Monday, May 27, 2013

Hati ku di ketuk buat kedua kalinya


Hatiku di ketuk lagi,

Di ketuk oleh seorang wanita,

Aaaahh,

Perasaan lalu muncul kembali,

Tetapi kali ni lain sikit,

Saingan sesangat sengit,

Kawan rapat ku mahukan dia juga,

Terpaksa ku melepaskan,

Demi kawan ku ini,

Sungguh menyedihkan,

Pergilah,

Pergilah dapatkan diri nya,

Demi kawan,

Ku sanggup lupakan perasaan ini,

Mungkin suratan takdir untuk diri ku,

Diri ku harus tabah,

Tabah dan redha,

Aku harus kuat,

Terasa tak bermaya,

Apakan daya,

Hidup ini memang begitu,

Sedih dan gembira saling berganti,

Selamat tinggal kedua kali kasihku,

Pergilah,

Aku merelakan.

L


Haha, ayat pasrah yang terkeluar pada pukul 9.58pm jam relax. Dah lama tak buat ayat pasrah2 ni. Di sebabkan itu rasa nak buat la pula untuk artikel kali ini.

Pengajaran dari pada ayat di atas:
Dahulu kan kawan, baru cinta. (kali ini la)


Weeekkkk

:P

Pai,

Cinta Dia yang hakiki, cinta yang membawa kepada kebahagian, pastikan jangan hilang cinta Nya.

Selamat..

J


Monday, May 20, 2013

Mendaki Bukit Bendera pada pukul 2 pagi.


Banyak pula orang duk cerita pasal Bukit Bendera relax tengok dalam internet ni. So, relax pun nak cerita gak la. Mana boleh korang je bercerita, relax pun nak gak.


19/5/2013 Ahad.

Satu sejarah tercipta antara relax, kawan ku dan yang paling penting ialah lecturer ku iaitu En Ikmal. 

Hehe, pengalaman yang sangat-sangat best. Aktiviti yang membuat adrenalin ku keluar dengan banyak nya. Teruja gila time ni. Perasaan yang memang relax nak sangat. Terbaik.

Terciptanya sejarah apabila En Ikmal mengeluarkan cadangan untuk hiking bukit bendera pada pukul 2 pagi. 

Dengan menggunakan slogan "Be Safe, Be Crazy" relax dan kawan-kawan menyahut cabaran lecturer ku.



Malas nak cerita panjang-panjang. Saksikan sahaja ringkasanya di bawah:-


Event: Hiking ke Bukit Bendera.

Mengikut jalan: Taman bunga or Taman Botani. Ala yang ada tempat menembak 2. (Tak pasti jalan apa, yang pasti permulaan jalan tu ada macam pintu gerbang)

Time: 2 pagi.

Objektif: Ambil gambar matahari naik dari atas Bukit Bendera.

Peserta: 37 orang
Asal nya belas-belas orang je, tak sangka bila open dekat umum, ramai lak yang nak pergi. Rupanya banyak orang tak betul kat tempat relax ni. hehe... jangan marah ye....

Sekilas lalu pasal persedian: 
Sebenarnya tak rancang pun siapa yang nak lead, kena bawa apa naik atas tu, macam mana susunan atas tu dan banyak lagi persedian yang tidak di buat (Yang lagi tak betul, ada la orang tu naik atas Bukit hanya menggunakan mata hati. hehe, takda torchlight la). Persedian hanya di buat sebelum naik. Dalam erti kata lain, pandai-pandai la korang pikir sendiri nak naik tu kena buat apa.

Konvoi: 8 kereta, 1 motor.

Permulaan:-
Berkumpul di UiTM PP pukul 10.30pm. Bertolak pergi sana pukul 11.30pm. Sampai kat sana pergi Gurney dulu makan-makan dan beli apa yang patut. Selepas itu, pergi Bukit Bendera dan start panjat pukul 2 pagi.

Member ku yang mengila sekali

8 kereta yang pergi

Siapakah itu?

Gurney di waktu malam

Gurney, sentiasa ada orang

Baru tau, Gurney di tepi pantai rupanya


Jalan di sana macam mana:-
Berdasarkan permerhatian ku, ada dua bukit yang perlu di daki untuk naik ke bukit bendera. Makna kata, kita kena naik dan turun semula bukit. Seterusnya naik kembali bukit lain. Selepas 2 jam, kami perlu mendaki jalan tar yang mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke Bukit Bendera. Time ni la yang paling mencabar dan memenatkan bagi diri ku, sebab jalan tar ni tak masuk akal, terlalu curam mengalahkan jalan Bukit Mertajam. (siapa la buat jalan ni, tak reti nak buat bagi landai sikit ke)


Peristiwa yang terjadi:-

- Seorang kawan ku tak cukup nafas untuk naik ke Bukit Bendera. Selamat la ada kawan-kawan yang baik seperti kami ni bagi semangat suruh dia naik gak. (hehe, baik kan kami :P)

-Di kejar anjing.
Cerita bermula sewaktu di jalan tar. Masa tu berhenti rehat di depan rumah untuk menunggu group lain naik (rumah siapa tah atas tu, boleh lak sesat kat tengah-tengah jalan ni). Masa berhenti tu la ada bunyi banyak salakkan anjing. Tapi kami buat tak tau je, sebab anjing tu duk dalam pagar rumah tu. Dalam 10 minit kami duduk kat depan rumah tu, ada seekor anjing keluar, entah macam mana tah anjing tu boleh keluar. Macam selalu, cuak gak la, siap ready nak lari lagi. Selamat la ada seorang member ku ni bagi nasihat time tu kata jangan lari sebab nanti anjing tu kejar. 

Ingat ke sampai dah rupanya belum

Rumah sesat di jalan nak naik Bukit Bendera

Permulaan di mana anjing menjadi penghalang pendaki-pendaki


Start dari sini la, orang selepas kami di kejar anjing hehe. Maaf ye kawan-kawan ku, kami la penyebab anjing tu keluar. Jangan marah yo. Di atas dasar tanggungjawab kami, 5 orang dari group ku terpaksa turun bawah untuk cover orang-orang bawah dari di kejar anjing. 


Pengakhiran mendaki:-

Setelah hampir 2 jam kami panjat jalan tar (Pukul 6 pagi dah masa ni), akhirnya kami sampai ke bukit bendera dan yang paling best sekali ialah kami lah peserta yang pertama yang sampai ke Bukit Bendera (bangga mak aku mengandungkan aku, hehe, tak gitu mama).

Inilah orang first sampai dulu bukit Bendera

Ce tengok orang belakang tu, siap sujud syukor lagi, Alhamdulilah sampai gak

Group first yang sampai Bukit Bendera


Sampai je kat sana solat Subuh dulu, then cari tempat baik punya nak ambil gambar matahari naik. Sebelum tunggu tu, kita tidor dulu.

Panjat-panjat gak, yang wajib jangan di lupa. 
Perjalanan untuk menunaikan yang wajib.

Surau di atas Bukit Bendera

Tempat baik punya, nak ambil gambar matahari naik.

Jalan menuju ke cable car.

Bersinar-sinar lampu 2

Kita ambil gambar dulu

Ce tengok belakang tu, cantik tak..

Bukit Bendera, kat mana tah benderanya.

Jom kita tidor

Kita tidor dulu

Pemandangan di atas sana

Laut di bawah itu


Objektif tercapai:-

Peringkat kenaikan matahari (Pandangan dari Bukit Bendera)









Akhirnya matahari muncul gak.

Ni baru cerita naik, belum turun lagi. 

Saksikanlah sambungan nya selepas ini. 

Kita cerita bab turun lak yo.... 


Wednesday, May 15, 2013

Ini semua mengarut, lebih baik senyum.


Selamat dan moga di bawah rahmatNya anda-anda di sana.


Pening-pening ini semua tak perlu aku pikirkan,

Mengarut,

Mengarut,

Mengarut,

Ini semua mengarut,

Tak perlu diri ku memikirkan,

Mengarut,

Lebih baik aku senyum je,

Smile,

Smile.






Hehe... Dah malas relax pikir perkara-perkara yang tak penting ni. Buat pening kepala je. Moga senyuman ini dapat menghilangkan kegusaran hati diri ku dan korang.

Pengajarannya,
Senyumlah selalu.

:)


Saturday, May 11, 2013

Bersama kita tegur menegur.




Salam dan selamat ku ucapkan kepada anda sekalian. Tiba-tiba idea datang nak tulis ayat-ayat di bawah. Tiba-tiba je, tiba-tiba je.... (ok baiklah, dah habis tiba-tiba. Kita tengok lah ayat tiba-tiba di bawah).


Bukan mudah untuk menyampaikan sesuatu benda yang baik.

Bukan mudah untuk menyampaikan sesuatu kebenaran.

Pelbagai tohmahan akan di hadapi.

Pelbagai tuduhan akan di lemparkan.

Inilah perjuangan,

Perjuangan dalam menyampaikan.

Kesan tuduhan itu masih terkesan di hatiku.

Bukan mudah untuk ku menghilangkan.

Sedih di rasai apabila terkena sedemikian rupa.

Bukan salah dia,

Salah aku kerana cara penyampai yang tak betul.

Harus ku jadikan pengajaran.

Harus ku hindari dari terus melakukan.

Kalau diam,

Di kata tidak punyai pegangan.

Kalau menegur,

Di kata nya macam-macam.

Ye aku sedar,

Memang aku bukan baik,

Sering juga melakukan kebatilan,

Kalau dah begitu,

Ayuh bersamalah kita perbaiki diri,

Aku salah kau tegur,

Kau salah aku tegur,

Kita saling tegur-menegur.

Yang salah bersama membetulkan,

Bukan membenci,

Bukan bermusuhan,

Bukan bermasam muka,

Bukan mendiamkan diri,

Semua di atas tidak akan menyelesaikan masalah,

Aku akui,

Sebagai insan biasa,

Kadang susah juga untuk menerima teguran seseorang,

Tetapi aku tiada pilihan lain,

Teguran itu harus ku ambil dan pertimbangkan,

Muhasabah kembali perlakuan ku,

Moga kita di bawah rahmatnya,

Moga kita sering diberi petunjuk daripada Nya,

Mudah-mudahan.



Sekian kata-kata dari ku,

Yang benar,

Relax = tenang.

Pai..

J

Moga kita umat Islam bersatu kembali. Katakan tidak pada pepecahan.


Friday, May 10, 2013

Muslimah tolong ingat pesanan ini???


Mengapa saya tak ada boyfriend?

Artikel copy paste dari blog ________.
(Terpaksa rahsiakan blog tersebut takut hati korang tergangu pulak wahai lelaki... Ops, maafkan saya lagi sekali.) 

Peringatan dari ku wahai lelaki: Jaga hati tu.


Rasa macam ayat di bawah perlu di kongsikan, untuk memberi peringatan kepada anda-anda di luar sana.


******************************


Muslimah's, please memorize this.
Found this on Facebook. Felt the need to spread the word.
---
She asked her: Why don’t you have a boyfriend? She replied with confidence: You tell me. Why would I have a boyfriend? I guess you have no answer for my question, but I have answers for yours. First, I am a believer, I can’t do what displeases my Creator. He ordered me not to to have a boyfriend so I should obey Him.

Allah says in Qur’an: “Nor those who take [secret] lovers." (surat Al-Nisa-25). Secondly, I am a daughter of a man who raised me to be a chaste woman. I am a sister of a man who is proud of my purity, so I don’t want to disappoint them, and most of all I don’t want to disappoint a third man who is my future husband and the father of my children in sha Allah. I am preserving myself to him only.

My mom raised me to be a righteous woman so that I deserve a righteous man. She never raised me to be a toy in any boy’s hand, but she raised me to complete the Deen of a pious man.Also, I am not an easy girl who would be impressed with sweet love words, but I am a proud Muslimah who is just like a pearl in its shell. No one can touch it but a brave man who would value it and cherish its beauty. 

Dear Muslimah's. Know your worth, and Be that One In Million who love to have the love of their Lord more than the love of a boyfriend!

-ZS

***************************




Ulang lagi sekali, bukan relax yang tulis artikel di atas, relax cuma copy paste saje. Jangan marah ye empunya blog.

Senyum-senyum  :)

Ayat terakhir dari ku,
Alangkah indahnya jika aku di satukan dengan girl seperti di atas. (Impian nak gempak je, hehe)

Sekian dari ku untuk muslimah di luar sana.

Sunday, May 05, 2013

Nasihat dari seorang HambaNya


Sekilas lalu dari hamba Nya yang bernama A____.

Peringatan dan nasihat yang sangat berguna dari dia. Terbaik.

Akan ku ingat pesan diri mu,


Antara nasihat si A______:-

"

Tanda-tanda kiamat kecil dah banyak sangat-sangat,
Bersedia lah untuk menghadapi tanda-tanda besar,
Aku cuma mengingatkan je la,
Sebab orang-orang muda semua sekarang,
Terlalu taksub dengan politik,
Sampai ada dekat page-page ni aku baca,
Duk maki-maki,
Relax-relax sudah,
Kalau kau rasa diri kau di jalan benar,

Bak kata Ustaz Don,
Jangan risau,
ALLAH ada,
semua ada hikmah,
ALLAH sebaik-baik perancang,
Boleh jadi sesuatu yang teruk bagi kamu adalah baik bagi kamu,

Persiapkan diri kerana MATI tidak menunggu ANDA,
Boleh jadi Aku MATI DULU dari Hang,
atau sebaliknya,

Contohi akhlak NABi,
Ikut AL-QURAN dan SUNNAH..
IN SHAA ALLAH tak sesat la

All the best for DEGREE..
Buat baik-baik,

Jangan ulangi MASa LAMPAU..
Yang buruk kita ubah,..
Yang BAIK kita TAMBAH..
Always remember to READ AL-QURAN..
"

Sekian kata-kata dari Hamba Allah yang di tuju kepada diri ku yang di sampaikan diri ku kepada kalian untuk di jadikan peringatan,

Moga kata-kata dia menyusut di kalbu pembaca sekalian juga,

Ingat pesan hamba Allah di atas ya,

Pai,

Ingatlah akan kematian,

Politik dah habis,

Tak payah lebih-lebih,

Fokuskan diri untuk hari di sana,

Oklah,

Selamat mempelbaiki diri,

:)

Bahagiamu bahagiaku


Bahagia mu bahagia ku



Dengar lagu ni kali pertama, terus jatuh cinta. Video klip dan lagu, dua-dua relax suka. Bila tengok video ni terasa diri menjadi watak utama pula dalam video ni, siap dapat merasai perasaan watak utama dalam klip video ni. Sedih gile. Tetapi ini semua hanya di dalam video klip.

Haha... Terbaik.


Peringatan dari ku,
Jangan duk feeling habis pulak kalau korang tengok video ni. Terlebih feeling nanti jadi melalaikan pulak. Jangan-jangan, korang jangan terlebih feeling yoo.. Layan-layan macam tu sudah la yo.

Sekian perkongsian terasa dari ku.

Pai,

:)

Kisah cinta yang akan buat orang menangis


MATI!!! sebagai hamba Nya, kita tak boleh lari dari perkara ini. Di sebabkan itu, selalulah ingat akan kematian. Dengan mengingati kematian, moga kita tak lalai dan sering dapatkan diri Nya.

Sekian sekilas pendahuluan dari ku,


Kisah cinta yang wajar di jadikan iktibar oleh kita semua.

Satu kisah yang wajar untuk ku jadikan pengajaran. (kena ambil iktibar ni)

Kisah cinta pertama:-
Dua orang kawan ku telah di mainkan oleh dua orang perempuan,

Sebenarnya takda lah di mainkan sangat, cuma perempuan tu ada lelaki lain masa duk couple dengan diorang.

bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla ba bla bla
bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla ba bla bla
bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla ba bla bla
bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla ba bla bla
bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla ba bla bla

Tak perlu rasanya ku menceritakan kisah cinta mereka yang akhirnya sampai ke penghujungnya. Cukuplah korang mengetahui diri mereka di duakan. 

Hehe, jarang dengar kan, selalunya kita dengar lelaki yang menduakan girl, kes kali ni pula terbalik. (Mungkin relax je yang baru dengar).


Kisah cinta kedua:-
Si A bercinta dengan si B. Then si B berkahwin dengan si C. Tetapi si B berkawin tanpa memberitahu pada si A. Si A dapat tahu dari si D. Selamatlah si D bagi tahu si A kata si B dah kawin dengan si C. Kalau tidak, si A mesti dituduh mengacau rumah tangga si B dan C. 

Ish2, teruk kamu ni si B, kahwin tak bagi tau. Sekurang-kurangnya bagi tau la kata nak putus dengan si A. Apa nak jadi ni.

Tetapi dalam si A bercinta dengan si B, si B pernah nak memegang tangan si A dan si B pernah meminta si A supaya memberi gambarnya yang tidak menutup aurat untuk di lihat oleh si B. Oleh kerana si A kuat juga imannya, di tamparnya si B apabila ingin memegang tangannya dan gambar tidak menutup aurat tidak di beri si A kepada si B.

(korang faham ke tidak kisah cinta A and B ni??? hehe harap faham la yo)


Kisah cinta ketiga:-
Si E yang punyai wajah yang OK. Di sebabkan itu, ramai lah manusia tergila-gila pada si E. Kesian pada manusia-manusia tersebut, telah di duakan or di tigakan or di infinitikan oleh si E. 

(moga diri ku tidak terkena sedemikian rupa dan moga diri ku tidak melakukan seperti itu.)


Sekian kisah cinta yang berlaku di depan mata ku. Ku menulis bukan untuk memburukan mereka yang di atas, tetapi untuk memberi iktibar kepada diri sendiri dan pembaca sekalian.



Berdasarkan 3 kisah cinta yang ku ceritakan tadi, dapat di keluarkan pengajaran seperti berikut:-

1. Tiada kepastian setia jika bercinta sebelum berkahwin.
2. Jika seseorang lelaki or perempuan meminta untuk melakukan perkara di larang, ketahuilah korang lelaki or perempuan ini mungkin tidak elok akhlaknya. (mungkin je, perkara ni tak boleh di buat kepastian sebab bermain dengan dalam. Pandai-pandai la korang menilai orang macam ni)
3. Orang yang punyai muka yang OK, mungkin punyai girl or boy yang banyak.(maybe)
4. Orang yang punyai muka yang OK juga mungkin tak setia.
5. Orang yang pandai berkata-kata juga mungkin bukan seorang yang setia.
6. Jangan terlalu menyintai pada manusia.
7. Pastikan jangan percaya 100% kepada insan yang di sayangi jika berlum berkahwin.
8. Susah dah sekarang ni nak jumpa orang yang baik dari segi akhlaknya dan betul-betul ikhlas menyintai kita. Walaupun begitu, orang yang setia dan betul-betul ikhlas menyintai seseorang itu ada. 
9. Berhati-hatilah di dalam mencari cinta.
10. Di samping mencari insan untuk menjadi suri di hati, banyakkan berdoa dan berserah pada Nya agar Allah memberi yang terbaik buat kita. Selain itu, baikkan juga diri korang.

dan pengajaran lain yang dapat korang keluarkan dari 3 kisah cinta yang ku ceritakan.



Peringatan terakhir dari ku,
Jangan merasa kecewa jika cinta korang di tolak oleh seseorang sebaliknya kecewa lah jika cinta korang di tolak oleh yang maha Esa. Seterusnya, cintai manusia sepenuh hati akan merana diri. 

Ingat lagi sekali,
Di samping mencari insan untuk menjadi suri di hati, banyakkan berdoa dan berserah pada Nya agar Allah memberi yang terbaik buat kita. Selain itu, baikkan juga diri korang.

Sekian peringatan ku untuk diri sendiri dan insan di luar sana.

Sekian dari ku,

Relax tenang,

Pai..

Friday, May 03, 2013

Mengapa tidak dapat ku lawan diri itu???


Ayat tulis pendek-pendek sudah kembali, nak buat macam mana, terasa sangat nak tulis pendek-pendek ni. hehe..



Sebak di hati tiada yang tahu,

Ku zahirkan kegembiraan,

Untuk menyembunyikan yang di dalam,

Memang itu sifat ku,

Tak guna menzahirkan,

Tiada yang boleh menolong,

Ini bermain dengan yang di dalam,

Tiada manusia mampu menolong ku di saat ini,

Hanya pertolonganNya ku pinta,

Moga Dia mengutuskan seseorang mendidik ku ke jalan benar,

Moga Dia membantu ku di dalam hal ini,

Sering terjatuh,

Sering melukakan,

Sering menderhaka,

Semua itu ku lakukan dalam keaadaan sedar,

Aaarrrrgggg,

Semua ini salah,

Semua ini salah,

Mengapa aku lakukan,

Kenapa?

Kenapa?

Mengapa tidak dapat ku kawal diri itu,

Janji itu tidak dapat ku tunaikan,

Ini kerana terlalu mengikut kata diri itu,

Diri itu tidak dapat ku didik,

Bagaimana hendak ku didik diri itu pada yang lain,

Bebanan ini tidak dapat ku pikul,

9 pecahan pada yang lain,

1 pecahan di sini,

1 pecahan tidak dapat ku kawal,

Bagaimana hendak ku kawal pecahan lain,

Hari ini ku kalah,

Hari esok ku bangkit,

Akan ku banteras segala anasir jahat,

Akan ku munculkan kembali sinar dahulu,

Ingatlah,

Kau tidak akan selalu menang,

Aku akan melawan,

Aku akan melawan,

Ingat lah perkara ini…




Adoyai, apa relax merapu ni.... Poning-poning, nak buat macam mana, time tulis ayat di atas yang muncul.

Apa-apa pun selamat memahami,

Pai,

Tenang kan lah diri kalian dengan meningati Ilahi,

Buangkan lah stress dalam diri dengan selalu mengati diri Nya.

Sekian,

Kasi senyum sikit :)


Cinta itu masih ku ingati



Sudah lama rasanya tidak ku membuat ayat-ayat sedih dan cintan cintun ni. Malam ni terasa nak buat la pulak. Alamak alamak alamak, jiwang dah datang dalam diri ku.


Diam ku bukan bermakna ku tak ambil berat,

Bukan ku mahu putus kan hubungan kita,

Tahukah kau,

Kau sentiasa di ingatan ku,

Sering ku ingat diri mu,

Sering kali juga rindu itu datang,

Tapi apa kan daya,

Ku tiada upaya untuk mengungkapkan kata rindu,

Saat ku jumpa diri mu,

Lidah ku kelu untuk berkata,

Tidak mampu ku ungkapkan kata sayang pada mu,

Ku hanya mampu melukakan diri mu,

Aku tak tahu kenapa,

Saat mengungkap kata benar,

Ku tak mampu berkata-kata,

Saat mengungkap kata palsu,

Lidah ku lancar berkata-kata,

Maaf kan diri ini sayang ku,

Kerana melukakan hati mu,

Jangan lah kau pergi meninggalkan diri ku,

Kembali lah kau dalam diri ku,

Saat indah kita bersama sering ku ingati,

Terlalu banyak kenangan antara kita,

Tidak mampu ku lupakan semua itu,

Cinta ini ingin ku lupa,

Tetapi tidak berdaya,

Dalam tak berdaya ku teguhkan hati,

Ku cuba menahan perasaan ini,

Aku tak mahu kerananya aku ingkar pada sang pencipta,

Itulah lumrah bercinta,

Ada kala gembira,

Ada kala sedih,

Redhalah pada segala takdirnya…





Wahai insan putus cinta di luar sana,

Ku seru kalian supaya berbalik pada pencipta,

Teguhkan hati,

Perbetulkan kembali hati kalian,

Cinta datang dan pergi,

Itulah cinta manusia,

Cintai lah Al Haq,

Diri mu akan gembira selalu,

Kerana Dialah segala-galanya,

KepadaNya kita datang,

KepadaNya kita kembali,

Dia lah yang satu,

Cinta pertama hatiku,

Akan ku kekalkan cinta ini,

Kerana ku tahu,

Tanpa Dia,

Siapalah aku,

Aku lah hamba,

Hamba pada Al Haq,

Tunjuki aku jalan yang benar,

Hindari diri ku dari sesat..

Kau lah yang satu,

Tiada akhirnya…



Kepada kawan ku yang baru berputus cinta. Ingatlah pesan ku di atas. Moga korang menjumpai insan lain yang lebih baik dan setia kepada diri korang. Di saat itu, moga cinta korang bekekalan sepanjang hayat. Akhir sekali, jangan bercinta lama-lama yo, kawin la cepat-cepat sikit.

Takda la jiwang sangat sebenarnya, sebab relax ni bukan mat jiwang sangat... Hehe...

:)


Tajuk lain untuk post kali ni:

Kata jiwang untuk hari ini.
Dia di hati ku.
Saat indah kita bersama

Sekian dari ku,

Yang benar,
Relax....



Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!