Sunday, February 24, 2013

Daun pokok cerita pengubat pelbagai jenis penyakit


Khasiat daun pokok cerita.


Pengubat darah tinggi.


Asslamualaiku semua..

Hari ni relax nak post pasal satu kaedah tradisional orang mengubati penyakit. Tak perlu makan ubat dan segala bagai. Cukup la makan benda ni je, Insha Allah sembuh.

Untuk pengetahuan korang juga, perkara ini di praktik kan oleh diri ku sendiri dan memang berkesan.

Jika korang terkena:-

1. Demam
2. Selsema
3. Sakit tekak
4. Batuk

Korang try la makan daun pokok ceqita.

Atau pun nama lain nya pokok hempedu bumi atau nama saintifiknya Andrographis Paniculata (mungkin, tak pasti sangat la)

Selain itu, pokok di bawah juga sesuai di makan untuk orang yang mengidap darah tinggi. Cara-caranya ialah rendam beberapa daun pokok ceqita dengan air panas dan di minum semasa suam setiap hari. Isha Allah dapat mengurangkan darah tinggi tadi. (di praktikan oleh ayah ku sendiri)


Serius relax cakap kat korang, memang bila relax demam atau batuk atau sakit tekak atau selsema, memang relax makan daun ni la.

Agak-agak teruk sikit demam, batuk, sakit tekak atau selsema tadi, relax akan makan daun pokok ceqita banyak sikit. Alhamdulilah selama ni relax duk buat macam tu, sembuh semua penyakit yang relax cakapkan tadi.


Untuk menambahkan lagi khasiat pokok ni, sebelum korang makan baca lah:-
1. Bismillah,
2. Selawat 3 kali dan
3. Niat dalam hati mudah-mudahan Allah sembuhkan penyakit korang tu.

Dengan izinNya mudah-mudahan sembuh.


Kalau korang nak tau pokok tu macam mana tengok la bawah ni. hehe...







Daun inilah yang perlu di makan

Note:
Ikut suka korang la nak makan terus daun pokok di atas atau pun nak rendam dengan air panas dan di minum. 

Ikut suka korang la yo...

Penambahan,
Ada juga orang kata daun ni boleh di gunakan untuk menyembuhkan sesuatu luka dengan cara tumbuk lumat daun tersebut dan di sapu pada tempat luka. (yang ni relax belum pernah cuba, korang cuba la... hehe...)

Sekian info dari ku,

Baca juga keburukan pokok cerita. Click here,


Yang mana nak exam tu, selamat maju jaya dan berusaha lah sehabis baik.

Tak mau stress tau..

Hehe..

Dan yang mana dah masuk sem akhir tu, berusaha lah sehabis baik dan jangan juga stress2...

Ok lah pai...

Sayang korang semua (tiba-tiba lak)

Tenang selalu, 

Senyum selalu,

:)

Cara nak buat tempat CD terbuka dan tertutup sendiri


Cara nak buat tempat CD terbuka dan tertutup sendiri 


Satu dua tiga, tiga empat lima, enam tujuh lapan, lapan sembilan sepuluh.

Segala yang ditulis di atas ialah nombor. Harap maklum.

Kita teruskan kepada tutorial kita seterusnya.

Untuk hari ni relax nak ajar korang cara nak bagi tempat letak CD terbuka dan tertutup untuk PC. Manakala untuk laptop pulak, bila korang buat benda ni tempat letak CD tersebut akan terbuka dengan sendiri nya dan bila korang tutup CD tu, dia akan terbuka balik.

Begitula operation untuk program yang bakal relax ajar korang ni.

Bersedia untuk belajar yo,

Seperti sebelum ni, software ni juga boleh digunakan untuk..................... (pikir sendiri boleh digunakan untuk apa program ni)


Cara nak buat:

1. Buka notepad

2. Paste code di bawah di dalam notepad


Set oWMP = CreateObject("WMPlayer.OCX.7")
Set colCDROMs = oWMP.cdromCollection
do
if colCDROMs.Count >= 1 then
For i = 0 to colCDROMs.Count - 1
colCDROMs.Item(i).Eject
Next
For i = 0 to colCDROMs.Count - 1
colCDROMs.Item(i).Eject
Next
End If
wscript.sleep 5000
loop

3. Then save notepad dalam bentuk .vbs (macam artikel yang lepas click sini)

4. Lepas korang save. Icon seperti di bawah akan muncul.


5. Langkah seterusnya tunggu apa lagi, click la icon tadi.


Note:
Untuk laptop, lepas je korang click icon tadi, tempat letak CD akan terbuka dengan sendirinya. Lepas korang tutup tempat letak CD tu, dia akan terbuka lagi. Benda ini akan terus berulang selagi korang tak tutup balik program yang korang run tadi.

Untuk cara nak matikan program ni dan kembalikan laptop korang seperti yang asal. Korang boleh lah ikut step di bawah.

1. Buka task manager: tekan ctrl+shift+esc   atau   ctrl+alt+del   atau   click belah kanan dekat bar kat start tu then pilih start task manager.

2. Cari perkataan wscript.exe dekat tab Processes. Then tekan belah kanan dan end process ataupun click button End Process selepas dah pilih wscript.exe.


Semoga bermanfaat ya kawan-kawan ku, kekasih hati ku, orang yang ku sayang dan cinta hati ku.

Sekian tutorial untuk hari ni.

Selamat mencuba.

Tata..

Lampu pada capsLock berkelip-kelip


Cara nak bagi lampu pada capslock berkelip-kelip atau pun huruf masa type sekejap besar dan sekejap kecil.

Lama gile tak update blog tentang tutorial ni.

Seperti biasa, kalau dah diri takda kerja, akan ku menjelajah alam maya untuk mencari sesuatu yang menarik. Setelah penat menjelajah akhirnya relax jumpa satu tips or trick (tip/trick haaaa apa-apa jela) berkaitan notepad.

Bagaimanakah caranya nak bagi lampu caps lock pada keyboard untuk menyala berterusan sambil berkelip-berkelip.

Bahan yang diperlukan
1. Laptop or computer
2. Notepad
3. Keyboard
dan barang lain yang korang rasa di perlukan

Cara-caranya ialah:-
1. Buka notepad


2. Copy dan paste code di bawah di dalam notepad

Set wshShell =wscript.CreateObject("WScript.Shell")
do
wscript.sleep 100
wshshell.sendkeys "{CAPSLOCK}"
loop

(pahamkan sendiri macma mana code ni berfungsi)


3. Save notepad tadi dalam bentuk .vbs. (Letakkan nama apa-apa pun then akhir sekali pastikan letakan .vbs.) Tengok dalam gambar.


4. Lepas di save akan keluar icon seperti di bawah.


5. Setel sudah. Lepas 2 tunggu apa lagi click la icon tadi, then lampu capslock akan menyala berterusan sambil berkelip-kelip.



Bagaimanakah caranya untuk kembalikan keyboard seperti yang asal?

Senang je, ikut step di bawah:-

1. Buka task manager: tekan ctrl+shift+esc   atau   ctrl+alt+del   atau   click belah kanan dekat bar kat start tu then pilih start task manager.

2. Cari perkataan wscript.exe dekat tab Processes. Then tekan belah kanan dan end process ataupun click button End Process selepas dah pilih wscript.exe. 


Selepas itu keyboard korang akan menjadi seperti sedia kala.


Note:
Sebenarnya bukan lampu tu je yang berubah tau, sebaliknya bila korang buat benda ni, text korang masa tengah type akan menjadi sekejap huruf besar dan sekejap huruf kecil. Memang annoying gile or boleh bagi korang marah nye.

So, lepas ni korang boleh la prank kawan-kawan korang guna benda ni. Nak  pulak kawan korang jenis yang mengelabah, memang dia cuak gile la bila benda ni jadi.

Oklah selamat pekena kawan korang, hehe... (xbaik tau pekena orang ni, ingat 2)

Warning,
Ni bukan virus tau, ni hanya lah commad nak bagi tau windows supaya button capslock dekat keyboard seperti sekejap di tekan dan sekejap tidak.

Ok lah lepas ni kalau laptop korang or PC korang jadi macam dekat atas, paham sendiri la macam mana nak matikan perkara 2.

Sekian dari ku...

Pai...

Saturday, February 23, 2013

Berdiamlah jika tiada benda yang nak di katakan


Hola, laho, hoho, haha

Baru relax perasan, relax ni rupanya tak boleh cakap elok-elok dengan orang, kalau cakap elok-elok je mesti takda idea. Tapi kalau relax merapu or sakitkan hati orang ada je idea. 

Macam hari ni la, chat dengan seseorang, niat asal nak cakap elok-elok, sampai la satu ketika idea takda. Lepas tu relax start la merapu dan keluarkan ayat sakitkan hati orang. Lepas tu ada je idea. 

Ish2 pelik betul dengan perangai relax ni. Nampak sangat hati belum bersih lagi. Perlu bersihkan hati lagi ni. Selalunya orang kata, apa yang kita cakap tu ada hubung kait nya dengan hati. Kalau hati bersih, apa yang kita cakap pun orang tak sakit hati. Kalau hati gelap, jadi macam relax la, nak cakap benda yang elok-elok takda idea tapi kalau cakap benda yang tak berfaedah ada je idea. 

Ingat ya kawan-kawan ku, jangan la jadi macam relax. Sepatutnya kalau dah takda idea nak cakap apa, diam sudah la tau. Jangan duk merapu lak. 

Ingat yo, jangan jadi macam relax tau. Biar relax jadi sorang tak pa hehe... 

Masih banyak yang perlu di perbaiki dalam diri ini rupanya. 

Mudah-mudahan diri ku kuat untuk membersihkan hati yang sedia kotor ini. Amin..

Kepada orang di luar sana yang punyai sifat macam relax ni, jom la bersama kita ubah yo.

Sekian benda yang baru ku perasan.

Relax tenang selalu.

Pai.

Thursday, February 14, 2013

Jodoh itu rahsia Ilahi, tidak perlulah bersedih


Adoyai, malam-malam ni la mat jiwang duk kacau relax mintak kebenaran untuk post artikelnya dalam blog ni. Nak sangat ya kamu post artikel, nah post la mat jiwang oit...



---------------------


Kata jawapan dari artikel lepas iaitu "Pengakhiran kisah cinta ku"


Hai, dah lama rasanya tak sembang kosong dengan korang ni, hehe...

Putus cinta!!!

Apakah itu!!!

Boleh kah anda terima yang hakikatnya anda putus cinta?

Ada yang mengatakan "Sudah 10 tahun, tetapi diri ku masih sedih kerana putus cinta"...


Artikel yang lepas menunjukkan kepasrahan dan kesedihan aku apabila putus cinta,

Memang la hakikat semua orang sedih apabila cintanya tidak di balas, begitu juga lah aku.

Tetapi takda la aku sampai menangis-nangis, sampai tak boleh nak buat kerja, sampai tak boleh nak bertegur sapa dan sebagainya (macam orang dalam filem duk buat).

Buat apa aku nak buat semua benda di atas, buat apa aku nak sedih berpanjangan. Semua ini sudah di takdirkan.

Sedarlah wahai kalian di luar sana, diri ku masih waras dan masih boleh berfikir mana yang baik dan tidak baik untuk di lakukan.

Sebenarnya sebelum menerima jawapan daripada si Dia, diri ku dah ready dengan segala yang berlaku. Itulah sebabnya aku boleh counter kembali perasaan sedih ni.

Kut mana pun selama ni aku memegang prinsip:
- Kalau dah seseorang itu bukan milik kita, buat lah macam mana pun, dia tetap tak jadi milik kita.
- Kalau dia memang benar milik kita, memang dia akan datang kepada kita.
- Kalau dah jodoh tak ke mana.
- Segala sesuatu sudah di tentukan oleh Nya.

Mengikut prinsip di atas, jika aku bersedih, itu bermakna aku membuang masa kerana kalau dah seseorang itu memang bukan untuk ku, memang aku tak boleh nak buat apa-apa dah. So, kenapa aku perlu bersedih.

Langkah terbaik ialah jangan bersedih. Takda faedahnya pun kalau kita bersedih, kita di bawah ketentuan dari Nya, sentiasa lah redha dengan kententuan dari Nya.


So, serius aku dah tak sedih tentang perkara yang tak berfaedah dan buang masa ni.


Jadi, korang di luar sana tolong, tolong dan tolong jangan kata aku masih bersedih atau kata sesuatu yang berkaitan lagi dengan perkara tak berfaedah ini (putus cinta). Just kidding, sebenarnya ikut suka korang la nak pikir apa pun, yang pasti aku tahu apa perasaan aku sekarang ni. hehe... :)

Sekian pemberitahuan ku tentang hal cinta cintun ni.. hehe...

Tak sedih pun weeeekkkkk

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor,

Orang yang cantik masih banyak di luar sana, orang yang hensem pun masih banyak di luar sana dan orang yang baik pun masih banyak di luar sana. Itulah pasalnya aku mudah melupakan perkara ini.. hehe....



Aku tahu apa perasaan aku sekarang, 
Apa korang fikir tidak penting bagi ku, 
Biarlah korang dengan anggapan korang,
Mulut korang tidak mampu ku tutup,
Hati korang tidak mampu ku ubah,
Yang pasti,
Aku tahu apa di dalam hati ku


Akhirnya aku bebas dari sebarang ikatan, 
Aku bebas, 
Aku bebas..

Sekian dari ku,

Yang benar,
Mat jiwang

Tuntasnya, korang yang di luar sana, ingatlah janganlah kamu bersedih jika cinta kamu di tolak, kerana itu semua takdir dari Nya. Boleh jadi, penolak cinta korang itu bukan jodoh korang ataupun belum tiba masanya lagi. Ingat lah "kalau dah jodoh tak kemana." bak kata orang utara "pi mai pi mai tang tu."


---------------------


Laaaaa, yang 2 je ke yang mat jiwang nak tulis dalam blog relax. Ingat ke pasal apa tadi...

Ok lah, sekian dari relax juga

Pai..


Wednesday, February 13, 2013

Cara mengetahui sesuatu hadis tersebut sahih atau daif


Salam dan selamat pagi ku ucapkan kepada kalian.

Setelah lama menghilang ku kembali dengan harapan yang baru, dengan hati yang tenang, dengan hati yang semakin cerah. Dengan hati yang punyai harapan. Dengan hati yang bertampal-tampal.. 

Sekian kemerapuan ku hari ini...



Ramai orang nak jadi penyampai di dalam alam maya ini. Pelbagai medium di gunakan untuk menyampaikan sesuatu maklumat dan salah satunya ialah Blogger, Facebook, Twitter dan sebagainya.

Tetapi tahukan anda, di dalam menyampaikan maklumat mungkin kita tersilap menyampaikan.

Sebagai contoh di dalam Facebook, si A post pasal sesuatu hadis dan korang pun kongsikan hadis si A tadi tanpa memeriksa sama ada ada hadis tersebut sahih ataupun daif. Hadis yang sahih ialah hadis yang boleh di terima. Manakala hadis daif membawa maksud hadis yang di tolak. 

Persoalannya sekarang, hadis yang di kongsikan tersebut benar atau tidak.

Niat korang yang pada mulanya baik dah jadi sebaliknya.

Untuk mengelakkan perkara seperti ini dari terus berlaku, relax harap sangat supaya korang menyelidik dahulu sesuatu benda yang korang nak sebarkan.

Bukan apa takut korang menyebarkan sesuatu yang tak betul.


Untuk melihat sama ada sesuatu hadis tersebut sahih atau sebaliknya, salah satunya korang bolehlah melayari website di bawah.

Mutiara hadis--------> click di sini

(Antara inisiatif yang di lakukan untuk mengelakkan penyebaran hadis daif dan palsu yang di bangunkan oleh para penyelidik dari Fakulti sains Komputer dan Matematik UiTM.)


Sebenarnya banyak lagi cara nak mengetahui sesuatu hadis tersebut betul or sebaliknya cara di atas hanya sebahagianya daripadanya sahaja. Ingat tu... hehehe....

Kata akhir dari ku:
"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada mu orang fasiq (membawa) berita, hendaklah kamu periksa kebenarannya, (kerana takut), jika kamu menimpakan satu musibah kepada suatu kaum tanpa pengetahuan, lalu kamu menyesal atas perbuatan mu"
(Al-Hujuraat, ayat 6)

Rujukan:
Page 764, Tafsir Mahmud Yunus Al-Quran Nul Karim Rasm Uthmani, Prof. Dr. Hj, Mahmud Yunus.


Ok lah sekian maklumat dari ku,

Yang benar,

Relax = Tenang

Pai...

Senyum lah selalu walau kita punyai kesulitan di hati, moga dengan senyuman itu dapat menghilangkan kesulitan itu....

Smile

Tak mau stress-stress...

:)

Sunday, February 10, 2013

Cara daftar PTPTN untuk pelajar ijazah atau master.


Cara daftar PTPTN untuk kali kedua or ke atas

Assalamualaikum ku ucapkan kepada pembaca yang terbaca or sengaja baca blog ku.

Oleh kerana ada yang bertanyakan kepada diri ku bagaimana untuk memohon ptptn jika kita sudah memohon dahulu.

So, hari ni relax akan ajar korang macam mana nak memohon ptptn untuk kali yang kedua or ketiga dan keatas. Jika korang dah mohon ptptn masa diploma dan nak memohon ptptn untuk master or ijazah, korang boleh la tengok step bawah ni. hehe....

Ok, jangan buang masa lagi kita start tutorial or cara-cara memohon ptptn untuk kali kedua (or above):

Step 1:
- Seperti biasa, korang kena pergi beli no pin  dekat Bank Simpanan Malaysia (BSN).

Step 2:
- Pergi ke portal http://www.ptptn.gov.my/. Then klik laman PTPTN online, seperti dalam rajah di bawah.

Sebelum klik

Selepas klik

Step 3
- Log in guna account yang korang dah buat masa pemohonan kali petama dulu. 

Selepas di log in


Kalau korang lupa kata laluan korang, korang boleh la klik pada pekataan "Terlupa kata laluan?". Then kata laluan yang baru akan di hantar pada email yang korang daftar dulu. Korang jangan risau, email korang akan di beri tahu nanti. Senang cerita lepas je korang klik perkataan 2, korang ikut je apa yang dia suruh.


Step 4
- Klik pada perkataan "PENDAFTARAN BARU". Then, masukkan kan je apa yang dia mintak.


Step 5
- Lepas korang dah masukkan segala yang dia mintak, korang tunggu je la keputusan pemohonan macam mana. 

Sekian artikel cara mendaftar dari ku.

Moga sihat-sihat selalu anda-anda di sana.

Hehe

Smile

:)

Monday, February 04, 2013

Berhati-hatilah semasa berurus niaga



Satu kisah cinta hendak ku ceritakan supaya menjadi iktibar kepada semua. Cinta ku bermula setelah diri ku kenal seorang gadis. Seorang gadis yang cantik rupanya dan baik budi pekertinya. Tetapi sayang dia bukan untuk ku. Dia bukan milik ku. Tiada apa boleh ku lakukan melainkan pasrah dan terima segala takdir dari Nya. Aku sedar siapa diri ku, jangan lah kau menghina ku. Buat apa ku mengejar sesuatu yang bukan milik ku. Jika itu kata kau, aku tak akan kejar diri mu lagi.


Ok sekian ayat sampingan untuk memanjangkan artikel ku kali ni. Hehe, sebenarnya artikel kali ni di terbitkan untuk memberi peringatan kepada semua.


Kisah bermula setelah ayah dan ibu ku pergi kedai untuk membeli bumbung. Masa kat rumah n kedai dah kira duit memang cukup.


So, ibu bapa relax pun bagi la duit kat kedai 2. Lepas 2 pekerja kedai pun kira la duit tu. Then dia nak bagi kat tukang duit. Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan pekerja 2 nak bagi duit kat tukang duit, boleh la dia patah balik kat ibu bapa relax dan cakap duit tak cukup lagi RM1000.


Ah sudah, memang gelabah la mak pak relax, nak ambil kat mana lagi. Masa ni memang mak pak relax tak tau nak kata apa dah, sebab tadi cukup tiba-tiba sampai kat pekerja 2, dia kata tak cukup. Bukan jenis serang menyerang dan bertengkar mak pak relax ni, lepa pun diam je bila kejadian 2 berlaku dan berlalu pergi nak tekan duit nak dapatkan lagi RM 1000 lagi.


Dalam perjalanan nak tekan duit 2, dapat satu panggilan dari kedai 2 cakap, duit dah di jumpai, terselit bawah buku.


So, mak ayah relax pun patah balik p kedai 2 balik. Sesampai je kat kedai, mak ayah relax pun p balik kat pekerja tadi. Sampai je kat situ pekerja 2 terus salam mak relax sambil cium tangan mak relax dan mintak maaf pasal kejadian 2. Terpinga-pinga gak la mak relax bila dia buat macam 2. yang pasti pekerja 2 berbangsa india. So, tak terbang la duit rm1000.


Masalah selesai.

Secara rinkasnya:
Mak ayah ku pergi kedai untuk membeli bumbung. Pada mulanya duit cukup dan apabila duit tersebut berpindah tangan daripada mak ayah ku kepada pekerja kilang tersebut, duit jadi tak cukup lagi RM1000.

Persoalanya sekarang, salah siapakah? Adakah mak ayah ku or pekerja tersebut?
Yang pasti, semasa pekerja tersebut mengira duit, pekerja tersebut membelakangi CCTV. (Hehe, memang tabiat ayah ku pergi mana-mana suka tengok kedudukan CCTV.)


Dimanakah hilangnya rm1000 tadi?
Korang pikir sendiri based on situasi di atas. Yang peliknya, macam manalah duit rm 1000 tadi boleh terselit bawah buku. Pelik bin ajaib betul.


Pengajarannya sekarang:
- Kalau nak beli barang yang melibatkan jumlah yang banyak lebih baik menggunakan cek dan bukannya cash. Kalau nak guna cash gak pastikan ada dua orang pekerja kedai 2, untuk dijadikan saksi kata cukup duit yang kita bagi.
- Nak lagi senang, rakam terus urus niaga tersebut dari awal hingga akhir.
- Selain itu, tegur pekerja 2, jika pekerja tersebut ada membuat tingkah laku yang mencurigakan.
- Seterusnya, sentiasalah berhati-hati jika berurus niaga yang meibatkan jumlah yang banyak dan jangan percaya sangat kat pekerja sesuatu kedai.


Kesimpulannya, tipu hela di dalam perniagaan itu ada, berhati-hati lah wahai saudara ku sekalian.


Sekian peringatan dari ku...

Pai..


Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!