Wednesday, February 29, 2012

Sambungan automatic traffic light



Pe Kobar sumua... Sebenarnya entry kali ni ialah sambungan dari entry Automatic traffic light using dragon 12 board..

Tidak best rasanya kalau hanya bagi tau kata relax buat projek dan menunjukkan codingnya.

Jadi entry kali ni adalah result kepada apa yang relax buat yang di ambil semasa hari presentation.

Tengok bawa ni, hehehehehe





Alhamdulilah masa tunjuk kat lecturer project ni dia kata takda sebarang masalah. Jadi, dia cakap projek ku perfect. Yes2.... Dapat markah banyak.....

Hehehehe

Sekian dari ku...

:)

Tuesday, February 28, 2012

Automatic traffic light using dragon 12 board

Hola semua.....

Selamat ku ucapkan...

Mencari-cari di dalam internet... Susah benar nak jumpa coding pasal Automatic traffic light using dragon 12 board. So, lepas relax post ni, harap-harap tak susah cari lagi la ye.....

Seperti biasa, nak akhir-akhir sem ni. Ada saja project kena buat. Project terbaru ku iaitu Automatic traffic light. Projek kedua ku selepas FYP yang melibatkan coding. Tetapi coding ni lain sikit sebab coding ni menggunakan High level language. 

Dalam erti kata lain coding yang susah manusia nak fahamkan, coding ni berbeza dengan Low level language. Low level language menggunakan coding seperti bahasa English. 

Contoh nya. 
Untuk membuat coding loop dalam Low level language. Salah satu command yang digunakan ialah dengan menggunakan command while, do dan banyak lagi lah.

Berbeza dengan High level Language. Salah satu command yang digunakan untuk membuat loop ialah dengan menggunakan command BRA, BPL, BRCLR dan sebagainya.

Cuba kita tengok dekat low level language, kita fahamkan apa maksud while. Kalau kita tengok dekat High level language, kita faham tak apa maksud BPL. Inilah bezanya....

Ok2 kita start.

Automatic traffic light.


Must have:
1. Dragon 12 board
2. MiniIDE software


Description:
This project is about designing an automaic traffic light. When the traffic light does not detect a vehicle (using infrared transceiver), the traffic light (RGB LED) will continuously display RED.When a vehicle is detected, the traffic light will blink RED 3 times. before turning to GREEN. By the time it is GREEN, the 7segment DSP1 and DSP2 will display '10' and counting down each second. By the time the counting reaches 5, the traffic light turns form GREEN to YELLOW. The YELLOW will blinks each second until the count reaches 0 and turns RED.

Devices used in dragon 12 boards
1. RGB LED
2. Infrared transceiver
3. 7 segment LED

Dragon 12 board


MiniIDE


Coding use:


        

#include "c:\miniide\hcs12.inc"
org $2000
movb #$FF, DDRP
bset PTP, $20
bset DDRB, 000011
bset DDRT, 010000
bclr DDRT, 001000
bclr PTT, 010000

loop brclr PTT, 001000,yes  ;Detect car, go to yes. If not execute 
                                                      ; istruction below

bset PTP, $20            ;Red light ON
bra loop                    ;Loop

yes bclr PTP, $20            ;Red light OFF
ldy #500
jsr delayby1ms            ;delay 0.5 second
bset PTP, $20            ;Red light ON
ldy #500
jsr delayby1ms            ;delay 0.5 second
bclr PTP, $20            ;Red light OFF
ldy #500
jsr delayby1ms           ;delay 0.5 second
bset PTP, $20           ;Red light ON
ldy #500
jsr delayby1ms           ;delay 0.5 second
bclr PTP, $20           ;Red light OFF
ldy #500
jsr delayby1ms          ;delay 0.5 second
bset PTP, $20          ;Red light ON
ldy #500
jsr delayby1ms          ;delay 0.5 second
bclr PTP, $20          ;Red light OFF

bset PTP, $40          ;Green light ON
ldaa #1
movb #$FF, DDRB      ;Configure Port B pins as output
movb #$F7, DDRP  ;Configure Port P pins (PP7,PP6,PP5,
                                                 ;PP4,PP2,PP1 and PP0) as output

ldx         #disp1
seg movb 1,x+,ptb
movb 1,x+,ptp
ldy         #10
jsr         delayby100ms
cpx         #disp1+8
bne         seg


ldx         #disp2
seg2 movb 1, x+,ptb
movb 1, x+,ptp
ldy         #500
jsr         delayby1ms
cpx         #disp2+20
bne         seg2
        lbra          loop                  ;End program. Using long loop. 
                                             ; Go to the loop label
       

disp1 dc.b $67, $47
        dc.b $7F, $47
        dc.b $07, $47
        dc.b $7D, $47
        bne seg2


disp2 dc.b $6D,$67
        dc.b $6D,$07
           dc.b $66,$67
        dc.b $66,$07
        dc.b $4F,$67
        dc.b $4F,$07
        dc.b $5B,$67
        dc.b $5B,$07
        dc.b $06,$67
        dc.b $3F,$27
        #include "c:\miniide\delay.asm"
       end

Untuk melihat resultnya boleh di klik di sini

Sekian dari ku. Tamat sudah......

Pai pai...

Cin cau...


Friday, February 24, 2012

Penantian adalah satu penyeksaan


Seksanya hati ini menunggu diri mu, 
Sedar kah kau, 
Hanya engkau di hati  ku, 
Akan ku setia kepada mu, 
Tidak sesekali berubah hati, 
Biar apa yang berlaku, 
Kau tetap di hati ku. 

Hahahaha.... Relax bukan lah pandai sangat duk buat ayat poyo ni.... ok ok tinggalkan yang mengarut ni... Berbalik pada dunia realiti....

----------------------


Pulau pinang, dekat pukul 8am. Seorang pemuda yang bersemangat nak pergi ke lab hampir2 membatalkan niatnya. Ini kerana, sewaktu pemuda itu sedang leka menyelik-nyelik beberapa kenderaan motornya hampir-hampir hilang kawalan. 

Tetapi dengan skill, pengalaman dan gayanya tersendiri dia berjaya mengawal motornya kembali. Lalu pemuda tersebut memperlahankan kenderaan kerana dia merasakan sesuatu tidak kena dengan motornya.
Maka ketahuilah dia kenapa motornya hilang kawalan.

La rupanya, motor pemuda tadi pancit. Selamat tak bersepah dekat situ. Kalau tak tinggal hospital la pemuda 2 sekarang, kelas tak jadi pergi, muet dan test tak jadi ambil. Seeellllaaaammmmaaaat......

Lab dah la pukul 9am. Tetapi nasib pemuda tadi baik kerana motor dia pancit dekat-dekat dengan kedai motor. Cuma satu je masalahnya, kedai tadi tak buka lagi.

Bila kedai 2 buka je, semua masalah setel. Tetapi memang betul apa yang dikata oleh diri pemuda itu “penantian adalah satu penyeksaan.” Tunggu punya tunggu punya tunggu, tak buka-buka kedai 2. Lalu perasaan boring pun muncul di dalam diri pemuda tadi. Disebabkan itu………………………….

Di kiranya setiap kenderaan yang lalu di kawasan itu:

-100 kenderaan setiap 4minit.

Di ambilnya gambar kenderaan yang lalu dekat situ.










Di ambilnya gambar kedai motor 2.


Di ambilnya gambar station "penantian adalah satu penyeksaan"




Di ambilnya gambar awek yang lalu dekat situ 


Akhirnya setelah penat menunggu kedai tersebut buka, tapi tak buka-buka gak. Pemuda tersebut ambil keputusan pergi lab dulu. Habis lab baru pikir nak buat macam mana dengan motor dia tu.... 

Memang dugaan betul la. Masa speaking test group pertama jadi group akhir. Hari ni lak tayar lak pancit... Takpe2 sabar2.....

Hanya mampu tersenyum...

Pai2...


Thursday, February 23, 2012

Speaking test MUET

Speaking test...

Apa kebenda benda ni....

Tak faham betul la...Speaking pun ada test... Pelik-pelik...

Hehe buat-buat tak faham je. Selama ni relax duk  berlatih speaking test mesti tergagap-gagap dan yang paling banyak sekali blur... Al maklumlah otak ku bukan macam otak chip-chip yang ada dekat komputer 2.

Blur sebab takut dan gelabah. Disebabkan ini semua lah hari ni speaking test sebenar. Relax buang semua sifat 2. Tarik nafas panjang-panjang kasi tenang diri, zikir banyak-banyak, selawat dan banyak lagi lah relax buat. semata cuma nak dapatkan ketenangan. Mintak bagi idea datang masa nak speaking nanti.

Alhamdulilah, teknik ku menjadi. Tak tahulah mana datang idea (datang dari yang Esa.), boleh je bercakap. Walaupun agak merapu, tapi sekurang-kurangnya relax ni bercakap.

Macam selalu, isi tak banyak sangat pun, hanya huraikan isi orang je. Hehe teknik yang member aku ajar.

Untuk speaking test ni kami diminta datang pukul 11pagi dan pukul 11.30pagi ujian bermula. Relax punya group dapat kumpulan yang pertama untuk buat speaking test.

Group relax ok je, sebab lagi cepat lagi bagus tak de la takut sangat. hehehe.....

Tetapi, tetapi, tetapi......

Ada satu drama pula yang berlaku. Ada kumpulan girl minta tukar dengan group relax. Diorang nak jadi kumpulan yang pertama. Hai ikut suka ko je nak jadi tukar-tukar. Dah la group girl 2 group paling akhir.

Memang group relax tak nak la. Tak kira girl tak girl, lawa tak lawa, kami tetap tak nak tukar.

Bila di tanya girl 2 jawab dia ada hal lain (ada kumpulan ku kisah... hehehe). Dah kami tak bagi sangat mula la dia nak buat drama. Girl dari kumpulan 2 siap nangis-nangis lagi minta tukar.

Tetapi kumpulan ku, tetap dengan pendirian kami, kami tidak akan tukar (dah macam dayus la pula bagi girl nangis ni...).

Lepas 2 kumpulan girl 2 boleh pula cakap dekat penjaga yang jaga kami untuk muet 2. Lepas 2 yang penjaga muet 2 slow talk la dengan kami. Masa ni relax memang malas dah nak masuk campur, sebab dah tau dah kalau penjaga muet 2 datang mesti kami tak boleh buat apa-apa nye...

Memang betul sangkaan ku, memang kumpulan ku terpaksa akur dengan keputusan penjaga Muet 2. Jadi, nak di jadikan cerita, kami dari nombor first yang sepatutnya start pukul 11.30am menjadi group yang paling akhir sekali dan akan ambil speaking test pada pukul 1.15pm.

Hai memang hot gak la. tapi nak buat macam mana. Tunggu je la dalam bilik 2 dari kul 11.00am smpai kul 1.15pm.

Tak puas hati kut, kesilapan orang lain, group kami lak kena tanggung. hot hot hot hot....

Pe pun macam selalu setiap yang berlaku ada hikmahnya dan hikmah nya ialah relax ada isi nak bercakap untuk speaking test dan tidak blur.. Happy happy happy.....

Persoalannya sekarang ni?
Perlu ke seorang girl 2 menangis sebab perkara seperti ini.... Memang relax tak fahamlah dengan perangai girl-girl ni.... Pelik2...

Sory ye ayat tak teratur....

Blah dengan pisau lu....

Cin cau...

Saturday, February 18, 2012

Projek elektronik dan final year project

Selamat ku ucapkan kepada saudara ku sekalian.

Baru-baru ni, ada buat Final year project (FYP). Tajuk FYP ku, "Spare parts maintenance system."

Satu system yang di buat berdasarkan masalah yang dihadapi oleh kilang-kilang di malaysia.

Agak pening kepala nak buat software ni. Banyak kali gak kepala ku pecah.

Bila pergi perbentangan ada orang kata nak buat software ni senang je. Mu guna mulut senang cakap la wei. Try buat tengok.

Ada dua kemungkinan, sama ada orang yang cakap 2 pro tentang Coding or tak tahu langsung pasal coding. tak tau la yang mana satu.

Bukan ini sebenarnya yang ingin ku cakap kan. Sebenarnya nak tunjuk gambar-gambar yang sempat diambil masa perbentangan FYP ku hari 2.

Tengok bawah ni:

















Hehehe exercise kepala sikit ye.....

Yang kat atas 2 projek kawan-kawan se U ku. Yang bawah ni projek ku.

Projek ku hanya di dalam laptop

Inilah permulaan system ku

Nampak simple kan (Tak semudah yang dilihat, melainkan korang ni power gila pasal coding). Nak hias-hias memang tak reti. Jadi biar la kosong macam ni. 

Bakal menyusul projek kedua ku. "SMART WATERING SYSTEM." 

Bentuk dah siap. Tunggu nak pasangkan circuit dan troubleshoot...

Mintak-mintak jadi la... Amin.....



K lah berhenti di setakat ini dulu. Kita sambung lain hari lak ye....

huhuhu...

Cincau...

Pai pai....

Wednesday, February 15, 2012

Keras kepala




Salam semua, selamat malam, pagi. Tengahari.

Panas-panas, kenapa relax rasa panas hari ni, pelik-pelik.

Memang relax panas dengan girl zaman sekarang. 

Relax panas dengan kaum hawa. Dengar tak kaum hawa. 

Dah fed up dah dengan perangai korang. Keras kepala, tak dengan kata dan degil. Orang suruh jangan buat, korang buat juga. Bila di tanya girl tu jawab “aku ni berpendirian teguh k.”

Berpendirian teguh pe macam tu. Ingat bagus sangat ka. Orang bagi nasihat tak nak dengar, degil. Orang suruh buat benda baik, bukan benda jahat, tak nak dengar gak.

Memang susah la kalau macam ni. bila orang bagi nasihat or marah korang, 2 tandanya relax ni sayang korang. Ni duk uat drama, kata relax tak sayang kat dia la, tak suka dia la. memang siut la korang ni. benda senang pun tak boleh nak ikut ka.

Korang ni memang keras kepala ke. Nak suruh relax ambil hammer ketuk kepala korang ka. Baru nak dengar or nak suruh relax cakap kuat-kuat dekat telinga korang.

Keras  kepala , keras  kepala , keras  kepala , hodoh tau  kalau girl ni keras  kepala . 

Keras  kepala  2 biar la bertempat. Kalau relax suruh buat benda jahat, kalau korang nak keras  kepala  tak pe la. Tapi tak, suruh buat benda baik pun nak keras  kepala  gak. Nak menang gak.

Mai sini nak tanya, ada akal tak?

Tahu tak kegunaan akal tu apa?

Tengok korang macam tak tau je apa itu akal.

Hanya manusia je ada akal kan. Sebabnya kita boleh memilih antara dua, baik or buruk. So, guna akal korang 2 nak menilai yang mana baik n yang mana buruk.

Dah banyak orang dah relax duk bagi nasihat. Depan relax angguk tanda setuju. Belakang relax duk buat apa yang relax larang. Ni pun dapat detect sorang bakal buat macam 2 dekat relax.

Oit!!! Guna akal boleh tak dalam buat sesuatu. Jangan duk buat buat keje pandai boleh tak.

Hari ni pun sama gak (penyebab relax nak publish artikel ni), suruh buat benda baik dekat girl ni. Yang girl ni, boleh lak duk melawan. Hai, ingat umur semakin naik, kepala pun kena naik sekali ke. Umur semakin tinggi, kepala kena lagi keras ke.

Hai girl-girl yang keras kepala. Korang ingat relax ni penyabar sangat ke. Nak suruh relax buat pe, marah korang depan orang lain ke. Nanti Korang gak yang malu.

Kalau macam ni la sifat girl zaman sekarang. Memang iman kena tinggi gila-gila bila nak kawin nanti. 

EErrrmmmm macam mana lagi nak buat ni. kalau tak bagi nasihat buat bodoh je. Semakin menjadi-jadi. Nak suruh berdoa or bertawakal. Kena usaha menasihati dulu.

Girl memang punyai hati yang lembut. Tapi sayang kepala pula yang keras. Sabar dulu, bukan semua girl macam ni. Betul ke!!!!!!! Entah la.

Keras kepala sangat, nanti ambil batu baling dekat kepala korang baru tau. Nak tengok mana lagi keras, batu ke kepala korang.

Betul mencabar kesabaran ku. 

Kalau korang tu laki, memang nasihat sekali dengan penumbuk relax bagi. 

Selamat la korang ni girl. Sentuh korang pun tak boleh. Ni yang buat relax lagi panas. Sebab relax boleh bermain kata je, tak boleh berserta perbuatan.

Hot Hot Hot Hot….

Akhir kata dari ku, nak keras kepala or degil tak de masalah, tapi ikut la keadaan. Ni orang suruh buat benda baik duk degil gak tak nak ikut. Apa kes.

Di kurniakan akal kepada manusia, untuk manusia berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. So, tunggu apa lagi, jangan duk guna otak korang untuk berfikir pasal pelajaran je. 

Guna la juga untuk memilih yang mana baik dan buruk.

Girl memang keras kepala….

Macam selalu, memang la yang keras kepala 2 hanya sebahagian girl. Tapi disebabkan sebahagian ni, relax buat kesimpulan, semua girl keras kepala.

Sory ye.. wahai kaum hawa sekalian….

Cau lu…

Thursday, February 09, 2012

Katakan tidak



Hai… hoi… pehal nak gaduh… gaduh pasal girl, sia-sia….

Memang relax @#$@$% kepada sesiapa yang bergaduh sebab perempuan. Macam 2 gak dengan girl, bergaduh sebab laki, memang relax %!$@# korang. 2 pun nak gaduh. Mesti  lelaki or girl 2 gembira gila ada orang bergaduh demi dia.

Cool dulu bro and sis, bukan nak cakap pasal ni sebenarnya, Cuma nak bagi korang sekalian sedar.

Final Year Project

Hardware VS Software.

Mana lagi hebat dan bagus.

Hard ware
  • Buat project berkaitan circuit.
  • Bermain dengan components, disebabkan itu components mungkin rosak jika connection salah pasang.
  • Kalau dah rosak apa lagi, kena beli lain la, kalau capacitor or transistor rosak takde masalah murah je. Macam mana kalu transformer rosak.
  • Kena fahamkan flow of current or macam mana circuit itu beroperasi.
  • Kalau pasang components lepas tu circuit tak boleh function, kena troubleshoot…

Software
  • Buat project menggunakan software. Dalam erti kata lain hanya menggunakan computer.
  • Bermain dengan coding, kalau tersilap coding mungkin merosakkan satu program dan seterusnya kena buat coding baru.
  • Kena fahamkan semua coding baru boleh buat sesuatu program.
  • Dah siap tulis semua coding, kena kesan error pula. Bertujuan untuk mengelakkan sesuatu system punyai masalah.
  • Kena jadi dua orang dalam satu masa, pengguna dan programmer.

Kepada sesiapa yang berakal cuba cari apa beza antara keduanya. Cuma perbezaan antara keduanya ialah hard dan soft je kan.

Sebenarnya kedua-duanya sama je. Cuma hard  bermain dengan benda di alam nyata. Manakala soft bermain benda dia alam maya yang kadang-kadang kita pun tak faham apa maksud dia. Bahasa machine la katakan.

Kepada orang di luar sana sebenarnya buat FYP berkaitan software dan hardware sama je. Keduanya susah. Kalau korang pening dengan circuit, programmer pening dengan coding. 

Ayuh hentikan angapan yang mengatakan coding itu senang. Cuba la korang try masuk dalam dunia seorang programmer kalau nak tau betul ke tak apa relax cakap.

Korang boleh geng relax la, dulu pun relax cakap programming itu senang. Selepas relax masuk dunia programmer, memang pecah pala. 

Masuk dunia programmer, siap buat projek mega lagi. Memang terkejut terus. Pecah pala ibarat kena ketuk dengan hammer.

Tetapi, kalau korang betul-betul mahir pasal kedua-duanya iaitu software dan hardware, memang senang korang nak buat projek berkaitan kedua-duanya.

Itu je lah kesimpulan yang relax boleh buat….

Peringatan:-
Hindarilah diri kita dari memperkecilkan orang lain dan berkata senang dalam sesuatu perkara jika kita tidak pernah berbuat perkara tersebut.

Akhirkata dari ku, katakan tidak pada memperkecilkan orang lain

Sedar-sedarlah ye….

Cau lu…

Final Year Project (Presentation)




Salam perkenanlan ku ucapkan …

 9 Feb 2012, hari khamis, .. bermulalah perbentangan FYP kat u relax. Relax dapat sesi ke 2 iaitu pukul 10am. Masa nak tunggu pedaftaran untuk FYP. Relax tengok semua kawan se U dengan relax bawa projek-projek FYP diorang. Fuuuuh gempak gile, macam-macam prototaip ada. Yang paling simple dan cool group sapa lagi, group relax la. Bawa laptop je untuk FYP.

Orang lain tertanya-tanya gak apa projek yang relax buat sebab tengok kat tempat relax bentang tu takda apa-apa. Yang ada Cuma laptop. Budak-budak lain semua ada circuit dengan laptop atas meja tempat diorang nak bentang. Sampai pekerja dekat situ pun tanya relax apa relax buat.

Bila relax cakap apa yang relax buat dia buaty muka pelik. Tak kurang juga ada yang mengatakan projek relax ni senang. Sebab bermain dengan coding je kan. Ada juga yang mengatakan” jimat gila projek FYP ko, tak payah keluarkan duit satu sen pun, hanya bermodalkan satu Software iaitu Visual Studio.”

Masa diorang cakap projek relax senang,s ebab main dengan coding. Relax hanya tersenyum, padahal dalam hati membara-bara. Memang time tu rasa nak _________ je orang tu. Relax dengan partner relax pecah pala buat benda ni. siap tanya semua lecturer dekat U relax pasal masalah yang relax hadapi. Semua lecturer yang relax tanya tak tau nak buat. Boleh diorang kata system yang relax buat ni senang. @^&%( punya orang.

Apa-apa pun, banyak gak ilmu yang relax dapat dalam FYP relax. Tak kisah pun korang nak cakap apa, yang pasti lepas ni relax tak akan pandang rendah kepada siapa yang menceburi bidang dalam programming. Baru lah relax tau bukan senang nak siap kan sesuatu system. Dalam erti kata lain, senang bagi pengguna, pecah pala bagi programmer.

Selama ni, relax guna sesuatu program, tak pernah terfikir pun macam mana nak buat dia. mungkin lepas ni kalau tengok je sesuatu program akan keluar dalam kepala otak relax macam mana nak buat. Hehehe…..

Akhir kata dari ku, relax boleh berbangga dengan projek dan segala pujian tentang program ku, boleh diterima oleh ku, tanpa rasa serba salah. Ini  kerana, projek ini ialah projek ku, yang dicipta daripada ku. Tidak ada unsur ciplak. Macam mana lak dengan korang (kawan se U ku), adakah projek korang ciptaan korang or ciplak. PIkir-pikir kan la ye….

Apa-apa pun waaa tabik dekat orang yang buat projek mengunakan  otak dia sendiri dan takda unsur ciplak. wacaya samalu… otak lu memang power…..

Harap maklum,

Hehehehehe

Cau lu…..

Tuesday, February 07, 2012

Lelaki yang bermegah-megah


Salam semua…  

Tulis santai sudah la, tak perlu guna ayat novel kut. Asal orang paham dan boleh ambil iktibar sudah.

Agak Korang malas nak baca kisah ni, baca pengajarannya dah la. 
Hehehehe….. Smile J 

Pada hari khamis yang lalu: 

Aku dah sahabat ku pergi ke tempat orang duk berlatih  silat. Pergi situ terjumpa pula dengan pelindung badan. Apa lagi aku pujuk lah kawan aku pakai benda 2 lepas tu lawan dengan aku.

Hari sebelum nya:

Dia cakap silat yang dia ada adalah sebaik-baik silat. Aku pulak cakap sebaliknya. Pikir logik.  Mana ada silat sebaik-baik silat. semua membawa kepada yang satu. Penciptaannya pun dari yang satu. Start dari kejadian ni aku dah bertekad dalam hati aku, aku akan bagi dia sedar sikit. Hehehehe….

Sambung balik:

Kawan aku tu pun pakai lah pelindung badan tu. Then, aku ajak dia pergi ke tempat yang terpencil sikit. Apa lagi mula lah perlawanan antara aku dengan dia (tak da la sehebat pendekar… hehehe)…  Aku dengan berlagaknya menggunakan segala teknik yang aku ada menyerang dia, kawan aku 2 hanya bertahan ja.
lepas aku tengok dia asyik bertahan je, aku pun berhenti dan suruh dia guna silat dia. bila dia dengar je aku cakap cam 2 terus dia guna.

Kawan aku berdiri tegak membuka dadanya berhadapan dengan aku. dalam hati aku tergelak, pehal la mamat ni buat cam ni, lagi senang la aku nak pukul dia. sangkaan aku betul, memang dia kena pukul dan tak dapat nak elak serangan aku.

Lepas 2 dia minta aku stop dan cakap kita lawan lain hari la, seluar aku ni ketat, susah  nak gerak. Ok tak da masalah. Aku siap kutuk lagi dia sebab bagi alasan seluar dia ketat. Alasan tak boleh diterima la bro.

Lepas perlawanan:

Aku jumpa dengan veteran silat, then dengan megahnya cerita kat dia pasal kejadian tu siap gelak2 lagi kat kawan aku depan veteran tu (bik kau baru kau tau, bukan senang nak elak serangan orang).

Hari sabtu:

Aku pergi rumah member aku 2 untuk buat project. Siap tidur dekat situ lagi. Ke esokan pagi baru balik rumah. Petang ke esok harinya, tubuh aku tak bermaya,demam, kepala aku pening dan leher aku lebam. Memang time 2 macam-macam bermain di fikiran aku: hospital, kubur, pehal dengan diri aku, tak pe2 dugaan ni. 

Malam 2 terus Ko. Pening pala dan kesejukkan, aku pun pelik pehal aku jadi macam ni. Tak pernah seumur hidup aku jadi cam ni.

Ke esokkan harinya: 

Badan aku beransur sembuh tetapi lebam di lehar ku masi terasa sakit, veteran silat mengatakan  kejadiaan semalam melibatkan seseorang dan boleh jadi orang itu ialah kawan yang aku ajak lawan khamis hari 2. Atas dasar tak puas hati lah dia buat kat ko macam ni. Veteran silat juga mengatakan ada orang nak test ilmu aku tinggi mana dan lebam di leher bukan lebam biasa. Tapi lebam di cekik. Pas 2 diberinya aku air ubat dan di suruh selawat dan minum.

Lagi aku pelik, biar betul ada ilmu boleh test2 ilmu orang ni. mustahil, mungkin leher aku di gigit serangga masa aku tido. Kawan aku tak kan la nak buat macam 2 kat aku. lagi pun  umur dia sama aku ja.  Mustahil dia ada ilmu test-test ilmu orang ni. Yang paling tak bestnya bila aku rasa sakit je leher aku, aku akan teringat peristiwa malam 2 dan bermain-main dalam minda ku apa penyebab sebenar lebam di leher ku.

Pelik tapi benar:
-Lebam di leher dahulu pas 2 demam, badan tak bermaya,pening.
-Demam hanya waktu petang hingga malam… Pas 2 ok.

Tapi bila aku pikirkan balik, mungkin betul kata veteran 2, sebab aku menyindir dia, bermegah dan angkuh dengan diri sendiri. (Sifat yang tidak patut ada dalam diri seorang hamba yang lemah.)

Apa-apa pun aku tak boleh menuduh sebarang, mungkin ini ujian yang diberi Allah kepada aku. Redha2…..

Aku bersyukur pada mu Ya Allah sebab menyembuhkan demam dan pening ku. Alhamdulilah….

Ya Allah jauhi diri ku ini dari sifat2 yang kau tidak redhai. Amin

Pengajaran
-Sentiasa lah rendah diri dalam sesuatu urusan
-Jangan bermegah-megah
-Hindari dari menyakiti hati oran lain
-Hindari dari memandang rendah terhadap orang lain

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!