Thursday, May 29, 2014

Andai tiada lagi diri ku di sisi



Assalamualaikum, semoga sentiasa di bawah rahmatNya saudara saudari sekalian.

Ingin ku bawa kalian menjelajahi peristiwa yang pasti berlaku. Tetapi tidak tahu bila. Segala-galanya di bawah rahsia diri Nya. Cuba bayangkan, saat orang yang di kasihi meninggalkan kita selama-lamanya. Ibu, ayah, abang, kakak, kawan baik, kawan rapat, insan yang di kasihi dan segala lagi orang yang kita kenal. Bagaimanakah perasaan kita saat mereka sudah tiada di sisi. Kita sudah tiada tempat bergantung, kita terhuyung hayang mencari pengganti mereka. Tentu sedih, sebak bertapa seksanya perasaan kita saat itu. 

Pernah terfikir kah kalian????


Andai tiada lagi aku di sisi mu, 

Jangan di tangisi pemergian ku,

Aku kembali kepada empunya diri ku,

Dialah Allah yang esa,

Berdoalah untuk ku,

Agar tiada terseksa diri ku di sana,

Ingin ku ingatkan kepada diri mu,

Pesanan akhir buat diri ku kepada diri mu,

Jagalah diri mu,

Jangan pernah terpengaruh dengan dunia,

Selalulah berjuang dapatkan Dia,

Jangan pernah berhenti berlari sayang ku,

Sesungguhnya diriku tiada di sisi mu,

Tidak boleh lagi menjaga diri mu, 

Kini,

Diri mu hanya ada Dia,

Dia yang mencipta segala-galanya,

Dia lah Allah yang esa,

Mintalah pertolongan dari Nya,

Mengadu lah segala-galanya kepada Dia,

Maafkan diri ku,

Tidak dapat bersama diri mu sepanjang hayat,

Sesungguhnya diri ku hamba,

Tertakluk pada yang Esa,

Aku pergi dengan gembiranya,

Berjumpa dengan Dia yang satu,

Tidak ku risau dengan diri mu,

Kerana ku yakin,

Diri mu kuat untuk menempuh saat ini,

Ingatlah,

Allah bersama diri mu,

Maha besar,

Maha agung,

Daripada Allah kita datang, 

Daripada Allah juga kita kembali,


Nukilan akhir ku buat mu sebelum pergi meninggalkan diri mu selama-lamanya,


Mati itu pasti, 
Bagaimana kita di sana nanti, 
Adakah anda pasti, 
Syurga itu menanti.


Diharapkan syurga lah tempat ku di sana nanti.


Pengajaran:
Janganlah kalian terlalu leka dengan dunia ini. Mati itu pasti sahabat. Ingatlah akan kematian. Bagaimana kita di sana nanti bergantung pada diri kita di waktu ini. Waktu kita di dunia ini. Cukupkah amalan kalian untuk ke syurga sewaktu di sana. Cuba renungkan kata ku ini wahai sahabat. Jika di waktu ini kita sibuk dengan dunia, lalai kepada akhirat… Macam mana kita di sana nanti. Pernah terfikir tak????


Cuba renungkan artikel ku kali ini,

Ayuh tingkatkan amal,

Ayuh jadi kekasih Allah.

Tiada terleka dengan dunia,

Fokus mendapatkan cinta Allah,

Lakukan suruhannya,

Tinggalkan larangan nya.

Selamat beramal dan berlari dapatkan Dia.


Ingatlah akan kematian,

Jangan pernah leka.

Sekian dari ku,

Relax

Tuesday, May 27, 2014

Untuk mu wahai hawa



Wahai wanita di luar sana,

Lapangkan dada,

Buka lah minda,

Hendak ku kata hakikat hawa,

Supaya sedar,

Terdetik hati,

Satu kebenaran yang sangatlah pasti,

Bertapa berharganya diri kalian,

Tiada ditinggal bersendirian,

Sentiasa ada yang menjaga kalian,

Saat tiada yang halal,

Bapa mu menjadi penjaga,

Saat adanya yang halal,

Suami mu menjadi penjaga,

Sayangnya Dia kepada kalian.

Wahai wanita,

Diri mu sangat lah berharga,

Sehingga di minta menutup semuanya,

Yang boleh dilihat hanyalah dua,

Muka dan tapak tangan,

Seluruh anggota mu adalah hiasan,

Harus di tutup seeloknya,

Hanya boleh dilihat oleh suami mu,

Boleh juga di lihat oleh keluarga kalian,

Oleh kerana tubuh mu sangatlah berharga,

Haruslah kalian menjaganya,

Di jaga pulak sebenar jaga,

Labuhkan tudung menutup dada,

Pastikan badan tiada di lihat,

Stoking kaki jangan di lupa,

Lengan juga harus di tutup,

Inilah tugas kalian wahai hawa.

Kita orang Islam,

Harus baik akhlak kita,

Jangan lupa ye saudara saudari sekalian,

Minta maaf dalam berbicara,

Takut ada teguris hati,

Jangan lupa satu perkara,

Selalu ku pesan buat kalian,

Diri ku insan biasa,

Tegurlah diri ku andai salah.


Yang benar
Relax

Pai

Semoga bermanfaat

Terlari ku dengan diri ku




Terlari ku dengan diri ku,

Dek kerana kealpaan diri ku,

Oleh kerana diri di sayangi,

Terasa bagai di tarik balik,

Daripada tempat penuh muslihat,

Harus berhati-hati selepas ini,

Elak diri dari mengulangi,

Perkara lalu yang melalaikan,

Hendak ku fokus kepada yang satu,

Kerana semuanya dari Dia,

Usah di tinggal Dia,

Yang selalu berada dengan kita.

Setiap sesuatu atas izin Dia.

Harus ku Kuat menempuh segalanya.


Segalanya tentang dunia


__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Segalanya tentang dunia. Tempat tipu daya. Haruslah berhati-hati. Dengan dunia ini.



Satu tempat tipu punyai banyak benda melalaikan, 

Sedar kah kita, 

Kita sentiasa di uji, 

Dunia, 

Satu tempat ujian, 

Ujian untuk kita di sana nanti, 

Jangan kalah dengan dunia, 

Kita harus kuat, 

Tingkatan cinta harus benar tinggi, 

Untuk melawan dunia, 

Terkandung benda sukaan nafsu, 

Nafsu itu di dalam diri, 

Tiada terlihat, 

Hanya di rasai, 

Di fikir benda negatif, 

Di buat benda negatif itu daripada nafsu, 

Mohon kita jangan mengikut, 

Apa nafsu kata, 

Kita mampu melawannya, 

Hidup di dunia, 

Diri harus kuat, 

Melawan sapaan nafsu, 

Jangan kau hampir, 

Aku ada hati pengawal di kau, 

Di suci hati, 

Menerangkan hati, 

Kunci mengawal segalanya.


Sekian artikel pendek daripada ku,

Kata akhir dari ku,

Hati-hatilah dengan dunia.

Pai2.

Hendak ku buka takbir cinta


Aik2, hai2, pai2, krik2... Hidup kerana Dia, mati kerana Dia, segalanya kerana Dia.

Masuk ke jalan benar untuk mengenal Allah. Selamat berfikir.


Ku buka takbir cinta, 

Cinta antara kau dan aku, 

Tiada terpisah, 

Sentiasa ada, 

Tidak akan sesekali meninggalkan diri Mu, 

Cinta agung penuh nikmat, 

Meredah kegelapan akhirnya sinar, 

Terkaku sebentar hilang nya dunia, 

Hanya Kau dan diri ku, 

Tidak ku sedari yang di luar, 

Hanya diri Mu di hati, 

Ku mencari saat itu, 

Saat dimana tiada terpisah cinta Mu, 

Akan ku cari dan terus mencari, 

Mencapai tahap mengenal Dia. 

Ku gagahi langkah yang berat, 

Demi sebuah cinta teragung, 

Meringan kaki yang kadang berat, 

Ku tempis segala rintangan, 

Memasang tekat di dalam hati, 

Mencari permata di dalam diri, 

Ayuh bersama ku mencari cinta teragung.


Hehe..

Pai2..

Tenang2 selalu..

:)

Renungan mencari Dia


Semoga sentiasa di bawah rahmatnya.

Seindah mawar berduri, sukar di sentuh, tetapi tetap cantik di pandangan manusia. Hanya yang sebenar layak dapat menyentuh. Itulah wanita di dalam Islam.

Jom baca artikel di bawah:-


Apabila diri ku bersendirian,

Ku kenang masa lalu, 

Ku banding sekarang dan dahulu, 

Masih samakah aku sekarang, 

Tiada peningkatan, 

Tiada ubahan, 

Sedih, 

Buruk harus ku singkirkan, 

Top up kebaikan, 

Perbanyakkan amalan, 

Jika benar Dia kita mahukan, 

Sedarlah dari kelalaian, 

Sedarlah di buai angan, 

Lajukan kaki mencapai tekad, 

Tekad yang kukuh tiada keraguan, 

Ayuh saudara dan juga saudari, 

Barakan semangat juang, 

Tiada gentar di landa ombak, 

Mendapat Dia yang teragung, 

Jom bersama kita mengubah, 

Dari kurang baik menjadi baik, 

Dari baik lebih baik, 

Ingatlah Dia sentiasa bersama kita. 

Maha besarnya Dia.


Kata-kata akhir dari ku,

Tenung-tenung kekilafan diri,
Demi mencari jalan kehidupan,
Aku mencari sebenar diri,
Untuk mencari satu kehidupan.

Krik3...

Pai2...

Tegurlah diri ku andai ku salah.

Sekian dari ku,
Relax

:)

Cinta segala cinta


Assalamualaikum kalian, seperti yang ku kata di dalam artikel lepas. 

Artikel ku kumpul, di saat akhir bulan, baru terasa nak publish. 

Gara-gara dunia, ku leka dengan akhirat. Itulah dunia, pandai menghasut untuk meninggalkan akhirat. 

Jadinya, berhati-hatilah dengan dunia ye lepas ni sahabat dan saudara seIslam ku sekalian.


3, 2 ,1 Ayuh melihat artikel yang muncul di minda ku di saat itu.


Cinta dan rindu ku hanya kepada Mu,

Manusia itu makhluk ciptaan,

Jangan dikejar makhluk,

Rindu dan cinta hanya sebenar layak kepada Allah,

Sentiasa ada di samping ku,

Sentiasa menolong ku,

Hindari ku dari menyimpang di jalan hakiki,

Harus di ingat Dia selalu,

Harus patuh kepada Nya,

Beri ku kekuatan,

Kekuatan mengenal diri Mu,

Ya Allah,

Bukan aku sahaja,

Bantu juga mereka yang ingin berubah,

Bantu mereka mengenal diri Mu,

Sungguh aku tak Kuat,

Aku tak Kuat tanpa Mu,

Bantu ku mengenal diri Mu,

Istiqamah kan lah diri ku mengenal diri Mu,

Hindarilah mereka yang ku kenal,

Ku sayang,

Ku cintai daripada terpesong di jalan hakiki,

Sentiasalah bantu mereka,

Ku memohon pada Mu Ya Allah,

Bantulah mereka.

Bantulah mereka.

Ku sangat memohon pada Mu,

Maha agung,

Maha bijaksana,

Kau lah yang satu,

Tiada akhirNya.


Yeeaahh sekian ayat copy paste daripada ku. Terima kasih ku ucapkan kepada si pembuat ayat yang tak seberapa ni. Terima kasih lagi sekali, dengan artikel ini dapatlah relax banyakkan artikel dalam blog ni. 

Hehe.

Sekian daripada ku,
Relax

Pai pai


Friday, May 23, 2014

Kata maaf kepada blog ku


Salam sejahtera kepada blog ku dan manusia sekalian. 

Semoga sentiasa di bawah rahmatNya.

Artikel ringkas untuk bulan may ni. Just nak mintak maaf kepada blog ni sebab biarkan anda kekosongan tak di update. Eeeerrmm jangan sedih-sedih ye blog. Nanti lepas relax balik daripada tempat yang ingin di tuju ni relax update diri blog ye. 

Hehe...

Sekian artikel ringkas daripada relax.

Nantikan,

Artikel yang akan banyak gile lepas ni.

Hehe...

Pai blog ku.

Saya akan datang kembali untuk awak blog.

Ingatlah Allah selalu.

Thursday, May 08, 2014

Kata itu menyedarkan diri ku daripada kealpaan


Salam ku hulur kepada pembaca budiman. Assalamualaikum saudara saudari abang kakak bro sis dan manusia sekalian.

Lama pula relax tak update blog ni kan. Almaklumlah, bz yang tak berapa nak bz la katakan. 

4/5/2014, Ahad, di waktu petang. Masa dan waktu terukirnya satu kepalitan yang mengguris hati nan lembut ini. 

"Kata yang di ungkap bersahaja dari dia yang membawa seribu makna buat diri ku penggelar manusia."

Krik krik krik... Sekian pendahuluan dari ku. Tengok je la artikel di bawah.


Apabila kata itu di luahkan,

Teringat ku kembali kenangan dulu,

Kenangan suka dan banyakknya duka,

Kerana kenangan ini juga lah ku kuat,

Masih berdiri di sini,

Kata itu jugalah menyedarkan diri ku,

Luka lalu terasa terbuka kembali,

Tidak ku sangka,

Masih lemah nya diri ku,

Ini lah manusia,

Tiada kekuatan selain Dia,

Harus benar-benar dapatkan cinta Dia,

Barulah redha dengan segala kemungkinan,

Terima kasih insan kerana menyedarkan diri ku dengan kata mu itu.

Segala puji bagiNya,


Tiada daya upaya melainkan Dia. Setiap berlaku atas ketentuan dari Nya.

Relax tenang.

Sekian ayat sepintas lalu dari ku.

Pengajaran:
Kejarlah cinta Dia bersungguh-sungguh dan bukan cinta manusia. Cinta manusia tiada apa-apa, cinta Dia cinta sebenar cinta. Ayuh bersama kejar cinta Dia. 

Pai.

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!