Saturday, November 24, 2012

Ku hormati keputusan mu



JIka itu keputusannya,
Aku terima segalanya,
Aku mengerti maksud  mu itu,
Kau dan aku tak mungkin,
Kini ku faham segalanya,

Tak guna ku teruskan lagi,
Jika harapan tidak ku nampak,
Memang betul tindakkan mu itu,
Ku hormati keputusan mu,

Memang sudah ku jangka perkara ini,
Keputusan sudah kau fikirkan,
Jika itu yang kau mahukan,
Pergilah,
Tidak mampu lagi ku menghalangnya,
Sudah ku lakukan yang termampu,

Terima kasih ku ucapkan,
Memberi ku rasa walaupun seketika,
Ku hargai semua itu,

Jika kuputusan itu keputusan mu,
Kuputusan itu terbaik untuk mu,
Ku terima segalanya,
Pergilah,
Aku merelakan,
Selamat tinggal kembali ku ucapkan…..


Sebenarnya relax pun tak ingat artikel ni dah post ke belum dalam blog ni sebab check dalam graf ada artikel ni. So, post je la...

Hehe... Arikel yang sesuai untuk lagu "Aku tidak di mata mu"

Selamat ku ucapkan....

Pai...

Thursday, November 22, 2012

What is knowledge ??????


Ok lah manusia sekalaian....

Artikel copy paste untuk hari ini pulak ialah..... (kredit 2 my lecturer)



What is knowledge???

A man once came to the Prophet Muhammad SAW and said, "O Messenger of Allah, what is knowledge?"

The Prophet SAW replied, "It is silence"

The man then asked, "Then what?"

The Prophet SAW said, "It is listening".

The man asked, "Then what?"

The Prophet SAW said, "Then it is memorizing"

The man asked, "Then what?"

The Prophet SAW said, "Then it is to practice according to what you have learnt"

The man then asked, "Then what, O Messenger of Allah?"

The Prophet SAW said, "Then it is to propagate what you has learned".



Habis untuk artikel ini...

:)

Ada di dalam diri setiap manusia


Satu teka-teki hendak ku berikan kepada kalian semua.


Ada di dalam diri setiap manusia,

Sukar mengaku kalah,

Perjuangan menentangnya sehingga mati,

Musuh yang hampir bagi setiap manusia,

Tiada di pandangan,

Tetapi ada,

Menentangnya di anggap jihad,

Kerananya kita leka dengan dunia ini,

Diri perlu kuat,

Usaha perlu berterusan,

Sentiasa hidupkan hati,

Perlu di benteras dari pangkalnya,

Inilah cara menentang dirinya,

Tahukan anda siapakah dia..


Dia ialah nafsu kita, tiada di pandangan tetapi ada.

Nak terang lebih-lebih tak pandai la...

Kalau korang nak tahu cara melawan nafsu... click di bawah.
Cara melawan nafsu

Hehe.... Jangan lupa click ye....

Bersamalah kita berjihad menetang yang di dalam....

Peace...

Smile...

Sihat-sihat selalu...

Daripada: Hati ku,
Serius cinta itu masih ada untuk mu, sukar hendak ku lupa kan, aku pun tak tahu kenapa...
Kepada: Untuk mu wahai insan di dalam hati ku.... (tiba-tiba lak kan)

Relax-relax selalu...

:)

5 "Di dalam hati"


Setelah lama ku menyepi hari ini ku kembali dengan 5 "Di dalam hati...."

- Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT.

- Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah SWT.

- Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT.

- Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan larangNya serta qadha dan qadarnya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.

- Di dalam hati manusa ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Penambahan

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.


Sebenarnya ayat di atas di ambil dari papan kenyataan lecturer ku, hehe... dalam erti kata lain copy paste je ni....

Tajuk sebenarnya ialah Kata-kata Nasihat Ibnu Qayyim.


Tuntasnya, kenal lah yang satu jika mahukan ketenagan jiwa dan kebahagiaan di sana dan sini.

Untuk mengenaliNya haruslah menyucikan hati dan seterusnya terapkan sifat mahmudah dalam diri.

Kata akhir dari ku,
Wujudnya aku kerana wujudnya Dia.

Sekian dari ku,

Pai...

Friday, November 16, 2012

Pergilah sahabat ku



Assalamualaikum ku ucapkan kepada orang-orang di luar sana..

Post terakhir sebelum ku berangkat ke Australia… hehe…

Australia = ****  **am

Sedih dapat ku rasakan,

Jauh betul kau dan aku selepas ini,

Adakah kita kan bertemu kembali,

Hehe

Sedih-sedih,

Seorang kawan rapat ku akan berpindah ke negeri lain. Siapa yang tak sedihkan.

Dah la jauh, ok memang la hakikatnya 2 jam je perjalanan dari sini ke sana.

Tapi, tetap jauh dari tempat ku.


“Dulu ku tinggal kawan ku, kini ku di tinggalkan.”

Mungkin ini lah ungkapan yang sesuai untuk ku sekarang.

Aku kena kuat, mungkin perkara ini akan berulang.


Kata akhir dari ku

Pergilah sahabat ku,

Semoga di bawah rahmatnya.

Yang paling penting,

Kahwin jangan lupa bagi tau….

Sekian…


Wednesday, November 14, 2012

Kata jiwang untuk hari ini


Mat jiwang kembali lagi,.... heheh

Kata-kata copy paste untuk hari ini:



If you love something let it go,
If it comes back to you it's your,
If it doesn't, it never was.







Kita copy paste je......

Idea tak datang lagi.....

Selamat.

Jom pikir ramai-ramai


Peace yo... jom ramai2 kita pikir cara nak selesaikan masalah di bawah....

Cari jalan dari start ke finish..... hehehe



Macam mana boleh selesaikan tak.... hehe.... sebenarnya relax pun pening gak nak selesaikan....

Selesai sudah artikel kali ni....

Senyum2 selalu.....

Pai.....

Saturday, November 10, 2012

Niat kerana Allah SWT ataupun pahala


Apabila si A berkata:
"Niat kerana Allah SWT, dan bukanya kerana pahala. Ingat tu."

si B menjawab:
"Allah SWT yang menjanjikan pahala, syurga, bidadari dan segala janji Allah yang lain. Jadi, tidak menjadi kesalahan jika di buat segala amalan kerana janji tersebut."

dan si C menjawab:
"Tak salah pun niat kerana pahala."


Seterusnya Ustad Azhar Idrus menjawab:



Sekian untuk post kali ini.

Relax itu penting....

Moga korang sihat-sihat selalu...


Perbezaan beli handset di internet dan kedai



Hola n selamat petang ku ucapkan (ikut masa menulis petang).

Jika anda dari golongan bz or malas or sewaktu dengannya. Skip artikel di bawah dan baca terus ringkasannya.

Hari ni relax nak story sikit tentang perbezaan beli handphone di internet dan kedai. Pembelian di internet juga dipanggil pembelian secara online, pembelian sebegini selalunya meminta korang supaya bank in dahulu duit dan seterusnya pihak penjual akan post handphone korang dekat alamat korang. Untuk pembelian handphone di kedai pula macam biasa la, pergi kedai dan beli.

Antara perbezaannya ialah:

Beli di internet
1. Handphone datang dari kilang terus.
2. Korang kena ambil risiko takut duit korang lesap dan barang tak dapat.
3.Korang kena install sendiri software yang tidak diberikan seperti sofware GPS, game Dan sebagainnya.
4. Kepastian segala barang yang ada di dalam kotak handphone korang. Dalam erti kata lain segala barang yang di dalam kotak memang diberikan oleh company handphone tersebut.
5. Korang tak boleh meneliti handphone tersebut. Di sebabkan itu, untuk meneliti specification handphone tersebut korang kena usha Kat kedai, internet Dan Tanya orang.
6. perjanjian di buat sebelum anda beli, disebabkan itu korang tak boleh tukar ke handphone lain misal kata tiba-tiba korang rasa tak jadi beli phone tersebut.
7. Korang kena pergi centre handphone tersebut kalau jadi apa-apa dekat handphone korang.

Dekat kedai pulak
1. Kedai selalunya menyediakan perhidmatan install sofware. Korang cuma kena mintak je Kat diorang.
2. Sebelum beli korang boleh meneliti dahulu handset tersebut Dan kalau tak suka dengan handset tersebut korang boleh tengok handset lain.
3. Korang kena ambil resiko barang korang tak cukup di dalam kotak kerana kotak tersebut sudah dibuka oleh penjual. Boleh jadi barang di dalam kotak tersebut akan diambil oleh penjual Dan barang tersebut seterusnya dijual asing. Korang gak yang rugi...
4. Jika handset korang rosak, korang boleh hantar di kedai tersebut or pergi centre.

Kalau bab harga pula, antara kedai dan internet lebih kurang je harga dia. Korang kena pandai cari je tempat mana murah.

Tapi kalau kat official kedai macam kedai sony, nokia, Samsung dan sebagainya selalunya lebih mahal dari kedai biasa. Sebab apa relax pun tak tau.

Bagi diri ku, antara kedai dan internet, relax akan pilih beli di kedai kalau pembelian di internet melibatkan post dan bank in. Relax hanya akan beli sesuatu dari internet jika relax percaya website 2. Tetapi kena ingat, banyak gak penipuan dalam internet ni.

Tetapi kalau penjual internet tersebut mengunakan kaedah cash on delived (cod), ada la gak kepercayaan nak beli dari internet 2. Hehe….

Berbalik kepada penjualan handphone di kedai, relax usha handphone sony xperia arc s dalam internet dia kata 8gb memory card include. Lepas 2 usha kat dua kedai di dunia reality lak, yang satu kedai bagi harga RM950 no memory card, manakala lagi satu kedai dia cakap harga phone tu RM950 with memory card 8gb. Haaa macam mana 2, siapa betul dah siapa salah, bersamalah kita fikirkan…..


Dalam internet kata dapat memory card 8gb


Lepas 2 usha handset lain lak, kat kedai kata takda memory card tapi bila usha kat internet dapat memory card (maybe free gift dari penjual tersebut). Lagi sekali persoalan siapa betul dan siapa salah bermain di minda ku…. 


Tip-tip dari ku:

Jika nak beli handset
-Korang kena tahu apa yang korang nak dari handset tersebut, adakah kamera HD, adakah processor laju dan sebagainya.
-Korang kena tengok apa yang akan korang dapat jika beli handset tersebut
-Apa free giftnya.
-Usha banyak kedai sampailah korang puas hati.

Cara membuat kepastian sama ada barang dalam kotak handset tersebut sedia ada (provided by company) or tidak.
-Korang tengok la pelekat macam dalam gambar di bawah.



Jadi masa korang beli, kalau pelekat tersebut dah di buka, ada dua kemungkinan yang mungkin berlaku: sama ada barang dalam kotak yang korang dapat sama macam barang dari yang asal ataupun sudah di tukar. Kalau dah di tukar, itu maknanya korang kena tipu la 2.


Korang penat membaca aritkel yang panjang di atas, baca lah ringkasannya sahaja:-

Secara ringkasnya…
*Pembelian handphone di kedai or internet punyai risiko yang tersendiri.
*Kalau tak nak kena tipu, beli terus la dari kilang dia. Kalau korang kena tipu gak, itu tandanya korang memang tak bernasib baik la 2. Hehe..
*Korang tak akan dapat handphone yang perfect. So, pilihlah perkara utama yang korang nak dari handphone tersebut.
*Pembelian di kedai mahupun internet punyai kebaikan masing-masing.

Pengajarannya,
Hindarilah diri dari di tipu oleh si kaki penipu.

Sekian artikel kali ini.

Kepada yang tak sihat, moga cepat sihat,
Kepada yang sihat, moga bertambah sihat,

Sekian dari ku,

J

Siapa kahwin dulu.... (Artikel gatal :P) Part 2



Teory tanpa result ibarat kacang tanpa isi.

Mengikut artikel gatal ku yang lepas, relax mengatakan antara girl dan boy, girl akan kawin dulu.

Artikel tersebut hanyalah teori ku, hari ini relax akan bagi buktinya pulak.

-10 Nov 2012 seorang kawan ku selamat di tukar statusnya.

-17 Nov 2012 seorang lagi kawan ku akan di tukar statusnya.

Ini yang relax tau, sebenarnya banyak lagi yang dah di tukar statusnya, cuma relax tak tau bila.

Haha…..


Semua yang di atas kawan perempuan ku. Kawan lelaki buat masa sekarang takda lagi yang kawin.

Teory ku seterunya….

Mengikut kiraan ku, banyak kawan-kawan perempuan ku akan kawin di antara umur 25 until 29 or maybe 30.

Kalau nak tau betul ke tidak kiraan ku ini, kita tengok masa depan. Hehe….

Sekian artikel gatal untul kali ini.

Pai……

Sunday, November 04, 2012

Lagu best lagu best....



Lagu best, lagu best… sempoit, terbaik….. jom kita tengok…


Bagusnya perkerja ini

Syoknya dapat melakukannya

Walaupun punyai

Banyak keinginan

Nak buat yang itu, nak buat yang ini,

Apa sahaja keinginan

Boleh sahaja tertunai,

Dengan kocek misteri

Keinginan dapat dipenuhi

Ohh!!! Ingin sekali terbang bebas di angkasa

Baiklah! Helicopter buluh

An, an, an, saya amat menyukai

Doraemon

Kerja sekolah, giliran bertugas, peperiksaan

Walaupun teruk kena

Buat tugas itu dan tugas yang ini

Apa tugasan sekalipun

Boleh sahaja di bantu

Dengan alat serba guna dapat membantu

Ini dia askar mainan!!

Maju!! Serang!!

An, an, an, saya amat menyukai

Doraemon

Bagusnya tempat itu

Alangkah seronoknya dapat ke sana

Ke Negara ini, ke pulau itu,

Dan banyak tempat lagi

Ke mana-mana tempat pun

Boleh sahaja pergi

Dengan mesin perentas masa

Hajat dapat di tunaikan

Syoknya pergi melancong serata dunia

U.. fu fu fu, pintu ke mana sahaja

An, an, an, saya amat menyukai

Doraemon

An, an, an, saya amat menyukai

Doraemon



Korang tau tak lagu apa kat atas ni. Mesti korang taunya, sebab dia dah mention dalam 2. Selalu korang dengar lagu versi jepun, kali ni relax sertakan maksud dalam melayu lagi. Hehe…. 

Sebenarnya relax baru jumpa je lagu ni dalam youtube…


Ni la videonya….





Sekian post kali ini...

Relax2 selalu..

Friday, November 02, 2012

Kisah bermula setelah ku lafazkan kata itu



Selamat ku ucapkan kepada semua,


Kisah bermula setelah ku lafazkan kata itu,

Namun kau diam membisu,

Kau mahu or tidak aku pun tak tahu,

Kau membuat ku ternanti-nanti,

Kau menyeksa jiwa ku,

Sunggu pedih ku rasakan,

Aaaaahhhh,

Kenapa mesti aku yang rasa sedemikian,

Ini tidak adil,

Terasa bagai nak memberontak,

Tetapi perlu kah semua itu,

Tidak tidak,

Pening ku memikirkan,

Kau mahu or tak mahu,

Aku tak tahu……..


Ayat yang sesuat untuk novel di bawah dan ++++……..

Kalau rasa nak baca click link di bawah…..


(Ayat lebih kurang sama je macam sebelum ni, nak buat cam mana ayat ni je aku mampu fikirkan)

Sekian post kali ini...

Thursday, November 01, 2012

You disappointed me Symantec



Seperti yang korang tahu, function sesuatu antivirus ialah untuk membuang virus or sewaktu dengannya.
Tetapi pernah kah korang hadapi di mana antivirus tersebut detect virus dekat folder dia sendiri. Folder yang di maksudkan ialah xfer folder untuk Symantec antivirus.

Masalah ini lah yang ku hadapi dan memeningkan kepala nak selesaikannya.  Sampai satu ketika diri ku pasrah dan rasa nak format je laptop ni.

Di sebabkan relax pegang pada satu pegangan iaitu “Setiap yang berlaku ada jalan penyelesaiannya.” Relax tinggalkan dahulu niat untuk format laptop relax dan terus explore jalan penyelesaiannya di dunia maya.



Kisahnnya begini:

Pada mulanya, relax tak sedar hakikat di mana antivirus inilah penyebab kepada virus ini (Trojan.gen). Symptoms awal yang relax hadapi ialah antivirus ku detect DW***.tmp file sebagai Trojan.gen. Selepas itu, file.tmp ini semakin banyak dari hari ke hari.

Selalunya file yang semakin banyak dari hari ke hari secara automatic di panggil virus worm dan kalau di biarkan, hard disc korang boleh jadi penuh secara tiba-tiba sekali gus melambatkan computer korang.

Di sebabkan itu lah relax rasa nak format je laptop relax. Selepas DW***.tmp file, antivirus ku detect 508fc***.tmp dan msi****.tmp sebagai "trojan.gen" pulak. Masih sama, file.tmp ini terus banyak dari hari ke hari sehinggakan hard disk ku yang 116gb free menjadi 56gb free (lebih kurang).

Pelbagai scan dan software ku cuba untuk selesaikan masalah ini, tetapi masalah ini tetap tak boleh di selesaikan. Bila delete secara manual pulak, laptop ku jadi hang. Ini kerana file yang nak di delete terlalu banyak.

Untuk pengetahuan korang, relax pakai dua antivirus iaitu avg dan Symantec (konon nak security lebih la). 

Perkara yang sering berlaku ialah Symantec akan detect dulu virus tu dan selepas itu baru AVG. Perkara ini lah yang baru relax sedar pada 2 Nov 2012 selepas bangun dari tidor. Di waktu inilah cerita yang lebih menarik bermula, di mana terdetik hati untuk mengkaji cara virus ini berfungsi dan di mana kedudukan virus ini (alhamdulilah, dari yang kuasa).

Selepas di teliti pola pergerakkan virus ini dan di mana kedudukan nya, bermulalah carian ku di alam maya untuk mendapat segala maklumat yang berkaitan. Dalam pencarian ku terjumpa artikel yang mengatakan virus ini or file.tmp ini terjadi di sebabkan antivirus itu sendiri.



Dengan mengunakan keyword “how to fix .tmp file in Symantec” artikel yang di jumpai untuk menyelesaikan masalah ini ialah:


Berdasarkan website di atas dia kata:

Cause
These detections do not indicate a new outbreak of a threat.  The .tmp files are created by the Symantec Endpoint Protection (SEP) or Symantec AntiVirus (SAV) Quarantine scan. The scan is normally initiated by a virus definition update. 




Berdasarkan website di atas dia kata:

Cause

When the virus definitions are updated in the Symantec Endpoint Protection (SEP) client or the Symantec AntiVirus Corporate Edition (SAVCE) client, there is an option to "Rescan the Quarantine".

This enables the SAVCE/SEP client to inspect the files stored in the local quarantine and verify if any of them can be repaired with the updated AV signatures.

When the files were originally quarantined, they were compressed and encrypted to ensure that the stored version cannot continue to infect the local machine.  Consequently, the SAVCE/SEP client must extract the original file(s) from this quarantine packaging before it can be re-scanned.

During this file extraction process, a temporary file - named DWHxxxx.tmp - is created in the working directory of the SAVCE/SEP client. This is typically within the "%App Data%\Symantec\" folder, but in certain older builds of SEP and SAVCE, it may also use the windows "%TEMP%" folder.

Normally, this temporary file will not be scanned by the SAVCE/SEP Auto Protect function because SEP is already handling the file, i.e. SEP knows that it owns the file. However, if a third-party process accesses that file while it is being created, the SEP Auto Protect function will intercept this file access and will declare the file as un-trusted because another process, possibly malicious, had accessed the file.

This will cause the file to be seen as a "new" file and un-trusted. Accordingly, the file will be scanned.  This results in an already quarantined and infected file getting re-scanned.  Additionally, it will be treated as a suspect file and quarantined, resulting in a duplicate file being added to the local quarantine.

Finally, as each definition set is received by the SEP or SAVCE client and the local quarantine is re-scanned, the above process repeats, and the contents of the local quarantine are doubled.



Lepas je baca dua artikel ini, satu kesimpulan diambil iaitu antivirus ini lah penyebab kepada hard disk ku semakin penuh dari hari ke hari dan menganggu diri ku selama ini + membuat hati ku tak tenteram.

Di sebabkan itu, langkah penyelesaian di ambil iaitu remove segala file yang berkaitan antivirus ini termasuk file register+sub file  dan uninstall antivirus ini.


Penambahan:
Kalau betul korang nak remove segala file yang berkaitan sama ada di dalam register dan lain-lain guna lah revo uninstaller.


Lepas je remove segala file yang berkaitan antivirus ini dan uninstall antivirus ini, tiada lagi ganguan mengatakan ada virus dan hard disk ku kembali menjadi 116GB free space.


Artikel ni pulak adalah ringkasan untuk selesaikan masalah ini:

Sekian story ku,


Berdasarkan link di bawah pulak


Dia kata masalah ini terjadi sebab tak membersihkan quarantine. Mana la relax tau quarantine pun kena delete filenya. Kut mana pun tak silap relax, antivirus ni dah di set supaya file quarantine akan di delete dalam masa tertentu.


Ok, memang la dia bagi solution cara nak fixkan benda ni, tapi oleh kerana benda inilah yang menganggu ku selama ini dan mendatangkan masalah kepada diri ku. Jadi, tiada peluang kedua untuk kau Symantec antivirus.

Tak sangka selama ni duk guna antivirus tak pernah tengok antivirus macam ni: Antivirus yang sepatutnya buang virus, malicious dan sewaktu dengannya menghasilkan benda yang sepatunya dia buang (Technical problem).

You disappointed me Symantec.


Pengajaran:
- Jangan mudah putus asa dalam menyelesaikan masalah kerana setiap yang berlaku ada jalan penyelesaiannya.
- Jika anda terjumpa jalan buntu berdoa lah pada yang berkuasa. Insyaalah, akan ada jalan peyelesaiannya nanti.
- Jangan bertidak secara melulu.
- Format laptop bukan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah virus or sewaktu dengannya.
- Sukar mendapatkan kepercayaan orang kembali apabila sudah melakukan kesilapan yang memberi impak yang kuat terhadap diri orang tersebut (harap faham dengan ayat ini).

Sekian post kali ini.

Have a safe journey…

Pai…


Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!