Sunday, June 29, 2014

Kejar-kejar cinta



Selamat berpuasa semua.


Ku kejar-kejar cinta,

Cinta dunia dan akhirat,

Ku berhenti sejenak lalu berfikir,

Cinta dunia ku cuba dapatkan,

Tetapi bagaimanakah kesudahanya,

Cinta akhirat ku cuba dapatkan,

Oohh,

Dapat sekali segalanya,

Kejar akhirat,

Di minta juga kejar dunia,

So, harus ku kejar yang mana,

Senyum ku sendirian,

Kejar akhirat sangatlah perlu,

Tiada lagi henti tadi,

Ku terus kan langkah mengejar pilihan ku,

Semoga kuat di jalan ini,


Sekian dari ku,
Relax

Pai.

Allah, Allah, Allah,

Dia di dalam hati,

Sematkan namanya di hati,

Akan ku cuba sedaya upaya,

Sedaya mampu,

Semoga di permudahkan,

Ku tinggal kegelapan sebenar tinggal,

Ok,

Pai,

Sekian ayat pendek daripada ku,

Relax tenang.

Siapakah diri itu???


Semoga di bawah rahmatnya saudara saudari sekalian.


Mereka berkata-kata,

Diri ku berkata-kata juga,

Benarkah???

Tafsiran di buat berdasarkan hati itu,

Andai bersih,

Barulah kebenaran itu ada,

Siapa diri ku,

Siapa sebenarnya diri ini,

Tanyalah Dia yang tahu,

Allah yang Esa,

Maha mengetahui,

Maha besar.


Ku tingga kalian kepada Allah, untuk mengetahui siapa insan ini. Bukan juga insan ini, malahan insan lain juga.

Selamat kembali kepada Dia,

Semoga kebenaran itu terungkai,

Hehe

Pai.

Readykah kalian untuk mati


Assalamualalikum semua,

Diri ku relax sentiasa meminta tadahan. Daripada kalian di luar sana. Kerana ku tahu, diri ku tidak sempurna di mata mereka di sana.

Akan ku pejam kan mata. Meminta yang Esa memberi petunjuk. Saat mati itu berkunjung. Bagaimankah rasanya. Ku bayang diri ku di saat sakaratul maut. 


IsyaAllah, akan di terbit artikel tentang mati dalam masa terdekat ni. Untuk menyedarkan diri di luar sana yang terlalu leka dengan dunia. Dunia yang bersifat sementara. Lebih baik membayangkan mati daripada membayangkan satu kenikmatan di dunia ini. Membayangkan mati membuat kita sentiasa berhati-hati di dalam langkah di dunia ini. Jika kenikmatan yang di bayangkan, sudah tentulah kita lupa kepada Dia yang Esa. 

Sebelum relax post tentang mati, ingin ku ajak kalian di luar sana. Membayang saat diri kita di rangkul nafas yang terakhir. Saat di mana kita tinggal di alam barzakh, menanti malaikat datang menyoal kita. Andai tinggi amalannya di dunia, makanya seronoklah kita di alam barzakh. Jika kurang amalannya, makanya seksa lah di alam barzakh. 

Berseorang di alam sana, tiada teman melainkan amalan. 


READYKAH KALIAN UNTUK MATI.

Sudah bersihkah hati itu untuk kembali kepada Allah yang Esa. 


Harus di ingat, datangnya bersih, harus kembali juga bersih. 

Jangan pernah lupa siapa diri kalian.

Jangan pernah lupa siapa pencipta kalian.


Satu perbualan yang ku reka, tiada kaitan dengan insan di luar sana:

Si C: Aaaaahhhhh biarlah aku buat dosa kat sini, tak susah kan kau pun. Dah banyak dosa aku lakukan. Tiada sudah jalan kembali untuk diri ini.

Si R: Jangan di lupa wahai saudara, bercakaplah bagai seorang hamba. Bukan berlagak bagai saudara tuan di dunia ini. Ingatlah diri itu di cipta bukan pencipta. Segalanya hanya pinjaman. 

Saudara datang daripada Dia, Jangan di lupa Dia yang Esa. Di dalam Al Quran, Allah dah kata Dia maha pengampun. Allah menyuruh kita bertaubat jika melakukan kesalahan dan meminta maaf kepada orang lain jika kesalahan kita kepada orang lain. 

Mohon saudara buka kembali Al Quran dan rujuk kembali isi kandungannya. Baru sedar siapa diri dan siapa Dia. Banyak janji-janji Dia untuk kita wahai saudara. Allah sayang kita, tetapi kita sebagai seorang hamba lupa Dia. Malahan khianati Dia. Usah begitu wahai saudara, kembali lah kepada Dia. Sama-sama kita mengejar Dia. Allah maha besar.


Sekian artikel ku sebagai pembuka bicara kepada artikel mati suatu hari nanti. Yang baik daripada Allah yang tak baik daripada diri tipu relax. 

Hanya Allah yang mengetahui sesuatu itu betul or tidak.

Semoga diri ku dan diri kalian di ampunkan Allah di atas kekilafan dahulu.

One more things,
Tegur ku andai diri ku salah.

Ingat ye.

Diri ku juga hamba seperti kalian.

Sekian dari ku,
Relax

Relax tenang.

Pai.

Friday, June 27, 2014

Aku yang dahulu bukan aku yang sekarang


Sejarah lalu,

Membuat diri ku lupa siapa diri ku,

Hanyut ku dahulu,

Tenggelam di lautan dalam,

Seronok ku dengan dunia,

Dunia yang bersifat sementara,

Lupa ku kepada Dia yang satu,



Haha,

Itu dahulu,

Sudah lama ku tinggalakan,

Setelah banyak amal ku lakukan,

Akhirnya ku temu satu sinar,

Alhamdulilah,

Segala puji bagi Allah,


Pengajaranya:

Nak dapat sinar,
Mestilah sukar,
Tetapi tak mustahil mendapatkanya.

Tidak ku nafi walau ada kadang terkandas,
Bangun kan kembali diri itu,
Kita kan perjuang,

Relax tenang

Pai.

Hendak ku lupakan perkara lalu



Kadang ku pelik, kenapa namanya sering di kaitkan. Seronokkah anda mengenangkan perkara lalu, tidak rasa bersalah kah kepada Dia. Tidak ku nafi, diri ku juga ada sejarah silam, ada juga seseorang di sisi, tidak pernah pula ku sebut. Kerana ku rasa bersalah dengan Dia di atas perkara lalu. Kini tiada siapa yang tahu, melainkan diri ku dan Dia. Begitu juga dengan dia. Bersalah lah diri itu, jangan di ungkit perkara lalu, kuburkan dan kuburkan perkara lalu. Diri mu dan diri ku, kita punyai sejarah tersendiri, Diri ku makin melupakan, diri mu jua harus begitu. Diri ku manuasia biasa mampu melupakan, begitu juga diri mu, mesti mampu melupakan. 


Cerita ini bukan hanya tentang diri mu dan dia.

Tetapi harus di ingat Allah itu ada,

Mengkhinati Dia,

Melakukan perkara yang di tegah Dia,

Harus memohon ampun kepada Dia,

Andai tiada kata ampun dari mu,

Menanti lah azab Dia,

Tidak di dunia,

Di sana nanti,

Mesti kena,

Pengadilan Allah sebaik pengadilan,

Dia dan diri mu,

Tidak akan terlepas,

Daripada pengadilan yang Esa,

Diri mu tersedar,

Harus sebenar ampun kepada Dia,

Hidup ini kejar Dia,

Bukan lari daripada Dia,

Jangan pernah putus asa,

Mendapat Dia yang satu,

Ingatlah pesan ku ini.



Ok lah sekian ayat yang berjaya diri ku buat berdasarkan daripada kisah novel yang penuh dengan tragis yang di mana akhirnya temui kegembiraan. Haha.

Sekian dari ku,
Relax

Pai.

Sebutlah kalimah itu


Bertemu kembali kita di dalam blog yang tidak seberapa ini. Diri ku relax. Blog ku relax tenang. Diri ku milik mutlak Ilahi, Bukan diri ku sahaja, diri mu jua wahai manusia. Ok pai..


Allah,

Allah,

Allah,

Ku sebut kalimah ini berkali-kali,

Sehingga getaran ku rasa,

Lupa ku dengan tiada wujud,

Hanya mengingat yang wujud,

Bercakaplah kalian sebagai seorang hamba,

Jangan di lupa siapa diri,

Terpaculnya diri ku di relung masa,

Tiada ku tahu di mana ini,

Tetapi hanya sementara,

Kerana hati balum suci,

Kadang dekat,

Kadang jauh,

Akan ku nafi selepas ini,

Tipu daya yang ku tahu,

Tunggu diri ku kekasih hati,

Akan ku bersama tak lama lagi,

Allah yang satu,

Tiada akhirnya.


Sekian ayat pendek dari relax.

Allah maha besar.

Pai.

Bimbing ku ke jalan hakiki,

:)

Relax tenang

Tidak akan ku kenang perkara lalu


Assalamualaikum saudara saudari sekalian. Hari ni rasa nak bagi mat mengarut bercerita pula. Tiga dua satu. Ok lah relax serahkan kepada mat mengarut.


Memaksa diri ku bercerita perkara lalu, tiada keseluruhan hanya sedikit ku sampaikan. Cukup lah itu yang harus diri mu tahu. 

Sungguh,
Tidak ku nafi perkara lampau,
Semua orang ada masa lampau,
Semua orang ada zaman kegelapan.
Zaman di mana,
Tiada nur di hati,
Tidak ku suka bercerita perkara lalu,
Yang penuh dosa dan onar duri,
Mengapa perlu ku ceritakan,
Sungguh pahit ku rasa,

Lalu ku gagahi akal,
Ku gagahi diri,
Melupakan perkara lalu,
Segala puji bagi Allah,
Dia permudah kan diri ku,
Melupakan perkara lalu,
Semua nya di atas tekad ku,
Harapan ku,
Ku fokus hanya kehadapan,

Diri mu nampak apa yang terlihat,
Tiada nampak apa tersembunyi,
Usah di lihat kita dahulu,
Lihatlah siapa kita sekarang,
Kita sekarang orang baharu,
Ingin melupa perkara lalu,
Mengejar kasih yag satu.

Jujur ku kata,
Mengapa harus di cerita perkara lalu,
Yang penuh dengan kegelapan,
Bangga kah kalian apabila bercerita,
Seronok kah kalian apabila bercerita,
Selalu mengaitkan sekarang dan dahulu,
Dahulu itu dahulu,
Sudah berlalu,
Sekarang itu sekarang,
Mengapa harus di kait dahulu dan sekarang,

Jujur juga ku kata,
Diri ku malu bercerita perkara lalu,
Kerana terlalu banyak yang ku lakukan,
Terasa bertapa teruk nya aku dahulu,

Di sebabkan itu,
Selalu ku kembali kepada Dia,
Mengingat Dia yang satu,
Istiqfar ku pegang sehingga kini,
Membersih hati yang dahulu kotor,
Ku tingkatkan amal,
Fokus masa hadapan,
Ku istiqomah kan diri,
Alhamdulilah,
Usaha ku terhasil,
Perkara lalu makin luput di ingatan,
Malahan terasa makin hilang,
Semuanya kerana tekad ku fokus ke hadapan.

Segala puji bagi Allah.
Tuhan yang satu.
Kini nama mu di hati ini.



Harus di ingat Dia selalu



Minggu exam. Baru habis paper 25 hari tu. Paper seterusnya 4,6 dan 8 bulan 7. Diharap di mudahkan segalanya. Semoga diri ku kuat menempuh bulan exam ni. Mudah mudahan.


Seiring melangkah,
Mengingat yang satu,
Yang akhirnya tenggelam,
Di lautan rindu.

Mencari pelangi,
Di kegelapan malam,
Tidak ku temu pelangi itu,
Aahh hati ku meronta,

Gelap gelita,
Bagaimana harus ku cari,
Tiada nampak,
Apatah lagi terlihat,
Keseorangan di kegelapan malam,
Tiada di tarik,
Di tinggal keseorang,
Hampa ku rasa saat ini,

Lalu ku renung di mana silapnya,
Ku berharap di temu cahaya,
Ku kuat langkah yang longlai,
Ku cari semangat dalam diri,
kK redah lautan malam,
Tiada henti ku tempuh,

Akhirnya,
Usaha ku terhasil,
Ku nampak cahaya di hadapan,
Di sebalik cahaya tersegam indah 
Pelangi yang ku cari dahulu,

Ku kuat langkah mencapai pelangi,
Lega ku di sini,
Tiada risau kini,
Ku dapat yang dicari,
Pelangi indah 7 warna,
Yang bergabung menjadi satu.

Cahaya putih seputih kapas,
Akan ku pegang cahaya ini,
Terima kasih tuhan ku,
Segala puji bagi Mu,
Allah,
Allah,
Allah,
Kan ku semat nama Mu,
Di dalam hati nan satu.


Saturday, June 21, 2014

Pengutamaan tanggungjawab isteri dan suami


Semoga di bawah rahmatNya selalu.

Artikel seiring dengan umur ku. Semakin ke depan dan ke depan. Sudah tiada masa untuk memuntah hijau apabila berbicara bab ini. Selagi perkara itu baik, harus ku sampaikan. Itu lah yang ku tahu. Haha. Apa-apa aja lah.

Ingatlah wahai isteri, suami, anak lelaki, anak perempuan dan ibu bapa.

- Ibu itu lebih utama daripada isteri.
- Suami itu lebih utama daripada ibu
- Anak perempuan mereka perlu mementingkan suami daripada ibu bapa.
- Suami perlu mengutamakan ibunya sendiri melebihi isteri.
- Tanggungjawab menjaga ibu bapa tergalas di bahu anak lelaki dan bukan pada anak perempuan.
- Anak perempuan terikat dengan tanggungjawab kepada suami dan ibubapa suami lebih daripada ibu bapa kandung sendiri.

Ringkasannya seperti di bawah (Berdasarkan ayat di atas).

Peringkat tanggungjawab si suami.
1. Ibu bapa kandung.
2. Isteri.
n lain2.

Peringkat tanggungjawab si isteri.
1. Suami
2. Ibu bapa suami.
3. Ibu bapa kandung.
n lain2.

Tuntasnya, lelaki perlu mementingkan ibu bapa kandung mereka melebihi isteri mereka. Manakala, isteri perlu mementingkan suami mereka melebihi keluarga sendiri. 

Ala senang cita, syurga di bawah tapak kaki siapa. Untuk suami tentu tentulah ibu mereka. Untuk isteri, tentu tentu lah suami mereka. So, faham-faham la ye. 

Jadinya, kepada si isteri layan lah suami anda sebaik mungkin. Kepada perempuan yang dah bertunang pula, cuba lah belajar menjadi isteri mithali. Kepada lelaki yang dah bertunang pula, cuba lah belajar erti tanggungjawab dan lain-lain yang berkaitan dengan tajuk. 


Makna kata, si suami ada tanggungjawab kepada isteri, ibu bapa kandung, anak-anak, adik perempuan mereka jika sudah tiada ayah dan anak-anak.

Makna kata dua, si isteri ada tanggungjawab kepad suami, ibu bapa suami dan anak-anak.

So, siapa lagi banyak tanggungjawab wahai lelaki di luar sana.

Hehe..

Jawapan di dalam kepala masing-masing. Hehe. So, belajar lah daripada sekarang nak lebih bertanggungjawab wahai perempuan dan lelaki. 

Belajarlah daripada segi adab, tauhid, feqah dan segala lagi la ilmu-ilmu agama. Semoga ilmu ini boleh di gunakan di kemudian hari untuk melahirkan masyarakat Islam yang harmoni dan benar-benar Islam Barulah Islam kuat di mata semua dan zaman kegemilangan Islam kembali. Baru lah Islam itu bukan sekadar nama, tetapi benar-benar Islam.

Sekian dari ku,

Relax tenang.

Relax.

Ingatlah Allah selalu,

InsyaAllah hati tenang, di pandu Dia, dan terasanya nikmat itu.

Kata akhir dari ku yang sudah semestinya tidak ku lupa hendak ku tulis:
Tegur ku andai artikel ini salah dan tegur ku juga andai diri ku buat salah.

Hehe..

Pai.

Rintihan ku


Jauh Perjalanan
Telahku Jelajahi
Membawa Seribu Impian
Berbekal Pengalaman
Mampukah Aku Melangkah
Menuju Satu Daerah
Masihkah Ada
Sinar Yang Menanti

Masa Dijanji Pasti Tiba
Ku Kan Dijemput Ke Sana
Bimbang Langkah Ku Terhenti
Ku Terpaut Dipersimpangan
Tak Inginku Mengingati
Detik Hitam Semalam
Tinggallah Semua
Jadi Kenangan

Keranamu Kan Ku Gagahi
Untuk Terus Sisa Hidup Ini
Biar Ku Tebus Segala Dosa
Selagi Jasad Bernyawa

Leraikanlah Rasa Hatiku
Padaku Hanya Engkau Yg Satu
Belum Pernah Ku Terasa
Hebatnya Cintamu

Sungguh Kau Lebih Mengerti
Apa Tersirat Di Dalam Diri
Ku Mohon Rasa Kasih Yang Abadi

Jujur Ikhlaskah Hati Ini
Menyintai Mu Sepenuh Hati
Ataukah Sekadar Bila Diuji
Rahmat Dan Kasihmu Tiada Sempadan
Biarpun Jiwa Dalam Kelalaian
Dihasut Dengan Pelbagai Godaan


Satu lirik seribu makna. Membawa ku menjelajah dunia tanpa ruang, tanpa masa, tanpa benda, tiada apa. 

Apa-apa pun terima kasih kepada pembuah lirik ku.

:)

Thursday, June 19, 2014

Usah di hirau kata mereka


Biarkan yang rahsia menjadi rahsia.

Biarlah mereka berkata apa.

Yang pasti aku tahu siapa aku.

Penilaian manusia tidak ku hirau.

Cukup lah Dia tahu siapa aku.

Siapa aku,

Tanyalah Dia yang tahu.

Baik di sini baiklah di sana,

Mati pun senang,

Segalanya senang.

Segala puji bagi Allah.

Tuhan sekalian alam.

Wednesday, June 11, 2014

Siapalah diri ku


Hai semua,

Salam sejahtera semua,

Sentiasa di bawah perlindungan Nya wahai kalian.

Padat dan ringkas. Maaf mencelah mat sedih. Relax nak tulis sikit satu artikel.



Insan biasa,

Tiada istimewanya,

Tersalah bicara,

Menjadi peluka,

Tidak ku sedar kesalahan diri,

Andai diam tiada teguran,

Tolonglah bantu ku,

Menyedar kealpaan diri,

Jangan di biar aku hanyut,

Di lautan dunia penuh muslihat,

Aku perlu di tarik,

Jangan di biar diri ku hanyut,

Bantulah diri ini wahai kalian.



Orang kata senyum itu satu sedekah. So senyumlah.

Jangan lupa bertenang aja.

Relax tenang.

Setiap berlaku di bawah ketentuanNya,

Sekian dari ku,

Relax


Saat kata kesat di lontar


Assalamualaikum semua,

Bertemu kita kembali di dalam blog relax tenang yang di punyai oleh relax yang di pinjamkan kepada mat sedih untuk sementara waktu untuk memberi mood kesedihan untuk bulan enam ini. Krik krik krik. Pppaaaiii...




Kata kesat di lontar,

Membuat hati terpaku,

Berdarah dan terus berdarah,

Aku mencari di mana silapnya,

Adakah aku puncanya,

Atau pun dia puncanya,

Tidak pernah ku herdik,

Kerana ku tahu,

Luka dalam susah di ubati,

Walau apa pun,

Jangan di putus satu ikatan,

Harus di bincang mengapa begitu,

Biarkan mereka melukakan,

Jangan jadi seperti itu,

Setiap berlaku akan terus berlaku,

Tidak menghirau siapa di kau,

Pilihan di buat itu lah engkau,

Baik buruk di tangan engkau,

Harus memaaf semua orang,

Kerana siapa aku tidak memaafkan,

Sedangkan Dia maha pemaaf,

Aku hanya seorang hamba,

Redha pada ketentuan Dia,

Tiada jalan selain redha,

Aku redha ketentuan Mu ilahi.



Baca lah petikan di atas. Cuba kalian keluarkan pengajaran. Sematkan lah di dalam hati. Yang buruk daripada ku. Yang baik daripada Dia.

Tegurlah diri ku andai terasa salahnya diri ku.

Sekian daripada ku.

Pai.


Siapa aku di mata mu


Semoga kalian sentiasa di rahmati Nya.

Seperti ku katakan di dalam artikel lepas. Sebenarnya untuk bulan enam ni relax nak bagi mat sedih je tulis blog ni. Mat sedih ni duk kacau relax sangat. Jom kita tengok apa lah yang mat sedih ni nak tulis sangat dalam blog ni. Ish2...



Mencari sebab di atas segalanya,
Mengapa semua ini terjadi kepada ku,
Siapa aku di mata mu,
Aku bukan siapa-siapa bagi mu,
Habis tu siapa aku,
Adakah hanya seorang abang,
Adakah hanya seorang guru,
Adakah hanya seorang kawan,
Adakah hanya seorang ayah,
Entah la aku tak tahu,


Tidak ku sangka,
Diri ku keseorangan dalam perkara ini?
Tidak dan tidak sama sekali,
Dia sentiasa ada untuk ku,


Perkara lalu terasa menujah di fikiran,
Luka lalu terasa terbuka kembali,
Harus ku berhati hati selepas ini,



Cinta manusia,
Aku cuba mencari di mana keseronokannya,
Andai bahagia hadir,
Kepahitan menjelma,
Itulah cinta manusia,
Itulah juga cinta,
Harus ada pasang surut nya,
Kerana itulah yang mencorakkan kehidupan,


Pelangi indah bukan jika berwarna warni,
Dan sudah tentu tiada seri jika hanya satu warna,
Begitu jugalah cinta,


Begini lah kehidupan hamba,
Tertakluk pada yang Esa,
Harus ku kuatkan langkah,
Mendapatkan Dia yang satu,
Aku mampu lakukannya.


Yyeeaahh

Sekian artikel daripada ku,
Mat sedih.
Teruskan relax.


Ok, itu je yang mat sedih nak bagi tau. Ish.. Tak sedih sangat pun.

Apa-apa aja lah.

Pai.


Berhati-hatilah dalam berbicara


Assalamualaikum semua, hai, bertemu kembali kita di dalam rancangan relax2 aje. Hehe... Lama nye tak update blog ni. Relax tenang, satu blog yang santai dan relax aje. Eeeerrmm mungkin, relax rasa begitu lah. Tak tau la korang.

Suka, cinta, sayang, cemburu, takut dan berharap. Ini semua adalah sifat fitrah manusia. Normal la ada sifat yang di sebut tadi. Cumanya harus di kawal dengan akal. Akal pula di kawal oleh hati. So, sucikanlah hati tu.


Bulan enam, relax membawa konsep kesedihan, relax akan cuba memberi kepada mat sedih untuk menulis seberapa banyak artikel yang sedih untuk korang selami dan rasai. Eeeerrmm mungkin. hehe... Ala kut mana pun dah lama sangat mat sedih tak tulis artikel dalam ni. Dia rasa nak tulis pula bulan ni. Ayuh saksikan apalah yang mat sedih ni nak tulis.

tiga, dua, satu dan kosong. Mat sedih kusai blog relax.



So, rasanya tak salah nak biadap dengan awak.

Satu ungkapan yang membawa seribu makna yang berjaya diri ku ambil semasa pembacaan ku. Satu ayat yang mendetikkan hati untuk ku menulis di dalam blog ini sebagai satu pembuka bicara untuk bulan enam ini. 

Wahai saudara dan saudari sekalian. baca lah artikel ku ini.


Apabila ditanya,

Kita orang Islam kah?

Dengan ringan mulut dan fasihnya kita menjawab,

Ye saya orang Islam,

Saya di lahirkan sebagai Islam,

Tetapi tetapi dan tetapi,

Kita tidak membawa imej Islam di dalam diri kita,

Akhlak kita tidak di jaga,

Percakapan kita tidak di jaga,

Pakaian kita tidak di jaga,

Kita tidak hormat antara satu sama lain,

Kita melanggar batas-batas di dalam Islam, 

Kita lakukan laranganNya, 

Islam di mulut tetapi tidak di hati, 

Ayuh bersama kita mengislamkan hati, 

Bukan hanya omongan kosong yang di ungkap hanya di mulut, 

Jadilah orang Islam sejati, 

Seorang yang mengikut adap-adap di dalam Islam, 

Seorang yang mengikut ajaran islam, 

Seorang yang sedar dirinya hamba, 

Melakukan suruhanNya, 

Meninggalkan laranganNya, 

Ayuh bersama kita ubah wahai saudari dan saudara sekalian, 



Saksikan perbualan di bawah:- 

Si A: So, rasanya tak salah nak biadap dengan awak. 

Si B: Rujuk semula syariat di dalam Islam. Islam meminta kita saling hormat menghormati dan bukan biadap mendiadapi. So, selagi seseorang itu makhluk Allah, selagi itulah kita perlu hormat dia tak kira lah dia makhluk apa or dia siapa. Asas di dalam Islam. Adap bermasyarakat. Form berapa tah, saya x ingat. Maaf ye. Saya minta diri dulu. Eehh lagi satu perkara, tegur saya andai saya salah. Saya pun manusia biasa seperti kalian. 


Penambahan, gile-gile di dalam Islam pun xda tau wahai saudara. 

Eerrrkk ok. Baiklah mengerti. 

Akan di perbaiki. 

Hehe. 

Sekian dari ku,
Mat sedih,

Terima kasih relax.


Peace yoo.

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!