Wednesday, May 30, 2012

Jangan stress-stress x da gf



"Jangan stress2 x da gf."

Terima kasih kepada pemberi ayat ini. Terima kasih sangat-sangat ku ucapkan. Sayang ko sangat-sangat.

Haha, oleh kerana ko telah beri ayat ni, membuatkan ku terfikir dan menerbitkan artikel ni. Seterusnya update blog ni. Terima kasih sekali lagi ku ucapkan.

Topik perbincangan hari ni ialah “jangan stress2 xda gf”

Cerita bermula apabila seseorang  memberi tahu ku supaya jangan "stress2 xda gf."

Pertama sekali, relax nak bagi tau, kenapa relax perlu stress kalau takda GF. Please2 jangan buat lawak kat sini.

Serius tak stress pun takda gf. Buat apa relax nak stress takda GF. Haha, penting sangat ke ber GF ni.

Sebagai seorang manusia, memang ada terlintas nak ber GF ni. Tapi setelah di fikir bersalutkan peraturan-peraturan agama terpaksa ku batal kan hasrat ku. (haha, tunjuk baik la pula.)

Lupakan ayat tunjuk baik tadi, bukan itu yang hendak ku katakan di sini.


Bagi diri ku, kalau tak ber GF tak kan stress. Tetapi kalau kita ber GF kita akan stress sebab kita tak boleh buat apa-apa dekat GF kita: Nak pegang tak boleh, nak peluk tak boleh, nak jumpa selalu pun tak boleh, nak cium pun tak boleh, dan banyak lagi la perkara-perkara tak boleh uat.

Stress sebab nak pegang tangan tak boleh, nak peluk dia pun tak boleh, nak cium dia pun tak boleh, nak sentiasa bersama dia pun tak boleh, nak jumpa dia selalu pun tak boleh dan banyak lagi lah benda nak uat tak boleh.

Gila aaahhhhh stress relax kalau macam ni. Semua benda nak uat tak boleh kalau relax ber GF. 



Oleh kerana itu, persoalan demi persoalan muncul, kenapa perlu relax ber GF???????? Apa kelebihan yang relax dapat kalau ber GF??????


Korang ada jawapan tak, kalau ada sila bagi tau relax jawapan-jawapan bagi soalan di atas.

Mengikut tafsiran Wikipedia, "a girlfriend is a female partner you are romantically or sexually involved with, or a female friend.".

Mengikut logic akal ku “GF or Girlfriends or kawan perempuan .”

Banyak orang skang pakai istilah GF ni sebagai makwe.

Jadi skang ni, relax cuma berkawan je dengan kawan-kawan perempuan, takda nya Ber makwe ni. Sebab takda keistimewaan apa-apa pun yang relax dapat.

Pendapat ku, makwe or kawan perempuan sama je selagi bertunjangkan agama islam. Itulah sebabnya kenapa relax hanya berkawan dengan perempuan je dan tidak ber makwe.


Persoalan untuk korang,

Sila nyatakan satu  keistimewaan dan kelebihan yang aku dapat kalau ber makwe?”

Jujur ku katakan, kalau jawapan korang boleh di terima olah agama, relax akan ber makwe. Nak lagi bagus lagi sertakan bukti-bukti dalam agama islam bolehnya  ber makwe.


Akhirkata dari ku, segala yang silap pasal pandangan ku,tegurlah diri ini. Jangan biarkan diri ku terus hanyut dengan ketidak betulan itu.

Sekian dari ku…….

J

Hantaran kahwin



Haha…… selamat ku ucap kan kepada……..

Satu perkahwinan bakal berlangsung sabtu or ahad or isnin (entahla tak ingat). Yang pastinya orang yang kawin 2 ialah sepupu ku.

Tengok FB bab kawin, dalam dunia maya pun bab kawin gak, dalam blog pun bab kawin gak. Rasanya dulu tak pun. Nampaknya semua kawan ku dah tak sabar nak kawin. Pe pun, hak korang nak cakap bab apa pun. Yang pasti kat sini, jangan lupa jemput diri ini kalau nak kawin nanti. Peace yoooo…

Inilah gambar-gambar hantaran yang bakal di berikan kepada sepupu ku.






Letak ........ (nama apa tak benda 2)





Macam mana lawa tak, cantik tak. J

Mai sini nak cite sikit. Nak tau tak hantaran 2 sapa uat. Ce teka ce teka.

Hehe, sapa lagi yang uat kalau bukan relax (nak bangga sikit). Relax Cuma susun-susun cloud 9 je, then gam benda tepi kotak 2(tak tau benda 2 nama apa). Itulah pasai nya kalau korang tengok susunan dia berterabur sikit.

Sebelum 2, ketahuilah sebenarnya relax ni bukan rajin sangat nak susun cloud 9  ni (menyusahkan). Cuma terpaksa susun sebab keluarga ku semua takut nak uat. Sebab diorang kata takut tak elok la, takut senget la, takut…. (macam2 takut la di orang bagi).

Di tambah ayah ku kata, dia tak nak ambil tau langsung pasal hantaran ni. Ini juga salah satu factor kenapa relax uat hantaran ni sebab sebelum ni, hantaran di buat oleh ayah ku.Dalam erti kata lain kalau kerja-kerja yang memerlukan keyakinan yang tinggi memang ayah ku yang uat.

Di sebabkan dua factor inilah terpaksa, ulang lagi sekali terpaksa relax yang uat. (terpaksa + rela)
Tanya kelurga ku diorang nak uat hantaran macam mana. Suruh diorang tunjuk sikit contoh hantaran 2. 

Maka, terhasilah hantaran macam hantaran dalam gambar 2.

Jadi, jangan di soal kenapa tak lawa or tak cantik. First time uat k.

Akhir kata dari ku, beginilah salah satu cara macam mana nak berjimat.

Kesimpulannya, untuk berjimat, anda hanya perlukan keyakinan yang tinggi dan berani mencuba.

Sebagai contoh, kalau anda nak berjimat: jangan beli hantaran, sebaliknya belajar uat hantaran tersebut. Jangan upah orang uat rumah, sebaliknya anda uat umah sendiri. Jangan beli claypot, sebaliknya belajar cara uat claypot dan sebagainya.

Tak salah rasanya belajar sesuatu yang baru.

Pai pai

Thursday, May 24, 2012

Laju ke cooler tu?



EEEErrrrmmmm, eeeerrmrmmm , eeeerrrrmmm mencari idea. Tak tau nak tulis apa..

Ada laptop tak?

Laptop korang panas tak?

Macam mana ha, nak bagi laptop tak panas?

Ada cadangan tak?

Ti ti ti….

Ti ti ti ti ti ti ti…

Ti ti ti ti ti ti ti…

Masa sedang bejalan, sila bagi jawapan anda?

Ti ti ti ti ti ti….

Cepat2 masa hampir tamat…

Kenapa tak ada jawapan lagi dari korang ni….

Cepat-cepat lagi sepuluh saat ,

10

9

8

Cepat-cepat la bagi jawapan korang

7

Terlalu lambat

3

2

1

Sory… masa dah tamat…

Biar relax bagi jawapan sendiri…

Kalau laptop korang panas, banyak orang kata pakai la cooler….

Macam-macam jenis cooler dah relax jumpa. Ada yang mahal, ada yang murah.

Agak-agak korang la kenapa cooler ada yang mahal dan ada yang murah?

Bagi ku, cooler yang mahal adalah di sebabkan cooler tersebut punyai accessory tambahan seperti ada penambahan USB kat cooler 2, senang di bawa kemana sahaja dan sebagainya.

Selain itu, sesuatu cooler itu mahal juga adalah disebabkan oleh design cooler itu sendiri.

Ada orang yang beranggapan cooler yang mahal punyai pusingan kipas yang laju. Dalam erti kata lain, 
semakin mahal sesuatu cooler semakin laju pusingan kipas cooler tersebut.  

Kepada orang yang beranggapan seperti di atas or ada terlihat cooler yang dijual kat kedai ada fungsi ubah speed (nak bagi kipas pusing lagi laju). Ketahuilah korang sesunggunhnya anggapan korang dan apa yang anda lihat tak betul. Tak betul terus. Takda satu pun yang betul. Serius memang tak betul…..

Relax tak akan terima anggapan seperti ini. Harap maklum ye…  Melainkan korang bagi hujah2 yang bernas dan boleh di terima oleh akal ku.

Ini kerana, apa yang relax tau pusingan kipas semakin laju apabila voltage or power or  apa2 jela semakin tinggi.

Macam mana cooler yang hanya menggunakan usb sebagai power source dia boleh menjadikan kipas semakin laju. Siap pakai DC lagi, macam mana kipas nak laju. Memang ngarut.

Kalau cooler tersebut menggunakan AC sebagai power source dia or menggunakan voltage yang tinggi relax percaya kipas 2 boleh laju. Ni tidak, hanya menggunkan USB, 5V.

Jadi skang ni, kalau korang nak beli cooler untuk laptop korang, tak payah la beli cooler yang mahal gile2nya dengan beranggapan cooler tersebut punyai kipas yang laju dan seterusnya dapat mengurangkan kepanasan laptop korang.

Sebenarnya mahal or murah sesuatu cooler tersebut di sebabkan design, kelebihan dan jenama cooler tersebut. Pusingan kipas dia tetap sama (selagi cooler tersebut menggunakan USB sebagai power source).


Sebagai contoh, cooler kat bawah ni. Semua punyai pusingan kipas yang sama. Dalam erti kata lain boleh la…..






Berbeza dengan cooler di bawah, punyai pusingan yang laju dari cooler biasa dan berganda-ganda power dari cooler-cooler di atas.






Satu lagi cooler yang lagi power dari yang di atas ialah cooler yang menggunakan aircon. Bayangkanlah aircon duk kat bawah laptop korang, agak-agak korang la laptop korang panas tak. Hehe…

Aircon cooler

Tips:
Kalau rumah or bilik korang ada aircon. Relax nasihatkan korang beli la cooler aluminium or besi or beli lah apa-apa cooler pun yang sejuk dalam suhu sejuk. Kalau korang nak senang lagi, buka laptop korang dalam peti ais, mesti tak panas nya laptop korang. 

Akhirkata dari ku, pandangan ku je. Tak tau la pandangan korang.

Sekian dari ku…

Selamat  malam/petang/tengahari/pagi  (pilih sendiri ikut waktu korang skang)

J

Tuesday, May 22, 2012

Panjat Gunung Everest


Hari ni kan, relax panjat gunung Everest. Best sangat-sangat tau. Sejuk gile.... Masa tengah naik 2 ada la jumpa dengan mayat-mayat pendaki yang mati dekat gunung ni. Sungguh mengerikan. Menangis relax masa tengok mayat-mayat 2. Lepas dah sampai puncak, relax naik helicopter nak turun. Maklum la, relax tak cukup stamina nak turun. Yang bawah ni gambar yang relax ambik masa duk dalam helicopter.


Macam mana lawa kan pemandangan gunung Everest.

Sekian untuk mengarut hari ni.....

Cerita sebenarnya....


A

B

C

D

E

F
.
.
.
.
.
.
.
V

X

Y

Z

Mula….

Pada 22.5.2012

Sampailah sudah relax atas tempat tertinggi di rumah ku… Dalam erti kata lain, rumah ku telah ku jajahi dan terokai keseluruhannya.

Yang paling best sekali, relax lah manusia  pertama menjejakkan kaki di atas tempat tertinggi di rumah ku iaitu di puncak bumbung ku….

Haha… bangga mak aku…..

Boleh masuk dalam Guinness World Records ni…. hehe….

Kenangan yang perlu di simpan dan di ingati sepanjang hayat ku:

Manusia petama yang sampai ke puncak rumah ku

Manusia kedua yang sampai kepuncak rumah ku

Selamat datang bro

Sikit lagi nak sampai puncak pokok kelapa

EEEErrrrmmmm tinggi-tinggi dah. Boleh uat tempat mengintai ni....

Sekian berita dari ku...

Pai pai....


Monday, May 21, 2012

Tukarkan gambar menjadi text



Bosan dengan gambar anda sendiri.

Dah muak tengok gambar yang berwarna-warni.

Inginkan kelainan dalam gambar anda.


1. Click sini


2. Choose file and click submit 


3. Masukkan nick name dan tekan submit


4. Ubah lah ikut suka korang apa yang korang nak. Then download image korang. Siiiaaaappp. 



NOTE: Bila download, image korang akan jadi dalam bentuk text (.txt). Jadi, kalau nak dalam bentuk image pandai-pandai la korang capture image tadi. Hehe.....


Hasilnya:-

Sebelum


Selepas



Lebih kreatif kan. 

Gambar anda seperti di buat oleh keyboard anda…

Lain dari yang lain dan yang paling penting sekali korang boleh berlagak hebat dengan mengatakan korang buat sendiri picture ni guna keyboad korang (tak bek tipu-tipu ni, tak mau tak mau)...

Selamat mencuba….

Sekian…

Relax itu penting…

Blah lu…

Saturday, May 19, 2012

Laporan untuk hari ini


Laporan untuk hari ini.

Jumaat 11.5.2012 bermula lah projek mengangkat kekuda kasi tegak. Jumlah keselurahan kekuda ialah 28. Dengan mengambil masa selama 8 hari, keseluruhan kekuda berjaya di naikan.


Secara ringkasnya:

Projek: Menaikkan kekuda
Jumlah kekuda: 28
Mengambil masa selama: 8 hari
Mula: Jumaat 11.5.2012
Tamat: Sabtu 19.5.2012

Teknik yang digunakan................................ Ha macam 2 la teknik dia.

Gambar-gambar,






Siapa 2...

Menyamar sikit












Sekian laporan untuk hari ni. 

Persoalanya skang ni, mampukah relax panjat di puncak bumbung ku ini. EEErrrrrmmmm, (sedang berfikir)

Nak cite sikit,
"Baguih la dari skang dah uat rumah. Nanti bila-bila nanti nak uat rumah sendiri dah tau dah cara dia." kata orang 2.
Dalam hati relax cakap "Wwwwhhhhhaaaattttt!!!!!! Buat rumah sendiri. %$#&(, $#%&^*^*$%$##"


Kekuda?
Entahlah, apa yang relax dengar orang cakap besi yang 3 segi ni digelar kekuda. Tak tau la betul ke tak. Relax panggil besi 3 segi je.... Hehehe....

Cau cin cau lu....

Senyum-senyum, 

Jangan stress... tak mau tak mau....

Relax n cool selalu......

Pai pai...

Thursday, May 17, 2012

Membebel or babbling



Salam sejahtera dan Assalamualaikum ku ucapkan kepada semua orang yang punyai mata dan seterusnya baca entri ku ini….



Dia aku suka sangat. Muslimah dia bagi aku. Bagi aku rasa la. Kenal selama dengan dia, aku perangai kaji dia. Aku perangai tertarik dia. Tak tahu aku kenapa dia . Perempuan jumpa aku banyak. Tetapi dia tertarik hati aku. Cinta perasaan kita munculkan tak boleh. Sedang aku mencari seperti perempuan dia. Kadang hati tertanya dalam diri. Adakah perempuan sebegini lagi ada. Mencari aku mencari terus. Akhirya jumpa aku sini dekat. Berkawan dia dengan aku. Tak pernah fikiran aku terlintas berkawan akan aku dengan dia. Takdir dari yang Esa. Kawan sepanjang bagi aku dia marah. Kaji perangai dia. Kaji mengkaji terus. Aku nak tahu dia perangai, macam benda aku buat. Semata-mata aku perangai dia nak tahu. Aku bagi, dia OK bagi aku. Ciri perempuan cari aku dalam dia. Nampak aku, perangai ok bagi aku. Seperti biasa, manusia tak sempurna. Apa aku Nampak ok, ciri aku cari ada. Itulah sebab suka aku akan dia. Akhirkata bagi aku, serius tertarik aku perangai dia. Itu apa yang ku tahu. Itu sebab suka aku akan dia. Lain perempuan tertarik aku rupa paras. Lain bagi diri dia. Perangai aku tertarik, itu sebab I love you. 2u.   

Haha, stop jangan terlalu stress.  Faham tak apa yang relax tulis atas ni.


Kalau nak tau, inilah yang di katakan salah satu contoh bagi membebel (bagi relax la sis n bro). Ingat salah satu je, banyak lagi sebenarnya. Fahamkan maksud membebel mesti korang tahu apa itu membebel.

Mengikut kamus dewan edisi ketiga muka surat 121, membebel membawa maksud:-

Bebel; membebel - mengeluarkan kata-kata secara yang tidak tersusun atau yang sukar difahami, mengomel.


Mengikut website:

Ramblng or babbling – merepek/merayau, merepek/membebel


Sebelum kita menceritakan lebih lanjut pasal membebel ni, ketahuilah korang bawasanya relax ni tak pandai cakap sangat. Selain itu relax juga tak pandai susun ayat bila melibatkan secara live. Itulah sebabnya kadang-kadang kalau korang dengar relax bercerita apa-apa dekat korang mula A lepas 2 C lepas 2 T lepas 2 A balik.

Perkara ini telah di buktikan semasa relax membentangkan tentang projek FYP ku kepada supervisor ku. Dah terang A sampai Z dekat supervisor ku. Lepas 2 boleh supervisor ku cakap, “apa kamu cakap ni, saya tak faham.”


Berbalik kepada maksud membebel, cuba cari hubung kait sifat relax dan maksud membebel. Agak-agak korang la, relax ni jenis yang membebel ke tidak? Hehe, jawapan di tangan anda.

Dah alang-alang ketahui maksud membebel apa kata kita tengok maksud nasihat lak.

Dalam kamus dewan edisi ketiga muka surat 923, nasihat membawa maksud:-

Nasihat-ajaran, petunjuk yang baik, peringatan…


Jadi sekarang ni cuba bayangkan orang macam relax ni kalau bagi nasihat dekat orang (nasihat guna ayat tak tersusun), agak-agak korang la. Apa diorang kata, relax bagi nasihat or sedang membebel?

Seperti selalu jawapan di tangan anda….


Apa yang relax dapat ketahui selepas menyelidik dan mengkaji maksud membebel dalam internet mahu pun buku (nak jadi poyo gak). Dapat di ketahui di sini “ye betul, aku memang seorang yang suka membebel.”


Penambahan,

“Membebel macam mak and ayah aku la dia ni” or “membebel macam orang tua  la dia ni” or sewaktu dengannya, selalu relax dengar ayat ni. Ketahuilah korang orang tua-tua or mak ayah korang membebel dekat korang sebab dia sayang dekat korang, tak kan la tiba-tiba je dia nak membebel. 

Jadi  sekarang ni, agak-agak korang la kan, kenapa relax membebel dekat korang? Jawapan di tangan anda.

Korang mampu memikirkannya kerana korang di kurniakan akal untuk berfikir.


Akhir kata dari ku, setiap manusia punyai dua pilihan dalam mengharungi liku-liku kehidupan mereka; perkara baik atau tak baik hendak di pilih. Anda yang tentukan.

(kena berubah ni)

Harap maklum…

Sekian dari ku…

I don’t like formality.

Cau cin cau….

Pai pai….

Tuesday, May 15, 2012

What is hypothesis



Blah blah blah blah blah blah blah, pada satu hari blah blah, blah.... dan seterusnya blah..... selepas itu...... ..............................................................................................blah. Then........................dan...................  ...................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................... Itulah maksud hypothesis. Google sendiri kalau nak tau lebih lanjut.


Semakin ramai adik beradik semakin besar tanggungjawab (kalau anak yang atas2 la)

Semakin ramai ahli keluarga, semakin meriah sesuatu rumah (macam pasar malam pun ada gak, hehe)

Semakin banyak girl tak tutup aurat, semakin sukar lelaki nak memandang.

Semakin besar pendidikan  seorang girl, semakin banyak duit diperlukan nak kawin dengan dia.

Semakin besar kedudukan seseorang girl, semakin banyak duit diperlukan untuk kawin dengan dia.

Semakin banyak lelaki yang rosak akhlaknya, semakin banyak girl yang rosak akhlaknya.

Semakin moden zaman ini, semakin besar kelayakkan di perlukan.

Semakin masa berlalu, semakin tua kita.

Semakin lama kita hidup, semakin banyak perkara perlu di tempuh

Semakin kuat iman kita, semakin besar dugaan yang melanda.

Semakin kita kenal diri Nya, semakin kita cinta akan kematian.

Semakin banyak kita makan, semakin kita kenyang.

Semakin banyak kita minum, semakin banyak kita pergi tandas.

Semakin banyak kenderaan, semakin tercemar alam ini.

Semakin ......

Sekian, malas nak ngarut dah.....

Akhir kata dari ku, belajar rajin-rajin, dapat pointer elok, dapat keje bagus, duit mesti masyuk. Yang di kehendaki mesti dapat.

Zaman skang, semua duit la der n ter (fakta yang tak boleh di ubah). 

(Kuatkan iman, cari diri Nya, yang mustahil boleh jadi, bahagia dunia dan akhirat)

Habis dah,

Cau lu, lex2 selalu. 
  

Thursday, May 10, 2012

Apa itu best friends forever



Dah baca belum artikel  Best friends forever
Kalau belum baca, gerakkan cursor ke perkataan "Best friend forever" kat atas n klik it.
Selamat mencuba...


Sambungan:

Setelah dipikirkan secara mendalam dan di analisis tentang best friend. Dua persoalan muncul iaitu sejak ‘bila pula korang tau korang n dia best friend?’ and ‘Sejak bila status kawan biasa menjadi best friend?’

Istilah best friend selalu dikaitkan dengan kawan yang paling rapat dengan kita. Paling teruk lagi ada orang yang beranggapan kalau kita selalu call or mesage seseorang boleh jadi orang tersebut ialah best friend kita.

Selain itu ada juga orang yang beranggapan kalau kita selalu kuar or berjalan dengan dia, dia ialah best friend kita. Betulkah anggapan ini.

Setiap orang punyai pendapat yang berbeza. Bagai mana pula dengan anda, apakah pendapat anda tentang best friend?


Pada pendapat ku, best friend hanyalah satu ungkapan yang diberikan kepada seseorang kawan kita yang baik or terbaik dari kalangan kawan-kawan kita.

Banyak orang fikir apa itu best friend. Pernah tak korang fikir apa itu friend n apa itu best. Korang try pisahkan keduanya. Mesti korang akan dapat mengetahui bawasanya best friend itu punyai maksud yang sesangat luas.

Bagi diri ku, kawan rapat tak semestinya best friend kita. Ini kerana, kawan rapat tak semestinya memahami kita dan menolong kita di dalam kesusahan. Secara ringkasnya best friends ialah kawan yang ada di sisi korang walau dalam senang n susah.

Ketahuilah korang di dalam islam kita di minta untuk berkawan dengan seseorang yang memberi manfaat kepada kita or kita memberi manfaat kepada dia or kedua-duanya memberi manfaat sesama sendiri.

Jadi, best friend membawa maksud kawan yang ada disisi kita di waktu kita susah n senang. Best friend juga membawa maksud kawan yang baik di sisi kita.

Sudah jelas di sini menunjukan kalau kita punyai banyak kawan yang baik dan ada disisi kita diwaktu kita senang n susah, ketahuilah korang bawasanya korang banyak best friend.

Akhir kata dari ku, kawan itu banyak, best friend itu sederhana dan kawan rapat itu sedikit.

Kalau macam ni la, rupa-rupanya relax banyak kawan baik rupanya.


Sekian dari ku,
Bersayang biar beribu,
Bercinta biar satu.
I love u.
Ye betul memang untuk u.

Pai pai.

Best friends forever



Salam sejahtera ku ucapkan kepada orang yang sedang melihat artikel ini.

Berdirinya saya disini ialah ingin memberi syarahan yang bertajuk kawan baik saya.

Kawan baik ialah....(alamak-alamak terlalu formal, xsuka xsuka.)

Berbalik kepada nada sebenar ku.

Setelah kian lama relax hidup, satu persoalan muncul dalam fikiran ku iaitu:-
  1. Siapa best friend ku?
  2. Kenapa dia ialah best friend ku?
  3. Apa beza best friend dengan kawan biasa?
  4. Bila seseorang 2 cakap dia best friend kita?
  5. Betul ke dia best friends kita?
  6. Apabila kita anggap dia best friend kita tapi dia anggap kita kawan biasa ja, macam mana 2?



Tinggalkan dulu persoalan yang bermain di minda ku.

Satu kisah yang di ceritakan oleh seseorang terhadap diri ku yang membuatkan ku tertanya beribu soalan tentang best friend. Cite dia cam gini:

Dekat sekolah dia ada seorang ustad yang menyuruh pelajarnya supaya menulis nama best friend mereka di dalam sebuah kertas. Then, ustad 2 bertanyakan siapa best friends si A sila bangun. Bangunlah dua pelajar B dan C. Ustad 2 tanya kepada si A “siapa best friend kamu”, si A menjawab pelajar B ialah best friend dia.

Faham tak story di atas, ok macam ni pelajar A hanya menganggap si B sebagai best friends dia. Macam mana lak dengan si C yang menganggap si A sebagai best friend dia tetapi si A hanya anggap si C sebagai kawan besa.

Penambahan:

Cerita di atas ada kena mengena dengan yang hidup dan pelajar A, B n C ialah seorang girl. Si C jangan cakap la muka memang dah sedih gile. Kalau relax jadi si C memang sedih gila-gila nya. Bayangkanlah kita anggap seseorang sebagai kawan baik kita, last2 dia tak anggap kita kawan baik dia pun.

IBARAT KITA CINTA SESEORANG TAPI TAK DI BALAS (awat aku terasa ni, haha aku memang kesah).

Serius-serius lepas je relax dengar kisah ni relax tertanya adakah relax macam kes si C or B.

Selepas berfikir secetek mungkin, satu kesimpulan muncul saya akan set dalam minda saya, saya tak mahu anggap sesiapa pun best friend saya. Lagi pun ada ke beza antara best friend n kawan biasa. Apa cirri-ciri best friend n apa pula ciri kawan besa.

Best friend forever, apa ni? Wujud ke?

Tetapi……..(klik disini)

Haha, terima kasih ku ucapkan kepada pencerita 2. Selamat dia bagi tau awal pasal cite ni. Takda la relax malu sebab perasan nanti. Hak hak hak kahak haakkk tuih, dah la relax ni cepat perasan (betul ke, pepe jela).

Relax-relax selalu.

Tata.

Saturday, May 05, 2012

Adakah anda sayang ibu bapa anda?



“Abi, saya sayang awak.”   Kata mereka yang tak kawin lagi. Kepada yang terasa, saya Muhamad ……. Bin……….. meminta anda kukuhkan kewangan dan segala ilmu yang berkaitan, lepas 2 pergi kawin cepat-cepat. Bukan apa takut jadi benda bukan-bukan nanti.


…….Sempadan-sempadan………….

Sayang ayah, sayang ibu…

Tanyalah semua orang yang normal "adakah mereka sayangkan ayah dan ibu mereka?"

Tentu keseluruhan nya akan menjawab “saya sayang kepada ayah dan ibu saya.”

Persoalannya skang ni, betul ke anda sayang kepada ibu bapa anda. Apa buktinya anda sayang kepada kedua ibu bapa anda.

Apa yang pernah ku dengar dari seseorang:
“Kalau anak perempuan yang tak kawin lagi, dosa anak perempuan tersebut akan di tanggung oleh ayah mereka walaupun dah baligh sehingga perempuan tersebut berkahwin. Berbeza dengan lelaki, kalau dah baligh dosa akan di tanggung oleh diri sendiri.”

Betulkah apa yang ku dengar ni?

Kalau betullah apa yang ku dengar. Ini bermakna apa yang anak perempuan dia lakukan yang berdosa akan ditanggung oleh ayah mereka.

Macam mana pula kalau anak perempuan dia tak tutup aurat. Adakah dosa akan di tanggung oleh ayah mereka gak?

Macam mana pula kalau anak perempuan berpegang tangan dengan lelaki yang bukan mahram dia. dosa di tanggung oleh ayah mereka gak ke?

Senang cite segala macam benda yang berdosa yang anak perempuan dia buat, adakah di tanggung oleh ayah dia?

Jadi, skang ni kalau anak perempuan dia 2 cakap dia sayang dekat ayah dia tapi dia  buat segala benda yang berdosa  dan TAK TUTUP AURAT SEMPURNA-PURNANYA (benda yang banyak berlaku zaman ini). 
Adakah dia sayang ayah dia?

Di mulut kata sayang tapi perbuatanya tak menunjukkan sayang kepada ayah dia. Macam mana 2?

Jom ramai-ramai renung-renung dan berfikir….

Sekian persoalan dari ku…

Akhir kata dari ku, tutuplah aurat jika anda sayang kepada ayah anda.

Peace, tak nak keganasan.... 



Tata…..

Thursday, May 03, 2012

Benar atau salah.


SENYUM-SENYUM :)





Benar atau salah,

Susah nak di tentukan zaman ini,

Siapa kita nak menentukan,

Layakkah kita nak menentukan,

Kasih yang agung perlu di capai,

Pastikan kenal sebenar kenal,

Baru yang dalam keluar menunjukkan diri,

Rintangan demi rintangan perlu di redahi,

Sebati luar dan dalam,

Benar atau salah mesti tahu,

Mampukah kita?


TENANG-TENANG SELALU...

Pai pai....

Tuesday, May 01, 2012

Anime time


Anime time (tiba-tiba)

Tajuk lagu tak tau, lirik macam best...
Layan-layan.....


What I recall is that blue moonlight,

Your retreating figure waved to me,

As the light of the moon took you away that day,

From my heart, from my heart, I want to tell you,

I love you, I love you,  a feeling that cannot be reached,

Were it a dream, were it a dream, I could have met with you,

Although my wishes cannot come true,

Mischievous magic on the moonlit night - you're imprisoned in the shade of the moon,

Like the new moon obscured by darkness,

Your figure escapes my sight,

Even though you're so close.


Kepada: ....................

Faham ke maksud dia?

Faham tak faham masalah sendiri...

Poi poi...

Cau lu....

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!