Friday, December 30, 2011

Kemaruk nak berbini


Perasan x semenjak dua menjak ni ada saje artikel bab2 cintan ni… Sebenarnya relax agak geli n malu nak post. Tapi nak buat macam mana mamat merapu nak suruh post gak. Macam biasa, dah nama pun mamat merapu memang dia suka merapu. Ada saja imaginasi dia. Nak buat macam mana, tanpa mamat merapu memang x update lah blog ni.

Hari ni Cuma nak sampaikan pesanan dari mamat merapu. Tengok dekat bawah:

Kenapa ada orang tanya aku, "Hang kemaruk nak kawin ka?". Ni yang aku panas berasap-asap ni. Tak kan la sebab aku post pasal cintan2 ni kau kata aku kemaruk nak kawin. Pelik2 la. habis 2 penulis novel yang ada tulis pasal cintan-cintan 2 kemaruk gak ke nak kawin.

Aku masih waras la. kau ingat kawin 2 pakai apa. Pakai daun ka. Kalau pakai daun memang aku kemaruk.  Nak jaga orang lagi, diri sendiri pun x terjaga macam mana la nak jaga orang lain. Nak tanggung dosa orang lagi. Dosa sendiri pun tak tertanggung. Sudaaaah-sudaaaahhh hentikan semua ini, kenapa kau berkata sebegitu kepada ku. Aku xmau kawan kau. Merajuk la dengan kau kalau macam ni (saje uat teruk, hehehe).

Haaa lagi satu lupa nak bagi tau, ada orang kata muka aku ni macam kasanova la,  boleh jual la, banyak gf la, suka main girl la dan sewaktu dengannya. Hehehe… Aku xmarah pun orang yang kata aku macam 2. Tapi agak x syok la, sebab semua gelaran yang negative. Kalau cakap muka aku ni macam ustad ka, wali ka, orang berilmu ka dan sewaktu dengannya kan lagi bagus hehehehe….. Cuma aku tertanya-tanya korang ni biar betul, perli aku ke..…

Sebenarnya itu semua permainan minda ja. Cuba set kan minda korang sebaliknya mesti korang akan Nampak sebaliknya. Sebagai contoh, korang Nampak mamat ni hensem gile, cuba setkan dalam minda korang mamat ni x hensem, mesti korang nampak mamat 2 x hensem. Begitu juga sebaliknya. Inilah yang dipanggil "Power of the mind."

Akhir kata dari ku:
Dalam dunia ni semua orang di jadikan punyai rupa paras yang elok Cuma kita sebagai manusia ni ja yang membezakan.

Ok la relax, sampai di sini je pesanan ku buat saudara-saudara ku sekalian…Sambung…

Laaa dah habis ka,
Dah la relax tak tau nak cakap apa ni…
Kita cau je la.....

Wednesday, December 28, 2011

Semua salah aku


Salam semua,

X habis-habis mamat ni duk kacau relax. Duk minta kebenaran nak tulis dekat blog relax. Jum kita tengok apa yang mamat ni nak tulis sangat.

-------------------------------

Lalalalala.....
Rasa nak nyanyi lak.....Tapi suara x sedap, nak buat macam mana ni...
Asal nyanyi hujan turun. Asal nyanyi bunyi guruh. Asal nyanyi kilat dan ribut datang.
Bape banyak asal la.... Biarla aku penulisnya....

Ok, ari ni jum kita sembang santai.
Hahahaha gelak kat diri sendiri. Gelak sorang2 la.
Kesian betul aku tengok diri aku ni. Duk gelak sorang2. Katakan tidak pada kesian.

Sebenarnya semua cite ni aku yang buat sendiri. Akulah pencipta segalanya.
Bukan ini cara islam. Aku tahu semua ini salah.
Kisah bermula sewaktu melafazkan. Kisah yang tidak ada penghujungnya. 
Mungkin juga masih mencari penghujungnya.

Tapi nak buat macam mana. 
Tidak boleh diundur.
Aku kena hadapinya. 
Aku tidak ada pilihan.

Timbulkan kekuatan ke atas diri ku.
Itu yang ku pinta.

Tu la dulu duk cakap besar.
Aku kebal lah bab-bab ni.
Skang macam mana bro kebal lagi tak.

Duk kutuk sangat orang bercinta.
Siap mencari lagi apa itu cinta.
So, cam mana bro. 
Dah dapat belum apa itu cinta.
Siap gelak lagi bila orang duk tulis puisi cinta.

Skang kena batang hidung sendiri. 
Apa kau rasa bro.
Tak pe tak pe.
Perasaan yang dikurniakan dari yang Esa.
Aku bersyukur pada mu Ya Allah.
(Bagus2, ini tandanya aku ni normal, yes2 aku normal. Yeaaahhhh)

Agak bagus, bila benda ni semua berlaku dekat aku.
Macam-macam benda dah aku belajar.
- Cara nak kawal perasaan aku.
- Cara meredhakan dengan ketentuan Mu.

Tapi bila difikirkan balik, agak lawak.
Macam manalah aku boleh terjebak dalam hal-hal macam ni.
Allah maha adil...
Ambil kau, kutuk sangat perasaan cinta dulu...

Luahan yang dilakukan tanpa berfikir panjang.
Macam ni la jadinya.

Peringatan2:
Tak payah la nak kesian sangat kat aku ni.
Sesungguhnya semua ini berlaku atas kesilapan aku,
Silap aku kerana meluahkan walau sudah tahu tidak boleh buat apa-apa.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Sudah tentu, aku pasti....

Lupa nak bagi tau. 
Benda yang paling penting aku belajar bila aku dilanda benda-benda cam ni ialah aku belajar relax, buat muka relax, buat muka xde perasaan dan silap perasaan. 

Agak-agak korang la, korang paham x. 
Biar aku terangkan silap perasaan 2 apa.
Macam ni, situasi happy korang buat muka sedih. Bila situasi sedih korang buat muka happy dan sewaktu denganya. Ala pikir logik la. Banyak orang kata bila happy kita buat muka happy. Jadi skang ni cuba terbalikkan, bila happy buat muka sedih...

Benda ni paling penting, untuk mengelakkan orang dari baca pikiran korang (yela 2).

Relax dalam apa jua perkara (prinsip hidup buat masa skang)

Akhir kata dari ku, relax-relax sudah.
Semua orang akan merasai perasaan ini. Perasaan cinta dan KECEWA.
Itulah sebab kenapa perasaan ini ada.

Peringatan!!!
Jangan duk uat teruk, kesian apa kat aku. Padan muka aku la. Balasan keatas perbuatan lampau ku.
Ulaaaaaannnngggg, jangan duk kesian sangat orang macam aku ni. Sapa la aku perlu dikesian oleh orang lain (ayat pasrah, nak uat cam ne, aku memang suka uat ayat pasrah, hobi2....)

Fuuuuuhhhhh kalau lah dia boleh baca....

Tambahan...
Artikel sebelum ni aku ada mengatakan 'No couple before akad.'
Ambil contoh aku la (Pehal diri aku menjadi contoh lak ni. yela contoh paling terdekat.). Aku suka dekat seseorang tapi aku tak nak couple dengan dia. Sebab aku pikir apa keistimewaan yang aku dapat bila couple dengan dia. Tak ada apa-apa. Kalau dah suka 2 pegi la masuk meminang. Tolak or di terima belakang kira. Tapi yang bab meluahkan sebelum ada hubungan yang sah memang salah. Yang 2 jangan ikut. Tak ada dalam islam.   

Sekian,
Kalau ada jodoh tak ke mana, susah macam mana pun kalau dah jodoh (ayat kawan aku, pinjam ye, jangan marah)

Haha... 
Relax!!! Sory la jadikan ko punya blog tempat aku meluahkan perasaan....

Yang benar 
Mamat merapu.....

-----------------------------

La nak meluahkan perasaan ka. Mamat ni la, x habis-habis dengan kisah hidup dia. Mamat 2 ada tinggalkan pesanan. Baca bawah ni...

Warning!!!!
Kalau korang kenal aku. Xpayah la nak cite kat kawan2 aku pasal kisah cintan-cintan aku ni. Bukan apa kalau x betul jadi fitnah lak. Len la kalau aku cakap sendiri kat korang pasal benda cam ni.

Mamat ni la, siap bagi warning lagi. Buat teruk. 

Dah la...
Cin cau....
Sejenis air.....


Monday, December 26, 2011

Berimaginasi


Di waktu pagi, kedengaran bunyi keyboard... Tap tap tap.....
Bercahayakan lampu pendaflour...
Bertemankan laptop dan handphone ku.... Otak ku yang berfungsi dari xdi, x rehat2.....
Ooohhhhh pedih mata ku terkena cahaya dari laptop ku..... aduh2 aduh2.....

Oit2..... Wei.... Hoi..... Sila beri perhatian.....

Assalamualaikum ana ucapkan kepada anta anti antum ana nahnu (biar la apa pun)....

Salam semua.....

Lama gila rasanya x tulis ayat2 pasrah ni.

3

2

1

Mula......

Benda yang muncul di waktu kesunyian.

Haha memang lawak. Saat aku berkawan dengan kau aku xsedar sapa aku.
Bila dikenangkan balik memang menyesal. Nyesal dengan perasaan ini.

Aku x ukur dri aku sebelum melakukan sesuatu.
X pikir panjang. Bila dipikirkan balik macam langit dengan bumi.

Aku xde pe2. Tidak ada keistimewaan apa-apa.(x habis2 dengan ayat ni)
Memang nak tergelak bila dipikirkan balik.

Kenapa la ikut suka aku je meluahkan perkataan 2.
X pikir panjang.

Aku dan terbayang dah masa depan aku macam mana.
Tengok dia atas pelamin lak.
Bau jadi lagu macam tenda biru.
Haha memang bohong la kalau aku kata aku x sedih time 2.

                                            

Pas 2 dia bubuh ayat "Aku x akan terima kau, memang x akan (n sewaktu dengan'a ala macam dalam drama)."

Macam2 lagi la benda negatif yang aku bayangkan dan dah bersedih dah skang ni (poyo betul aku ni).
Maklum la kena bersedih awal. Nanti bila kejadian 2 betul2 berlaku x la sedih sangat.

Inilah sebab kenapa aku suka lagu-lagu emo.

Ala macam kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.
Sedih dahulu sebelum kejadian yang sebenar berlaku.

Haha aku ni terlalu berimaginasi.

Betul macam drama la kalau benda ni betul-betul berlaku.

Redhakan hati ini Ya Allah.

Akhir kata dari ku:-
Empunya diri kau berhak menetukan hala tuju hidup kau.

Blah lu..

Cau cin cau...

(Haha n gelak = kesedihan yang x nyata...)

Monday, December 19, 2011

CompTIA A+ 2009 In Depth download



Anda buta komputer, tak tahu apa-apa langsung pasal komputer. Ingin pengetahuan pasal komputer. Ingin menambah ilmu pasal komputer.

Tidak perlu bayaran, free je kut....

Buku ini menceritakan segala asas-asas yang korang kena tau pasal komputer: Cara nak tukar RAM, apa itu motherboard, troubleshoot n banyak lagi. Sesuai untuk orang yang nak menambahkan pengetahuan dalam bidang komputer.  

Jom download buku free....

Buku yang agak mahal, x sangka cari2 boleh jumpa.... 

Terbaik....

Download kat sini


Akhirkata dari ku,
"Pentingnya ilmu untuk hindari diri daripada ditipu oleh orang lain."

Cau lu....


PC talk with notepad

Waaaahhhh agak menarik.

Selepas penat menjelajah alam maya.

Terjemput benda ni, tak sangka notepad leh uat macam ni...

Macam google translate....

1. Buka notepad.

2. Copy ayat kat bawah ni.


Dim message, sapi
message=InputBox("Tulis je apa2 pun","Aku boleh bercakap")
Set sapi = createobject("sapi.spvoice")
sapi.speak message

3. Paste kat notepad



4. Save as 'pepejenama.vbs'

5. Setel....

Credit to Mr Google....

Sunday, December 11, 2011

Dari hati


Hola semua...

Merayu-rayu mamat ni suruh relax post artikel dia. Dia kata artikel ni di copy dari dalam hati dia. Dia juga kata dia tuju kat semua orang yang dia kenal. Dia juga kata, minta maaf bnyk2 sebab selama ni duk kacau hidup korang. Akhir sekali dia kata jaga diri eluk2.....

---------------------------------------

Dah penat mulut ini berbicara oit… x dengar2 gak… pelik betul la… apa la salah aku…. kalau apa yang aku cakap salah gtau aku. jangan duk diam ja…

Kepada orang yang mengenali diri ku, ketahuilah aku uat ni semua bukan sebab aku jeles, dengki, x suka korang, dan sewaktu dengannya. 

Aku uat ni sebab aku xnk tengok orang yang aku kenal jadi orang yang bukan2…. 

Naluri untuk dimiliki dan disukai adalah fitrah. Bukan salah kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah.

Aku duk jaga korang, korang x jaga diri korang. Macam mana ni. 

Patut la bila aku cakap. Aku rasa macam bercakap dengan bayangan dalam cermin. 

Bila diberi nasihat masuk kiri keluar kanan.

Aku dah xtau dah nk cakap apa.

Skang ni macam ni la….. Lepas ni korang uat la pe yang korang nk uat aku x kesah n aku x nk bik tau. : ) 

Korang nk jatuh dalam kegelapan. K xpe silakan . Memang aku x de hak pun nk halang korang.
: ) 

Pe2 pun aku berdoa agar aku dan semua orang yang aku kenal x jatuh dalam lembah kegelapan.

Saya keluar dengan dia makan2 je bukan buat apa2 pun?

Baca balik kisah Adam dan Hawa. Dan jadikan iktibar.

Sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.” (Al-A’araf:ayat 19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

(lasia87.wordpress.com)

Aku couple, tapi jaga batas2 pergaulan?
Ikut suka korang la… dah besar panjangkan…. Mmg aku tabik kat korang la, sebab korang boleh jaga batas2 pergaulan….bagus2 kuat iman….. dapat tunduk’n nafsu… boleh ajar aku…

Aku couple dengan dia sebab aku ada niat nk kawin dengan dia….. bukan sebab suka2..?
Ikut suka korang la….

Nisbah girl lebih banyak dari boy, ini bahaya ni.. kena cari laki cepat…. Laki minta couple aku perlu cakap yes, jangan jual mahal, peluang mcm ni bukan dtg selalu?
Ikut suka korang la….. sape aku nk menghalang… bukan abang or bapa korang, abang or bapa korang xpe je. Ni x, aku yang lebih2….ish2… x sedar diri betul la…..

Kalau aku x couple skang, takut nnt xde orang nk kat aku. Sementara orang duk mintak couple dengan aku baik ak terima ja.. lagi pun laki 2 baik?
Ikut suka korang la, tp selagi seseorang itu bergelar manusia, dia tetap ada nafsu…. Nak jumpa laki yang boleh menundukkan nafsu dia zaman skang ni susah dah…. Mngkn 20 peratus. Mngkn laki 2 xbuat ap kat korang, tp dlm diam duk tengok badan korang (zina mata). Pas 2 berzina hati (zina hati iatiu khayalan berahi dengan kekasih).

Kalau x couple macam mana nak kenal hati budi dia?
Ikut suka korang la, nmpk’a aku kena couple dengan semua kawan2 aku ni kalau nak tau hati budi diorang.

Pehal kau ni anti couple sgt ni?
-------------------------no answer………………….. pikir sendiri……

Mungkin aku perlu betulkan diri aku dulu, baru apa aku cakap masuk dalam hati seseorang. Tp kalau dibiarkan agak sedih, klu orang yang dulu ok tiba-tiba ko. Errrmmm entah lah..

Sory ye….

Peace no war….

-----------------------------------------------

Pe la yang mamat ni uat. couple 2 perkara besa la... zman skang kebanyakkan semua bercouple.... 

Yang baik: 
couple pas 2 jaga batas2 pergaulan tapi duk bersayang-sayang, berabg-abg macam orang dah kawin.(btl ke!!..... pikir sendiri) 

Yang kurang sikit:
Macam orang dah kawin terus.  

Betul ke macam ni.... Entah la labu...

Betul ke tindakkan mamat ni suruh relax post benda2 cam ni, biar la kat dia. Dia meluahkan perasaan la 2.... 

Lagi satu mamat 2 gak pesan, 
"Bila dia ada bagi pendapat or bercakap sesuatu, kalau orang yang dia kenal x setuju or nk tegur dia, silakan.... Dia xnk bercakap dengan bayangan dalam cermin dah, hanya mengangguk.... X tau setuju ke x dengan dia....."

"Kalau nk ceramah dia, silakan."

Akhirkata dari ku, bersamalah kita meningkatkan dakwah dari benci dengan hati ke lisan lak... Kan benci dengan hati selemah-lemah iman. Kalau dulu kita benci dengan hati, skang pun kita benci dengan hati, xkan la dulu smpai skang iman duk lemah je... Paling tidak pun try....Cuba la walau pun sekali...

Cau lu....

Wednesday, December 07, 2011

Couple dan zina hati



Elo-elo,

Hari ni relax bagi seorang pemuda lak menyuarakan pendapat dia... Tengok bawah ni....

--------------------------------------

Terbaca 1 artikel yang membuatkan ku menyuarakan pendapat.

Erm mungkin inilah penyebab kenapa couple semakin menjadi-jadi.

Secara ringkasnya artikel ini menceritakan tentang zina hati dan couple.

Klik sini untuk membaca artikel tersebut.

Antara kandungannya:


APA HUKUM BERCINTA/COUPLE?
Pertamanya, apa maksud bercinta itu? Adakah maksudnya memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan? Atau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain??

Saya rasa semua bersetuju bahawa kalau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain maka saya kira semua daripada kita akan bersetuju tentang keharamannya.

Tetapi kalau maksudnya, memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, apakah juga termasuk dalam perkara yang haram? Apakah yang salahnya di situ? Mungkin ada yang akan menjawab, tak boleh, kerana bercinta sebelum kahwin itu akan mengundang dosa dengan melakukan perkara-perkara tak baik.

Baik kalau begitu, bercinta itu tidak haram pada asalnya tetapi bertukar menjadi haram kerana tidak mematuhi batas-batas yang dibenarkan. Pendek kata, pengharaman itu berlaku bukan pada perasaan tersebut tetapi pada perkara luar. Atau dengan bahasa usul Fiqhnya cinta itu bukannya حرام لذاته / haram lizatihi, tetapi bertukar menjadi حرام لغيره / haram lighairihi kerana perkara lain.

Bermakna selagi mana batas-batas pergaulannya terjaga maka cinta itu tiada sebab dan alasan untuk diharamkan.

Zina hati itu adalah hati yang menaruh niat untuk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yang dimaksudkan dengan zina hati. Rujuk kembali konteks hadith berkaitan zina hati secara keseluruhan. Tidakkah di pengakhiran hadith tersebut Nabi ada menyebut:

وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ
Maksudnya: (dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Bermakna semua perkara daripada tangan, kaki, telinga, mata, lidah, hati yang menuju ke arah persetubuhan haram barulah dipanggil dengan zina. Sebab itu disebut di pengakhiran hadith (Kemaluan itu yang akan menentukan berlaku atau tidak berlakunya zina).


Apa yang saya faham bila baca artikel dekat atas ini ialah, bercinta boleh kalau batas-batas pergaulan dijaga. Ulang bercinta (cuba fahamkan apa maksud ayat ni)!!! Dalam erti kata lain bercouple boleh kalau kita menjaga batas-batas pergaulan.

Pada pandangan saya, bercinta tidak boleh, mencintai seseorang boleh, tetapi janganlah melebihi daripada cinta pada Ilahi.

Masalahnya sekarang ni, orang dah terlebih sayang menyayangi. Belum kawin dah buat 3b iaitu berpegang-pegang, bersayang-sayang dan berdua-duaan.

Bagi saya, memang cinta sesama manusia boleh, tetapi haruslah disalurkan ke jalan yang betul dan tidak melanggar syariat-syariat islam.

Persoalannya sekarang ni, dari mana datangnya istilah couple ni.

Masa zaman Rasulullah SAW xde pun istilah couple ni.

Penulis dalam artikel ini memang ada memberi hadis-hadis dan ayat Al Quran untuk mengukuhkan pandangan dia.Tetapi saya minta maaf banyak-banyak, saya dah cuba fahamkan hadis dan ayat Al Quran tersebut. Yang saya faham kita hanya boleh mencintai dan bukan bercinta.

Dalam ayat ini tidak ada langsung kiasan mahupun pemberitahuan bahawa kita dibenarkan bercouple kalau kita cintakan seseorang tu.

Cuba fahamkan ayat ini betul2.

Kalau kita sukakan seseorang tu kenapa kita tidak berkawan biasa2 je dengan dia (adap berkawan dalam islam), tidak pelu terlalu istimewa. Cukup keperluan, hantar rombongan. Cara ni kan lebih baik.

Cuba korang cuba baca kisah percintaan antara Saidina Ali dan Fatimah Az Zahrah.

Ada tak couple sebelum kawin. Kedua-duanya hanya kenal antara satu sama lain.

Klik sini Kisah percintaan Saidina Ali dan Fatimah Az Zahrah.

Saya rasa mungkin inilah cinta yang sebenar-benar cinta.

Iman korang kuat tak?
Tak takut ke, kalau korang couple nanti ada timbul perasaan bukan-bukan dekat Gf or Bf korang. Sedangkan para sahabat yang mempunyai iman yang kuat pun menghindari perkara-perkara sebegini. Inikan pula kita, yang sering leka dengan dunia ni. Sering menjadi hamba kepada nafsu. Sedar-sedarlah.... kita lemah.... Hindarilah perkara macam ni.....

Akhir kata dari ku, NO COUPLE BEFORE AKAD...

Just kenal-kenal sudah.

Tak payah nak lebih2.

Cukup keperluan masuk minang.

Sory ye, penulisan kurang baik, biasa la saya ni bukan penulis... hehehe.....

Tegurlah diri ni, jika ada melakukan kesalahan...

Bersamalah kita tegur-menegur.....


---------------------------------------

Sebenarnya relax pun kurang memahami, apa itu zina hati, sebab relax dengar berbagai istilah pasal zina hati ni. Kena tanya ustad la nampaknya lepas ni....

Cau lu....

Smile
:)

Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!