Friday, January 25, 2013

Kunci file menggunakan notepad


Setelah lama menghilang hari ini ku kembali,

Rasanya dah lama tak buat tuturial dalam blog ni. So, hari ni relax berbesar hati nak buat tuturial untuk korang. Satu tuturial yang sangat  bermanfaat untuk ku kongsikan kepada anda sekalian.

Tuturial kali ini tentang cara nak buat lock file tanpa menggunakan perisian or software tertentu. Jadi, file korang selamat lah dari di buka oleh orang lain.

Kalau nak tau caranya tengok bawah ni.

Bahan-bahannya:
1. Notepad
2. Kerajinan

(Dua ni je yang anda perlukan, sikit je kan. jom kita try buat benda ni)


Cara-caranya:-

1. Copy dan paste code di bawah ke dalam notepad ganti kan "letak kata kunci anda" di dalam code kepada kata kunci anda sendiri (inilah password yang di gunakan untuk kunci file korang nanti):


cls@ECHO OFF
title Folder Locker
if EXIST "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" goto UNLOCK
if NOT EXIST Locker goto MDLOCKER
:CONFIRM
echo Are you sure u want to Lock the folder(Y/N)
set/p "cho=>"
if %cho%==Y goto LOCK
if %cho%==y goto LOCK
if %cho%==n goto END
if %cho%==N goto END
echo Invalid choice.
goto CONFIRM
:LOCK
ren Locker "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
attrib +h +s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
echo Folder locked
goto End
:UNLOCK
echo Enter password to Unlock folder
set/p "pass=>"
if NOT %pass%== letak kata kunci anda goto FAIL
attrib -h -s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
ren "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" Locker
echo Folder Unlocked successfully
goto End
:FAIL
echo Invalid password
goto end
:MDLOCKER
md Locker
echo Locker created successfully
goto End
:End



2. Lepas tu save file di atas di dalam bentuk .bat. Caranya ialah dengan save file kepada apa-apa nama dan di akhiri dengan .bat di belakangnya. Seperti dalam gambar.



3. Lepas anda save, file bentuk seperti dalam gambar akan muncul. (Lepas dah save boleh la close notepad tadi)


4. Ok, siap.


Cara nak guna:

1. Click pada icon yang muncul tadi. 


2. Lepas tu akan muncul macam dalam gambar. Then enter password korang:


3. Satu folder akan muncul selepas 2 dengan nama locker. Folder ni la korang boleh guna untuk simpan apa-apa file or sebagainya. 



4. Kalau korang nak lock balik file 2 korang hanya perlu tekan file.bat balik then tekan "y" dan selepas itu file locker tadi akan hilang.

tekan y

5. Seterusnya ulang balik step tadi jika untuk menggunakan program ni balik. 


Penerangan tentang coding:
(rasanya korang tau kut, sebab dia guna simple coding je. Hehehe)

Sekian tutorial untuk kali ni.

Selamat mencuba.

Info:
Kalau nak guna software untuk lock file, korang boleh lah cuba Mywinlocker. (sebenarnya banyak lagi, yang ni salah satu je la)

Peringatan:
Sebenarnya takda la secure sangat program ni. Untuk pengetahuan korang, program ni sebenarnya tak perfect sangat.

Sekian dari ku,

Yang benar
Relax = tenang

Pai...

Thursday, January 17, 2013

Kelebihan Silat Cekak Ustad Hanafi


PERINGATAN!!! PERINGATAN!!! PERINGATAN!!!

Semua silat punyai kelebihan dan kekurang tersendiri. Tidak perlulah korang menghina silat lain, dan mengatakan silat korang yang terhebat. 

Tiada satu pun silat yang terhebat, melainkan dengan kekuasaan Allah SWT. Silat korang tak hebat pun sebenarnya, Allah SWT lah yang hebat. 

Jika korang bertarung dengan sesuatu silat, dan korang menang, itu bukan bermakna korang hebat, korang menang sebab Allah SWT dah kata korang menang, so korang pun menang lah.

Itu je tak lebih dari itu. Orang yang hebat sebenarnya orang yang dekat kepada Nya. Hindarilah diri korang dari mencaci silat lain.

Setiap silat berdasar pada yang satu sebenarnya, itulah sebabnya kalau korang bandingkan setiap silap, semua punyai buah yang lebih kurang sama je antara satu sama lain.

Mari kita fokuskan kepada silat cekak je.

Jangan korang mengatakan silat cekak ialah silat untuk orang perempuan kerana si pesilat hanya di minta untuk berdiri tegak tanpa kuda-kuda. 

Seperti yang ku katakan tadi, semua silat punyai kelebihan tersendiri. Begitu jugalah silat cekak, diorang berdiri kerana si pesilat bersedia untuk melawan musuh di waktu apa jua keaadan, Sebagai contoh, jika pergaduhan berlaku di tempat yang sempit. Cuba pikir logik, di tempat yang sempit, takkan lah korang nak buka kuda-kuda. 

Lagi satu kelebihan silat cekat ni ialah kebanyakkan buah diorang menumpang kekuatan pihak lawan, tidak membazir tenaga dan serang di tempat yang lemah. 


Dengan menumpang kekuatan pihak lawan, korang tak ada masalah untuk melawan musuh yang lebih besar dari korang ataupun lebih kuat dari korang.  Ini kerana lagi kuat musuh membuat serangan, makin kuat serangan balas yang akan di kenakan. Dengar pelikkan, tapi itulah hakikatnya; Alirkan serangan musuh di badan korang dan beri kembali serangan tersebut kepada pihak lawan. Macam tai chi la pulak... hehe

Untuk pengetahuan korang juga, sesama ahli silat cekak tidak boleh bergaduh. Ini kerana adanya buah 6 tolak 6. Dengan adanya buah ini, sesama ahli silat cekak jika bergaduh, akan berakhir dengan seri.

Sebenarnya banyak lagi kelebihannya. Cukuplah setakat ini je relax bagi tau. Nak tau lebih lanjut, cuba la masuk silat ni.

Kata akhir dari ku:
Jangan korang membuat kesimpulan tentang sesuatu persilatan jika korang tak pernah masuk persilatan tersebut. Jangan juga korang mengutuk persilatan lain dan mengatakan persilatan korang yang terhebat. 

Jauhilah dari mengata dan mencaci persilatan lain.

Sekian perigatan dari ku.

Selamat....

Pai...


Wednesday, January 16, 2013

Cara mengetahui sesuatu ilmu betul atau tidak


Nak dekat 1 week dah relax cuti...

Selama ni relax cuti tak pernah pun rasa macam ni. Rasa macam ada yang tak kena, entah la relax pun tak tau kenapa. 

Ada sesuatu yang bermain di hati ku, tapi tak tau apa dia. Parah la kalau macam ni.

Hehe

Ok, sekian luahan ku untuk hari ni, lagi di simpan lagi rasa di bebani, so, ku luahkan di dalam blog ku.. hehe

Habis luahan untuk hari ni.



Hari ni relax nak bagi tau korang sikit cara nak mengetahui sesuatu ilmu itu betul or tidak.

Seperti yang kita tahu, zaman moden, ilmu pun dan moden sekali.

Ada ilmu betul, ada ilmu salah, tersilap menuntut membawa padah. Itulah kita kena beringat di zaman ini.

Cuba buka youtube dan korang akan tahu ilmu apa yang relax maksudkan.

Ada juga sesetengah ilmu tidak boleh di terima oleh akal seperti ilmu pasak bumi, ilmu lipat tanah, ilmu dayang senandung dan sebagainya. Semua ilmu ini melibatkan kebatinan. Dalam erti kata lain, ilmu yang melibatkan dalaman.

Persoalannya sekarang, benarkah ilmu di atas??? Ada melibatkan syirik tak???

Itu bergantung kepada pandangan masing-masing. Di sini relax cuma nak mengatakan, tiada yang mustahil di sisi Allah saudara ku sekalian. Kalau Allah SWT kata jadi, maka jadi lah. Ingat lah perkara ini saudara ku sekalian.

Untuk mendapatkan ilmu di atas, anda perlu melakukan beberapa amalan. Ada amalan yang di lakukan dengan niat kerana untuk mendapatkan pertolongan jin. 

Sebagai contoh, untuk mendapatkan ilmu ............ (apa aja ilmu yang berkaitan), korang kena megamalkan sesuatu ayat dan ayat itu di gunakan untuk mendatangkan jin. Apabila jin datang, jin tersebut memberi syarat supaya korang berzikir 100 kali lailahaillah setiap hari selama 40 hari untuk mendapatkan pertolongnya. So, korang pun buat, korang buat atas dasar memenuhi syarat jin tersebut dan untuk mendapatkan pertolongan jin tersebut. Pikir sendiri boleh ke tidak korang buat macam 2 dan syirik kah anda????

Ingatlah wahai saudara ku sekalian, sebaik-baik jin ialah sejahat-jahat manusia.



Jadi sekarang ni macam mana agak-agaknya korang nak tau sesuatu ilmu itu betul or tidak???

Senang je jawapan untuk soalan di atas. 

Untuk mendapatkan sesuatu ilmu yang melibatkan dalaman, bukan mudah. Pelbagai amalan perlu di lakukan. Pelbagai tahap perlu di tempoh. Hati kita kena bersih sebenar bersih. Di samping itu kita juga kena dekat dengan Allah SWT. 

Ilmu ini tidak datang kepada orang yang selalu melakukan kemungkaran. Ilmu hanya datang kepada yang punyai hati yang terang. Ini kerana segala ilmu datang dari Nya. Apabila kita betul-betul dekat pada Nya. Tidak mustahil apa yang kita minta di makbulkan. Itulah sebabnya diri ku mengatakan, tiada yang mustahil di sisi Allah SWT. Sebenarnya segala yang berlaku, atas kehendak  Nya. Yakin lah kepada kekuasaan Allah SWT. 

Sebenarnya ilmu yang ku sebut tadi hardirnya dari doa kalian. Itulah sebabnya kita kena dekat padaNya, supaya segala yang di pinta di makbulkan.

Tetapi ingatlah, jika korang sudah sampai ke tahap dekat betul-betul dekat kepada Nya, tiada sekelumit pun perkara negatif di dalam diri korang. Itulah sebabnya korang boleh dekat kepadaNYa. 

Tuntasnya untuk mendapatkan doa yang tiada hijab, korang kena kenal Allah SWT. Korang kena dekat kepadaNya. Tetapi ketahuilah korang, untuk dekat kepada Nya, korang akan di uji dengan pelbagai dugaan, ini kerana untuk mendapatkan sesuatu nikmat,  lautan berduri perlu redahi.



So, jika korang belajar sebulan je dekat sesuatu pusat ilmu dan korang dah dapat segala macam ilmu yang ku sebut tadi  Seterusnya korang dah boleh lakukan ilmu tadi, pikirlah betul ke tidak ilmu tersebut. 

Sekian peringatan dari ku,

Selamat berfikir saudara ku sekalian...

Moga kita tak tergolong di kalangan orang sesat dan tidak mendapat rahmat dariNYa.

Relax n tenang selalu...

Pai...


Saturday, January 12, 2013

Hot video untuk tontonan ramai



Apa yang panasnya, mana ada panas mana pun, video pun takda.. haha.. saja nak melawak dengan korang... jangan marah ye...


Alamak setelah sekian lama mamat pasrah menghilang, hari ni dia kembali.. jom kita tgk, apa la dia nak kata kali ni...
----------------------

Artikel ringkas sebelum final akhir ahad 13 january 2013. Kali pertama aku rasa aku perlu pasrah dengan subjek ni. Bukan salah siapa, salah diri sendiri gak, siapa suruh tak study awal. Tapi serius, selama ni subjek ni ok je bagi aku. Kali  ni :(

Terlalu banyak melakukan benda mungkar, inilah jadinya.  Entah la, sampai bila aku nak jadi macam ni??????????

Dah tahu salah buat lagi. Adoyai, pening aku dengan diri aku ni.

Apa-apa hal pun aku dah ready untuk sebarang kemungkinan...

haha....

Mampu tersenyum je...

--------------------

Apa yang mamat pasrah tulis tah, relax pun tak faham...

Biarlah dia dengan ke pasrahan dia 2...

Moga mamat pasrah mendapat apa yand dia inginkan...

Sekian...

Pai..


Saturday, January 05, 2013

Tips menjadi Insan yang berjaya


Waaahhh, tak sangka betul la time ada exam la idea nak datang.

Sory kawan-kawan ku, relax bukan jenis 24 hour mengadap buku je. Hehe... Serius tak boleh, paling lama boleh fokus dalam 1 hour je. Then lepas tu, dah melalut dah. 

Ok, mudah-mudahan semua kawan - kawan ku dan diri ku boleh jawab soalan final esok. 

Berbalik pada topik utama kita untuk hari ni.

Agak-agak korang, macam mana nak berjaya???

Persoalan inilah yang relax akan jawab untuk post kali ini.


Untuk menjadi soarang yang berjaya di dunia mahupun akhirat ikut lah step di bawah:-

1. Khusyuk kan lah sembahyang kalian.
2. Jauhkan diri dari perbuatan yang sia-sia.
3. Jauhkan diri dari perkataan yang sia-sia.
4. Berusaha membersihkan harta (menunaikan zakat)
5. Menjaga kehormatan.
6. Menjaga amanah dan janjinya.
7. Memelihara sembahyangnya.

Kesimpulanya senang je, lakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Nak keterangan lanjut baca lah suruh Al Mukminuun

Sekian dari ku....

Relax - Tenang selalu...


Thursday, January 03, 2013

Antara cara malahirkan anak soleh dan solehah 2


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bertemu kita kembali di dalam blog relax=tenang. Blog ini memaparkan artikel-artikel yang bermanfaat untuk di baca bersama. Di samping itu, blog ini juga menyediakan artikel yang di buat................... (Nak tulis apa lagi ni????)

Kesimpulanya, jika nak tau blog ini tentang apa baca je la semua artikel dalam blog ni dan nilai sendiri.

Sekian artikel yang takda kaitan pun untuk post kali ini.



Kita start kepada tajuk utama. 

Sebelum ni relax ada post kan artikel untuk melahirkan insan yang soleh dan solehah. Untuk melahirkan insan yang soleh dan solehah, ibu bapa haruslah mendidik mereka daripada kecil. Bukan sahaja daripada kecil bahkan perkara ini juga boleh di lakukan semasa anak-anak di dalam rahim ibu lagi. 

Bagaimana caranya melahirkan insan yang soleh dan solehah:

* Anak masih belum di lahirkan: 

1. Ibu dan bapa haruslah menjaga tingkah laku mereka di waktu isteri mengandung. Ini kerana berdasarkan apa yang relax dengar, anak di dalam kandungan itu akan meniru tingkah laku ibu bapa nya di waktu mereka besar. Betul or tidak, relax tak tau, yang pasti perkara ini relax dapat tau dari ayah ku. Ala apa salahnya kita jaga tingkah laku kita, bukankah perkara itu di tuntun di dalam Islam.

2. Amalkan doa ini bagi ibu yang sedang mengadung click sini


* Sesudah anak di lahirkan 

1. Peranan untuk isteri di luar sana click sini.

2. Untuk ibu bapa di luar sana pula, ikut lah cara di bawah dalam mendidik anak - anak:

Cara mendidik anak mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Pertama: Umur 1-7 tahun. 
Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.

Kedua: Umur 7-14 tahun. 
Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.

Rasulullah SAW bersabda. “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

Ketiga: Umur 14-21 tahun. 
Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

Keempat: Umur lebih 21 tahun. 
Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.


Jika kita sebagai orang Islam mengamalkan didikan berteraskan Islam. Insha Allah, masyarakat yang soleh dan solehah dapat di wujudkan. 

Kesimpulannya, ibu bapa haruslah memainkan peranan di dalam mendidik anak-anak. Terapkan nilai Islam di dalam kehidupan seharian bersama-sama anak-anak. Itulah cara sebenarnya di dalam Islam. 

Apabila lahir masyarakat yang berteraskan Islam, barulah masyarakat yang makmur dan harmoni dapat di wujudkan. Seterusnya gejalan sosial juga dapat di elakkan.


Untuk pengakhiran artikel ku kali ini, hayatilah hadis di bawah:

Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan ALLAH, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” – Hadis Riwayat Muslim

Sabda Rasulullah SAW : “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” – Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim



Sekian artikel ku kali ini.

Marilah bersama membenteras masalah sosial yang berlaku daripada dasarnya. Ibu bapa di luar sana, ingatlah, andalah yang akan membentuk insan-insan yang boleh berjuang dan menegakkan Islam di mata dunia. Untuk menjadikan insan seperti itu, soleh dan solehah lah kuncinya.  

Rujukan: Page Facebook "Bercinta Selepas Nikah"

(Tegur ku jika diri ku melakukan kesalahan)


Tuesday, January 01, 2013

JIwa kita berlainan


Hati kita punyai nada,

Nada lagu memainkan peranan,

Itulah sebabnya kadang lagu boleh menenangkan hati,

Ada juga lagu yang boleh merungsingkan hati,

Jika lagu ini boleh ku dengar,

Lagu ini kena dengan jiwa ku,

Ketahuilah,

Hati kita tak sama,

Nada kita berlainan,

Itulah sebabnya,

Ada perbezaan suka di antara lagu,

Kau suka lagu itu,

Aku tak suka lagu itu,

Terjadinya perbezaan kerana hati kita tak sama,


(Ayat apakah di atas ini... Poning-poning)

So, jangan terkejut jika ada orang suka lagu rock memang gila-gila rock la, dan kita tak suka dan tak boleh dengar pun. Ini kerana jiwa kita berbeza.....

Kesimpulanya, jiwa manusia berbeza-beza... di sebabkan itu, lagu kita suka pun tak sama.

Peace yoo...

Trisih kerana memberi ku idea untuk terbitkan artikel ini.

Smile....

Berusahalah untuk final..


Antara cara melahirkan anak yang soleh dan solehah 1


Alamak, explore Facebook, terjumpa lagi artikel yang bagus untuk di kongsikan. 


Sumber dari page di facebook "Kata-Kata Kebaikan"


♥ 5 PESANAN BUAT ISTERI ♥

1. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

2. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

3. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

4. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

5. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.




Artikel di atas bukan sahaja untuk isteri, sebaliknya baik juga untuk suami di luar sana. Pada pandangan ku, untuk melahirkan anak yang soleh dan solehah didikan ibu bapa lah yang memainkan peranan yang penting. So, ibu bapa di luar sana cuba la tips-tips di atas ni. 


Sebelum relax memberi persoalan kat korang, cuba pikirkan... Ibu dan bapa. Bapalah permimpin, Pemimpin tugasnya meminpin orang di bawah nya. Di dalam konteks kekeluargaan bapa haruslah meminpin keluarganya ke jalan yang di redhai Nya. 

Jika anak or isteri bermasalah (tak tutup aurat or sebagainya) agak-agak korang salah siapa??

dan

Masalah sosial yang berlaku sekarang ni, agak-agak korang nak salah siapa???? 

Simpan jawapan korang di dalam fikiran korang dan cuba renungkan.


Penambahan:

Relax bukan nak plagiarism ke apa. Artikel ni dah la ada dalam Facebook. Nanti nak baca balik kena scroll kat bawah. Letih mencari pulak nanti. So, ku ambil artikel ni dan paste dalam blog ku. Lepas ni nak baca, takda la susah sangat. 


Kata akhir dari ku,
Jika baik pemimpinnya, maka baiklah yang di pimpin, Insha' Allah

Tuntasnya, untuk melahirkan generasi yang soleh dan solehah, orang lelaki haruslah memainkan peranan. Di samping itu, baikanlah diri anda juga wahai lelaki, jadilah insan sebenar insan.

Sekian dari ku,

Selalulah ingat yang Maha Esa, jika mahukan ketenangan abadi.

Relax selalu...


Doa untuk amalan bersama



Artikel ringkas dan bermanfaat kepada semua.

Artikel copy paste untuk hari ini:



Doa-doa dalam semanis kurma:

1.Doa Agar Anak Cepat Cerdik :SURAH AL-ANBIYA' AYAT 79.
(Rasanya lebih baik di amalkan semasa baby di dalam kandungan)

2.Doa Agar Anak Taat Pada Allah : AL-BAQARAH AYAT 128.
(Sama seperti di atas, lebih baik di amalkan semasa baby di dalm kandungan)

3.Doa Untuk Mendapat Anak Yang Soleh : ALI IMRAN AYAT 38.
(Sama juga macam kat atas)

4. Doa Lembut Hati : SURAH AN-NAMLI AYAT 30-31.

5. Doa Kasih Sayang Suami Isteri Bahagia : SURAH AL-FURQAN AYAT 74 & ALI IMRAN AYAT 31.



Sekian perkongsian ku untuk hari ini:-

Doa, yang sesuai untuk orang yang dah kahwin sebenarnya atas ni...

hehe

Selamat maju jaya sahabat ku yang bakal menjawab exam.

Moga kita boleh jawab nanti.

:)


Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!