Monday, January 30, 2012

Sambungan: Jadi diri sendiri


Jadi diri sendiri
Sambungan dari entri jadi diri sendiri

Rasa serba salah rasanya kalau relax tak bagi tau, apa yang relax cakap dalam entri yang lepas hanyalah pada luaran atau zahirnya

Sebenarnya diri itu punyai maksud yang sangat-sangat mendalam dan mungkin juga susah diterima akal bagi siapa yang tidak merasainya .

Tidak beberapa arif lagi rasanya relax nak menceritakan.

Just nak korang tau.

“Barang siapa mengenal dirinya nescaya kenallah ia akan tuhanya”

Cuba fikirkan ayat di atas. WHY?

Jasmani dan rohani
Apa itu jasmani, apa itu rohani.

Zahir dan batin
Apa itu zahir, apa itu batin.

Jiwa dan raga
Apa itu jiwa, apa itu raga.

Dah la tak nak post banyak-banyak pasal ni… Takut nanti kena tegur dengan orang yang lebih arif.

Akhirkata:-
-Hindari dari salah sangka, itulah sebabnya sambungan ini diadakan.
-Tegur diri ini jika melakukan kesalahan.

Cau lu….

Saturday, January 28, 2012

Senyum itu satu sedekah, tersilap senyum mengundang padah



Senyum itu satu sedekah, tersilap senyum mengundang padah

Apa tu? Ambil ayat ni dari mana?

Kalau tak senyum orang kata kita sombong. Nak buat apa ni?

Senyum kepada sesama ahli keluarga dan kaum sejenis tidak ada masalah.

Tapi macam mana kalau senyum kepada kaum lawan jenis?
Pernah terfikir tak…..

Akibat senyum  kita ke atas bukan mahram, antaranya:-
Dari sudut positive: orang 2 akan kata kita tak sombong.
Dari sudut negative: Timbul perasaan bukan-bukan dalam diri orang tu.

Memanglah senyum itu adalah sedekah. Kita digalakkan untuk senyum, kerana senyum boleh menimbulkan suasana harmoni di kalangan manusia. Senyum juga boleh mengelakkan pemusuhan sesama kita. Selain itu, senyum juga adalah penawar mujarab dalam memperbaiki pemasalahan antara manusia.

Tetapi senyuman juga haruslah kena pada tempatnya. Jangan senyum bertujuan maksiat seperti senyum antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram sehingga lahir perasaan yang bukan-bukan.

Kesimpulannya, pandailah memilih yang mana baik dan buruk untuk diamalkan. Jangan biarkan senyuman sedekah menjadi bala dan maksiat. Sia-sia je kalau perkara ini berlaku….

Harap maklum ya….

P lu….

Cincau…

Tata ……

Jadi diri sendiri



Salam semua orang yang berkunjung kat blog relax yang tidak seberapa ni… Sudah menjadi tugas ku menyampaikan. Walaupun  tidak lah sepandai ahli ulama, tidak sepandai ahli sufi, tidak sepandai ustad-ustad, tidak sepandai orang-orang yang mengaji agama dan ahli-ahli ilmu yang lain..

Sebelum berbicara dengan lebih lanjut, ketahuilah relax sering melakukan kesilapan.. Jadi tergurlah jika apa relax cakap kat bawah ini salah….

Ada terjumpa seseorang yang bercakap dia nak menjadi diri dia sendiri….

Apa ertinya JADI DIRI SENDIRI?
Anda faham tak?

Pernah dengar tak seorang artis Malaysia mengunakan perkataan ini, sehinggakan dia pergi haji tapi balik tak ubah pun penampilan dia. Bila ditanya dia jawab "Tak perlu hipokrit, jadilah diri sendiri. Sebelum pergi macam ni, balik pun macam ni la"… Lebih kurang macam tu lah ayat dia.

JADI DIRI SENDIRI……….

Apa tu? Pernah fahamkan betul-betul tak apa maksud ayat ni sebenarya.

Relax rasa semua orang tahu, kenapa kita di atas muka bumi ni kan. Kenapa kita perlu ada di atas muka bumi ni. Kita adalah khalifah di atas muka bumi ini. Untuk kita beribadat mendekatkan diri kepada yang Esa. Untuk kita melakukan segala suruhannya dan meningalkan larangannya. Inilah tujuan sebenar kita sebagai manusia yang lemah di sisi Allah. Supaya kita menghambakan diri ke atas Nya.

Bila muncul je kita di atas muka bumi ini, kita telah berpegang kepada satu tujuan iaitu mengabdikan diri kepada Allah SWT. Nampak tak siapa diri kita sebenar dan apa tujuan kita diciptakan. 

Setelah beberapa lama kita tinggal di dunia ni, kita lupa sapa diri kita, kita lupa tujuan asal kita di atas muka bumi ini. Kita leka dengan dunia ini, kita lupa dengan Allah SWT. Kita lupa tangungjawab kita sebagai khalifah. 

Ok, kita berbalik kepada ayat tadi, JADI DIRI SENDIRI.

Bila kita cakap je, “Saya nak jadi diri saya sendiri.

Sapa diri kita sebenarnya?
Khalifah di muka bumi ini kan.

Apa tugas kita?
Mengabdikan diri kepada Allah SWT kan.

Sudah jelas di sini bahawa jadi diri sendiri ialah menjadi khalifah di muka bumi ini dan seterusnya mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Jadi, kepada siapa yang cakap “Saya nak jadi diri saya sendiri” relax expect orang yang cakap tu tahulah apa itu JADI DIRI SENDIRI

Jangan jadi macam artis kita tu k: Menyalah tafsir apa maksud Jadi diri sendiri…

Tuntasnya, jika kita meninggalkan segala suruhan Allah SWT, sebenarnya kita tipu diri kita sendiri. Kita telah lari dari diri kita yang sebenarnya.

Secara amnya begitulah... 

Hehehe 

Nak keterangan lanjut cuba tanya orang yang lebih arif…

K lah cau lu….
:)

Thursday, January 26, 2012

Final Year Project aku....


Yoyo kicap tamin…. Lama gila relax tak update blog ni… Maklumlah kepala tengah pusing, tengah pening…. Kecewa, sedih, cemburu, marah, dan bla bla bla bla bla…

Relax sedih sebab tengah potong bawang tadi… sedih nya… ada sapa-sapa boleh bagi ubat tak... pusing sebab relax tengah memusingkan diri… kecewa sebab dah nak rasa kecewa , nak buat macam mana lagi.

K2 tinggalkan segala yang merapu… Jom berbalik pada topic sebenar…

Study kat Universiti ehem ehem ehem…

Ambil cos berkaitan elektronik...

Dalam otak punyai ilmu elektronik

Tapi

Tapi

Tapi

Tapi

Bila dah sem akhir buat Final year project berkaitan System.

Pe ni, ilmu elektronik relax ada la. pehal lak programming ni. adoiya… Pada mulaya sengaja nak buat sesuatu di luar bidang, nak mengkaji dan belajar benda-benda barulah katakan. Nak cabar diri la kononnya…. Ambil kau tercabar gila….

Relax membuat satu software untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh industry sekarang.

Buat system ini menggunakan visual studio 2008.

Apa itu visual studio 2008?
Pernah guna tak notepad, calculator dalam computer, VLC, google chrome, mozilla, hacker tools, crack, patch dan sewaktu dengannya. Haaaa, semua ini boleh dibuat menggunakan Visual studio. Nak keterangan lanjut sila google ye.

Sambung balik luahan perasaan….

Bila di ingatkan balik, kenapa lah relax g buat system. Barulah relax tau rupanya nak buat software berbentuk GUI bukan nya mudah.

“Mudah bagi pengguna system, pening bagi pembuat system.”

Pening pala sebab menggunakan multi form dan database. Pecah pala, tanya lecturer, lecturer pun kena cari macam mana nak buat (tanya lecturer yang mengajar visual studio kut). Cari dalam internet tak jumpa-jumpa cara nak selesaikan masalah ini.

Cuba korang pikir, kat sapa lagi relax boleh tanya ni, nak tanya pembuat software winamp, VLC, google, Microsoft office, sory la, semua pencipta software ini bukan duduk kat Malaysia.

Pening pala oit….. nak buat cam mana ni…. ada sapa-sapa boleh tolong tak…. Ada sapa-sapa kenal orang yang pandai visual studio or visual basic tak….

Tolong tolong tolong

Nak buat teruk sikit…

Tolong tolong tolong

Tolong tolong tolong

Dah la cau lu….. 

Wednesday, January 18, 2012

Tinggalkan segalanya...




OK or KO mana satu aku nak pilih ni….

Tak tahu, tak tahu, tak tahu….

Tolong aku pilih boleh tak….

Hehehe…..

Cabaran untuk melupakan segalanya…

Cabaran terhadap diri ku…. Ok aku sahut cabaran ni….

10
9
8
7
6
5
4
3
2
1

Reset data…

3
2
1

Overwrite data…

2
1

Update data…

Tinggalkan segalanya…

Tinggalkan segala yang tidak punyai harapan. Tinggalkan segala yang sia-sia.

Jangan risau ya… lepas ni aku tak akan cakap dah pasal perkara-perkara macam ni kat kau.

Baru aku sedar, rupanya ini semua hanyalah satu dugaan dan balasan kepada ku…

Hikmah yang aku dapat:-

-Jaga mulut bila bercakap.
-Kembali kepada Nya jika ada sebarang masalah.
Dan banyak lagi…

Sekian,

Tamat…..

(Buang yang keruh ambil yang jernih)
(Buang yang buruk ambil yang baik) 

Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai

Dekiru.......

Thursday, January 12, 2012

Kenapa kau suka dia


Sory2... Mintak maaf banyak2 relax. Aku jadikan ko punya blog tempat 143. Jangan marah ye....
Ada orang tanya, aku kena jawab la..

Eeem setelah difikirkan dan di pertimbangkan. Oklah hari ni aku akan jawab soalan kawan aku. 

Ada seorang kawan aku ni tanya aku "Kenapa aku suka si Dia sangat." Wahai kawan ku yang ku kasihi cintai, rindui, sukai baca ni ye.

Biar aku  bagi pembayang je. Penah dengar tak cintun itu buta. Ha, macam kes aku la.

Memang la kalau tengok dia, muka tak macam Diana Daniel pun. Tapi nak buat macam mana dah hati aku suka dia. Bab cintun ni memang kita tak boleh nak hilangkan or nak munculkan. Kita hanya boleh mengawal je. 

Kalau boleh di hilangkan memang aku nak hilangkan. Biar tinggal cinta pada yang Esa, ilmu n family aku. 

Sebab waktu belajar ni perasaan 2 tak perlu ada lagi, pada aku la. Tapi nak buat baut macam mana, kat mana silap aku entah, tiba-tiba je perasaan ni muncul. Ada la 2 hikmah dia. 

Hehehe aku hanya boleh bagi pembayang je. Sebab yang paling utama biar la rahsia. Kalau bagi tau pun tak guna, sebab aku dengan dia takda pe2 pun. Hopeless... 

Sapa yang tanya aku soalan ni. Cepat2 la baca ye...

Pengajaran untuk hari ni:
Cintai yang esa, hati akan tenang. Cintai manusia belum tentu lagi. 

Sekian.....

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!