mohon ampun lah kepada Allah dan cuba tidak melakukan perkara tersebut kembali. Ingatlah, cuba tidak melakukan kan, cuba sedaya upaya tidak melakukan. 

Di dalam kita mencuba itu, kita melakukan juga perkara itu, mohon ampun balik kepada Allah. Allah kan maha pengampun. 

Hidup ini satu perjuangan dan kitalah perjuang itu, andai jatuh bangun lah kembali. Bukan terus jatuh dan terus tersungkur. Seterusnya give up. 

Menjerit di dalam diri kalimah Allah dan jangan give up. Syaitan suka orang yang give up ni. Allah pula suka kepada hambanya yang berusaha berubah dengan bersungguh sungguh dan selalu ingat Dia. Lebih baik mati daripada mencuba sedaya upaya menjadi baik daripada mati di dalam diri kita yang give up.

Jalan kembali sentiasa ada selagi kita hidup, selagi nyawa belum di tarik. 


Bukan bebilan bukan juga berletiaq tetapi satu nasihat dan peringatan untuk diri ku dan juga saudara seIslam ku di luar sana.


Allah maha besar.

Relax tenang.

Tegur ku andai ku salah.

Relax aja.


Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!