Wednesday, August 28, 2013

KL gangster 2 full movie download


Click sini untuk download..

Ok, tajuk gempak kan... Ish ish... Mana la nak keluar lagi cerita ni saudara saudari sekalian.

Sabar sekejap je lagi ye...


Pengajaran: Sabar separuh daripada iman.

Relax tenang selalu...

Pai..

Tuesday, August 20, 2013

15 tips murah rezeki daripada Ustazah Siti Nor Bahyah


Jangan kau anggap aku manusia yang boleh di permainkan. Jangan kau anggap hati ku mudah di lukakan. Sudah ku saluti hati ku dengan besi waja. Usah di tembusi, terguris pun belum tentu. (haha... ayat berlagak di situ nampaknya)... Kuang kuang kuang, saje nak buat intro....

Macam selalu, bila terjumpa sesuatu dalam FB or website yang_______ perlu relax letak dalam ni. 


Ok, relax pun tak tau kenapa relax cakap benda ni kat korang. Haha. 



15 tips murah rezeki daripada Ustazah Siti Nor Bahyah:-

1.   Membantu penuntut ilmu.
2.   Membantu golongan orang miskin.
3.   Hihrah cari pendapatan ke tempat lain.
4.   Ingat Allah sentiasa.
5.   Memperbanyakkan doa.
6.   Bersyukur atas nikmat.
7.   Bersungguh-sungguh melakukan perkara harus.
8.   Melibatkan diri dalam perniagaan.
9.   Bersedekah secara istiqamah.
10. Menjalin hubungan silaturrahim.
11. Mengerjakan haji dan umrah.
12. Taqwa kepada Allah.
13. Beribadah kepada Allah dengan sebenarnya.
14. Istigfar dan bertaubat.
15. Tawakal dan usaha seiringan.



Sekian artikel ku kali ini. Hehe...

Selamat mengikuti saudara dan saudari sekalian.

Thursday, August 15, 2013

Ayuh mencari diri kita dahulu


Salam ku hulur kepada kalian, Assalamu'alaikum....... 

Moga sihat-sihat lah hendaknya. Moga di beri ketenangan hati juga kepada kalian. Moga kita semua di rahmati diri Nya. 

Satu kisah yang terjadi dan membuat kan diri ku memikirkan sesuatu.


Begini kisahnya:-

Hari tu ada terdengar kawan ku berkata kepada si A "Ko buat la apa pun kat dia, dia senyum je. Ko maki dia pun dia senyum je. Ko kutuk dia pun dia senyum je." (Lebih kurang macam tu la dia cakap)

Pernah juga kawan lain bagi si A berkata "Aku suka la perangai ko tu, senyum je bila orang buat kat ko macam-macam." (Lebih kurang macam tu la dia cakap)


Selang beberapa hari, adik si A tu pula berkata kepada si A "Perangai dia macam perangai abang la, tetap senyum walau diri di kutuk."

Selepas itu ayah, kakak dan mak si A pula cakap:- 
Ayah: "Apa abang ko senyum kalau orang kutuk dia, ish2 ko silap orang ni."
Kakak: "Betul la, ko silap orang ni."
Mak: "Bukan dia kut, ko silap orang ni, entah-entah abang ko lagi satu."

Akhirnya si A berkata di dalam hatinya:
Si A: "Hanya aku mengenali siapa diri ku sebenarnya."


Korang dapat keluarkan sesuatu maklumat tak berdasarkan story di atas???

Bagi diri ku la kan, berdasarkan story di atas, dapat bersama kita ketahui, sesungguhnya manusia itu punyai pelbagai perangai yang muncul mengikut pergaulan mereka. 

Macam kes di atas, kawan-kawan si A mengatakan si A tetap senyum andai diri di sakiti. Manakala keluarga si A berkata sebaliknya. 


Di sebabkan perkara ini, relax berpendapat bahawa kita punyai pelbagai personaliti yang hadir mengikut perhubungan, keadaan, keakraban dan sosial. Semua personaliti yang hadir ini pula bukan di buat-buat atau pun hipokrik. Sebaliknya lahir dari diri kita sendiri. Personaliti ini secara tak langsung di bahagi-bahagi oleh diri kita sendiri untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Oleh sebab itu, jika mahu mengenali seseorang secara keseluruhannya. Kita perlu lah melihat sifat dia semasa bersosial dengan orang lain dan bukannya semasa dia bersosial dengan kita semata-mata. 

Kita tengok pada kategori kawan, cuba korang bandingkan sifat korang semasa bersama-sama dengan kawan dan family. Bandingkan juga sifat korang semasa bersama dengan kawan rapat dan kawan biasa. Mesti ada beza nya kan.

Ini lah yang di panggil split personality. Semua yang terhasil itu sifat kita sebenarnya. Cuma kita membahagikan sifat itu mengikut persekitaran. Perkara ini di lakukan bertujuan untuk serasikan diri dengan persekitaran.

So, proses mengenali seseorang itu sangatlah lama. Bukannya sehari dua kenal, terus boleh kenal sifat dia macam mana. Mungkin juga korang tak akan benar-benar kenal seseorang melainkan diri nya sendiri dan juga sang pencipta. Itulah sebabnya kita perlu berdoa memohon kepada Nya supaya hadirkan insan yang baik di sisi kita. Kerana Dia lah yang maha mengetahui.


Ketahui juga wahai insan di luar sana, setiap manusia itu punyai rahsianya yang tersendiri yang tidak boleh di ceritakan kepada sesiapa pun melainkan Allah.


Personaliti. Satu benda yang boleh di katakan ghaib dan susah nak di fahami oleh insan biasa seperti kebanyakkan orang kerana lahirnya daripada hati. 

Kadang sesuatu perkara kita perlu lakukan tanpa kerelaan hati, inilah hipokrik namanya. Kadang juga kita lakukan sesuatu perkara di atas kehendak hati, inilah sifat kita. Tanpa dan dengan kerelaan hati hanya di ketahui oleh sang empunya hati. Itu sebablah orang yang betul-betul kenal kita di atas dunia ini ialah diri sendiri yang di dalam nya mengandungi hati.


Peringatan dari ku:
Sesuatu sifat yang baik itu sebenarnya sifat semua manusia di atas muka bumi ini. Dek kerana dunia dan faktor persekitaran sifat baik itu hilang dan seterusnya sifat negatif itu muncul. So, kalau dalam diri korang ada sifat yang negatif, itu sebenarnya bukan sifat korang. Harus di kikis dan di gantikan dengan sifat positive. Ingat tu..

Kesimpulanya, jika melibatkan sesuatu benda yang baik. Korang tak perlu tunggu ikhlas ataupun kerelaan hati untuk melakukannya kerana sifat manusia pada mulanya memang baik pun (di samping itu, jangan lupa juga ikhlaskan hati tu yo). Di sebabkan dunia dan faktor lain menyebabkan sifat baik itu dari hari ke hari terhakis dan seterusnya hilang.

Ayuh bersama-sama kita mencari kembali diri kita dahulu (diri kita yang baik) dengan cara melakukan suruhaNya dan meninggalkan laranganNya. Zikir-zikir dan terus zikir kerana zikirlah makanan bagi hati. Dengan itu barulah diri kita dahulu kembali dan ikhlas dalam melakukan kebaikan.

Ayuh kita ubah...


(Untuk orang biasa-biasa saje)

Sekian karangan ku kali ini.

Tegur laaaaaa manusia ni andai manusia ni silap...

Relax tenang.

Tenang itu harus di cari.

Pai..

Tuesday, August 13, 2013

Ingatlah wahai pelajar


Terjumpa ayat ni. Rasa macam kena ada pula dalam blog ni. Selamat menghayati la yo.


Apabila niat belajar betul,
Hala tuju tidak tersasul.

Apabila keyakinan diri kuat,
Banyak perkara dapat di buat.

Jika cabaran dapat di tangani,
Kelak diri bertambah dedikasi.

Pertolongan Allah hendaklah yakin,
Barulah diri tidak miskin.

Berasa bangga biar bertempat,
Dapat mengelak segala umpat.

Ibu Bapa dan guru hormati selalu,
Supaya sentiasa mendapat restu.

Bersahabat biarlah ramai,
Dapat menolong sewaktu mamai.

Tawakal kepada Allah paling utama,
Selepas berusaha segala daya.
(Lupa lak nak salin nama pembuat ayat di atas)

Tuntasnya, jika korang masih lagi belajar ingatlah:-
1. Pastikan niat belajar korang betul.
2. Yakinlah pada diri sendiri.
3. Tanggani setiap cabarang yang mendatang.
4. Yakin lah dengan pertolongan Allah.
5. Hormat ibu bapa dan guru.
6. Berendah diri lah.
7. Janganlah sombong sangat, carilah kawan seramai mungkin.
8. Selepas berusaha, jangan lupa bertawakal kepada Allah yo.

Sekian dari ku,

Yang benar,
RELAX...

:)

Suatu pengiktirafan


Suka pula bila relax baca ayat di bawah. Rasa macam nak bubuh dalam blog ni pula.


Setahun telah berlalu.
kenangannya masih menggamit insaf ku,
mencipta sejarah kecemerlangan,
suatu ketika aku pernah berjaya,
berkat kesungguhan impian terlaksana,
Tiada siapa menyangka,
Sukar untuk aku percaya,
Suatu pingiktirafan yang tak terduga,

Namun
Aku tewas dalam sebuah kepastian,
Kejayaan mengundang malang,
Bisa Menghancurkan pelajaran,
Akibat terleka dengan sebuah pengiktirafan,

Kini
Ku simpan sebuah kezaman,
tidak aku tewas dalam kehidupan
persekolahan mengajar ku erti ketabahan,
Tak kan ku ulangi kesilapan silam

Rubiah Hamid


Pengajarannya:
Jangan lah kamu leka dengan sebuah pegiktirafan. Jangan juga ulangi kesilapan silam. Berusaha bangkit kembali apabila sudah jatuh.

Sekian dari ku,

:)

Orang-orang mukmin yang mendapat kemenangan


Salam ku hulur kepada hamba Allah SWT di luar sana.


السلام عليكم


Sebelum korang baca entri ni, relax rasa la kan, lebih baik korang pause dulu lagu dalam blog ni.


Sila buka Surah Al-Mukminuun dalam Al Quran muka surat 342. Manakala kalau dalam tafsir Mahmud Yunus Al-Quran Nur Karim Rasm Uthmani, Prof. Dr. Hj. Mahmud Yunus, 30 Juz pula pada muka surat 495. Jangan korang buka je, jangan lupa baca dan fahami maknya sekali tau.

Mukmin yang mendapat kemenangan ialah:
1. Khushuk di dalam sembahyangnya.
2. Berpaling dari perkataan yang tidak berguna.
3. Mereka yang mengeluarkan zakat.
4. Mereka yang menjaga kehormatanya kecuali terhadap isterinya dan hamba sahayanya.
5. Memelihara amanah
6. Menepati janji.
7. Menjaga sembahyangnya.

Kalau korang nak tau keterangan yang lebih lanjut tentang surah di atas boleh lah bertanyakan kepada orang yang lebih tahu ye. 

Sekian perkongsian dari ku hari ini.

Selamat memahami dan beramal.

Tiada pandai dan bodoh, kita semua sama.


Sup untuk santapan rohani pelajar, ranggau dan jejawi tua, mouse, laptop, wire, handset, earphone dan banyak lagi lah. Barang-barang ini semua menjadi pembuka bicara ku kali ini dan seterusnya menjadi pendahuluan untuk artikel kali ini.

Assalamu 'alaikum,


Kau ni Bodoh la!

Kenapa kau ni pandai sangat?

Kau ni pandai la, aku tak pandai macam ko,

Maafkan saya, saya memang tak pandai macam dia.

Kalau lah aku boleh jadi pandai macam dia,

Kenapa aku sering gagal dalam exam, bodohnya aku,

Aku ni bodoh la!


Pernah dengar tak sebahagian ungkapan seperti di atas di dunia realiti.

Ada sesetengah manusia sering mengatakan diri mereka tak pandai atau bodoh. Inilah salah satu sifat yang sesangat lah buruk sebab mengecilkan dan menghina diri sendiri.
(Diri itu ciptaan Allah. So, korang menghina siapa sebenarnya??? [selamat berfikir] )


Sedarlah korang, sesungguhnya setiap otak manusia itu sama sahaja. Tiada yang pandai dan bodoh.

Pandai itu hanya terhasil apabila kita berusaha. Manakala bodoh itu terhasil jika kita malas berusaha. Dalam erti kata lain, pandai hanyalah hasil daripada berusaha dan bodoh itu hasil daripada kemalasan.


Begitu juga lah dengan kejayaan, kejayaan tidak akan datang tanpa berusaha.

Sama la juga dalam konteks agama. Untuk mendapatkan cinta Nya, kita perlu melakukan suruhan Nya dan meninggalkan larangan Nya.


Berusaha berusaha berusaha berusaha. Inilah kunci kepada segalanya.

Daya usaha adalah kunci untuk insan mencari kemajuan dan kekayaan, dengan syarat ada keinginan dan tujuan yang tidak dapat di tawar-tawar lagi.
Sayidina Ali


Kesimpulanya, kita semua sama je, yang membezakan kita hanyalah rajin dan malas. Kalau rajin, pandailah kita. Kalau malas, bodoh la kita.


Kata akhir dari ku, jika mahukan sesuatu, berusahalah dan seterusnya bertawakal. Bukan mencaci dan menyalahkan diri sendiri.

Ayuh kita ubah, dari malas ke rajin. Berusahalah wahai insan di luar sana.

Sekian artikel ku kali ini yang di tulis mengikut lintasan-lintasan ayat dari otak ku.

Relax tenang.

Pai..

:)

Monday, August 12, 2013

Resepi Cornflakes bermalo


Hello, hai, salam, assalamualaikum.

Penulisan pertama untuk raya kali ini. Raya 2013.

Kali ni raya berbeza sikit sebab relax ada buat kuih raya sendiri (ramai-ramai buat sebenarnya. hehe). Ok, baiklah, dulu masa duk tempat lama memang ada buat kuih raya pun, tapi tiba-tiba tak buat dah. Tak tau sebab apa. Mungkin sekarang ni orang lebih suka tempah daripada buat sendiri. Zaman betul-betul dah berubah rupanya.

Sebenarnya kalau korang nak tau, benda ni tak rancang pun. Tiba-tiba je dapat pangilan daripada mak saudara ku mengajak mak ku untuk buat kuih bawah ni. So, ke esokkan harinya mak relax pun beli lah barang-barang yang di perlukan.

Sebenarnya kuih di atas sama je macam nak buat cornflakes bermadu (ni la kut namanya). Cuma dia ada tambahan barang sikit iaitu milo. 

Resepi ini di perolehi daripada mak mertua kepada mak saudara ku yang di ajar oleh mak saudara ku kepada mak ku dan di lihat oleh ku. (Pandai-pandai korang pahamkan lah)

Ok, tanpa membuang masa lagi, relax dengan kerjasama kuali, kamera, senduk dan segala lagi perkakas yang terlibat akan mengajar korang cara nak buat kuih cornflakes bermalo (madu + milo=malo).

Bahan-bahannya:
1. Cornflakes 150g
2. Madu 6 sudu besar
3. Butter. 150g
4. Milo 150g
dan barang memasak lain.

Inilah barang-barangnya.

Barang-barang lain


Cara nak buat:-

1. Pastikan segala bahan-bahan mengikut gram yang betul.

Cornflakes 150g

Butter 150g

Perlu timbang milo ni


Milo 150g

2. Panaskan butter tadi (peganti minyak) dengan suhu yang paling kecil.

Butter di panaskan

3. Selepas itu masukkan 6 sudu madu dan kacaukan.

Masukkan madu 2 sudu dan kacau

4. Masukkan milo dan kacau.

Masukkan milo 150g tadi

Kacau milo tadi

5. Masukkan cornflakes dan gaulkan.

Cornflakes di masukkan ke dalam milo tadi


Gaulkan cornflakes tadi sehingga sebati

6. Bila dah nampak macam sebati boleh lah di angkat dan letakkan di dalam bekas. (Jangan lupa tutup api tau.)

Ok nampak macam sebati dah.

Ready untuk di isi di dalam bekas

Bubuh la dalam bekas tu ikut kreativiti korang.

Siap satu dulang.

Lagi satu siap

Dalam pinggan pun dah siap.




Siap-siap.

7. Siap cornflakes bermalo.
Pandangan dekat untuk cornflakes bermalo.


Info 1: Kalau guna kuali lama akan melekat masa nak gaulkan sebab kuali bekas goreng-goreng ikan dan ayam segala bagai kan.

Info 2: Kalau semua bahan 50g, gunakan madu 2 sudu besar.



Sekian tutorial untuk kali ini.

Ok baiklah, 20% je relax buat kuih di atas. hehe...Banyak ambil gambar je. 

Kata akhir dari ku, relax bukan tukang masak dan juga photographer.

J

Pai..

Maaf andai diri ini terkasar bahasa.

Ta'aruf, bertunang, bernikah. 

Weeekkkk...

Monday, August 05, 2013

Sekarang bukan penentu kepada masa depan


Salam perkenalan semua, hadiahkan senyuman kepada kalian :). Teruskan membaca.

Jemput minum


Sekarang: Cinta kita di tolak oleh seseorang
Masa depan: Cinta kita di terima oleh orang tadi.


Sekarang: Kita tidak cinta kepada orang itu.
Masa depan: Kita sangat menyintai orang itu.


Sekarang: Kita di sakiti oleh si dia.
Masa depan: Si dia lah pengubat hati kita.


Sekarang: Dia benci dekat kita.
Masa depan: Dia menyayangi kita.


Sekarang: Dia tak boleh menerima kita.
Masa depan: Dia boleh menerima kita.


Inilah yang di namakan jodoh. Yang benci bertukar jadi sayang. Yang tak boleh menerima bertukar boleh menerima dan sebaliknya. (Boleh jadi juga yang menyintai bertukar jadi membenci dan yang boleh menerima tak jadi menerima)


Terlalu complicated untuk di pikirkan. 

Memikirkan sesuatu yang di luar kotak pemikiran dan tak wajar untuk di pikirkan. Semua atas ketentuan dari Nya. Sebagai hambaNya kita perlu redha dan bersedia dengan apa jua keputusan. 


Di sebabkan itu, jangan terlalu bersedih saat putus cinta dan saat cinta di tolak. Jangan juga terlalu gembira saat cinta di terima kerana jika seseorang perempuan or lelaki itu belum di ikat dengan ikatan yang sah, belum tentu lagi lelaki or perempuan itu jodoh kita.



Yang di kata jodoh itu ialah apabila antara perempuan dan lelaki itu di ikat dengan ikatan yang sah. Bukannya saat cinta di terima sebelum di ijab kabul. 


Di sebabkan itu, anda wajar takut akan kehilangan girlfriend or boyfriend di masa akan datang kerana mereka belum tentu jodoh korang. (Kenal lama belum tentu dia di takdirkan untuk kita)


Kata akhir dari ku:
Jangan terlalu menyintai takut diri akan merana (ingat tu).


Sekian peringatan dari ku.

Betulkan diri ku andai diri ku silap. Faham kan aku andai diri ini salah memahami.


Sunday, August 04, 2013

Cara nak print screen tanpa menggunakan software.


Malam yang agak panas... (Tulis dari malam baru dapat publish sekarang)

Berpeluh-peluh badan ni. Tak tau kenapa... Tak pe tak pe, peluh itu membuang toksik.. Bagus untuk kesihatan sebenarnya. Alhamdulilah.. Segala puji bagi Nya.

Cinta itu satu anugerah dari Ilahi yang datang tak di undang dan pergi perlu paksaan. (untuk cinta kepada manusia. Betul tak betul tak???)

Hari ni relax berbesar hati nak share dengan korang ilmu yang sangat bagus untuk manfaat bersama. Walaupun simple je, tapi dia tetap ilmu. Tak salah kalau relax nak kongsi. Hehe... kan kan kan????


Ketahuilah, sebenarnya windows menyediakan satu button print screen kat keyboard korang. Tak payah susah-susah pakai software pun.

Tapi tak kesah pun kalau korang nak pakai software. Antara software yang boleh di gunakan untuk print screen ialah snagit dan banyak lagi lah.. (relax duk guna snagit je selama ni.)


Di sebabkan itu hari ini relax nak ajar korang:-

Cara nak print screen dalam computer or laptop or netbook or ultrabook korang tanpa menggunakan software.

1. Tekan button di bawah:-



Untuk keyboard biasa


Untuk keyboard laptop

Info: 
Function button di atas ialah copy display yang ada kat screen laptop or computer korang. Macam selalu, kalau dah ada copy mesti la ada lawanya iaitu paste. Lepas korang dah tekan button tu, paste je la kat mana-mana korang suka. Ikut suka korang la yo. 


2. Selepas button ini di tekan. Paste dalam paint or sewaktu dengan nya.

Contoh print screen yang di paste dalam paint.




Contoh print screen yang di paste dalam word.



3. Lepas dah paste dalam paint. Boleh la save gambar tu dalam format kesukaan korang. So, jadilah seperti di bawah.

Gambar ni save dalam format JPEG.


4. Sekian tutorial simple dan senang untuk korang. Hehe...


Macam tu la caranya kalau nak print screen sesuatu. Hehe..


Setiap sesuatu ada lawannya. Copy itu lawanya paste. Sayang itu lawanya benci. Begitu juga dengan print screen, ada mengunakan software dan ada juga print screen tak menggunakan software.

Untuk print screen menggunakan software, korang boleh la pakai snagit. Seperti di bawah:-

Snagit 10


Snagit 11


Info: Relax suka guna software ni sebab dia boleh capture specific items.

Sekian tutorial ku kali ini.

Kata akhir dari ku,
Kita hanya dapat apa yang kita perlu dan bukannya apa yang kita mahu.



Senyum selalu.

Jangan masam-masam dan sedih. Tak comei dan nampak tua.

Tak mau stress tau.

Jangan bersedih. I'm always with you.

Moga diri mu dapat apa yang di inginkan.

Mudah mudahan.

:)

RELAX TENANG: nama untuk blog ini. 

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!