Thursday, September 29, 2011

Isu hangat




Isu hangat!!!! Isu hangat!!!!

   Menjadi perbualan di tempat relax tinggal. Perbualan yang menjadi sebutan selama 1 week. Senang cite sampai sekarang lah topik ni masih hangat dibincangkan kat tempat tinggal relax. Erm topik kali ni agak serius dan wajar dijadikan aktibar. Cerita yang relax bakal relax kongsikan ini adalah benar dan berlaku ditempat tinggal relax. Orang yang terlibat ialah orang kampung tempat relax tinggal dan keluarga relax. Pada mulanya relax xnak dedahkan cerita ini kerana ini melibatkan perniagaan orang dah mungkin juga relax akan memburukkan orang. Tetapi relax nak mintak maaf sesangat sebab relax terpaksa buka  cite ni sebab perkara ini melibatkan kesihatan orang ramai dan relax harap apa yang relax cite ni menjadi pengajaran kepada pembaca2 sekalian.

   Cite bermula pada satu hari dimana ada kenduri ditempat relax tinggal. Tetapi relax x pergi kenduri 2 sebab relax bergegas nak pergi jawab exam.  Lepas jawab exam relax lepak umah kawan relax. Ke esokkan harinya baru relax balik. Sampai kat umah, adik relax serang relax pas 2 cakap kat relax pasal benda yang relax sendiri pun xtau apa yang dia cakap. Tapi relax pelik juga la sebab adik relax yang sorang lagi duk dalam bilik duk buat muka kesian. Relax pun pelik la apahal duk buat muka macam 2 dah macam orang sakit dah tengok. Yang mak relax pun sama gak duk buat muka cam 2. Apa lagi relax pun terus la tanya mak relax kenapa jadi macam ni.

   Dia pun cerita la kat relax a – z. Pas 2 baru la relax tau apa yang jadi. Sekarang ni baru relax tau kenapa  keluarga relax jadi macam 2. Pas 2 apalagi macam2 ayat keluar la menuduh sana sini. Ish2 x baik tau tuduh menuduh ni. Relax x cakap apa la pasal benda ni sebab relax malas nak komen apa2 sebab nanti salah tuduh pula. Tau x apa jadi kat keluarga relax? Cite dia, diorang semua sakit perut. Kalau sakit perut ja x pe. Ni siap deman+pening lagi. Yang paling best nya mak saudara relax sampai pengsan kat tempat keje dia. Mak saudara relax yang lagi 1 pulak suruh mak relax tifon suami dia  ambil. Nak dijadikan cite kedua-dua mak saudara relax x di dimasukkan kedalam wad kecemasan. Sebelah menyebelah pula 2. Yang kesiannya penjual askrim kat sekolah adik relax sampai sekarang x jual lagi askrim dia.

   Disebabkan sakit perut, ubat dia apa lagi pil Chi Kit Teck Aun la. Mak relax g la kedai nak beli pil 2. Tuan kedai 2 cakap pil 2 dah habis. Start saat ini lah terbongkar yang mengatakan satu kampung kena seranga cirit birit. Pas kejadian ni juga lah banyak suri2 rumah menjadi spy. Tempat beroperasi di kedai. Bermacam-macam topik dibincangkan dan akhirnya muncullah penyebab bagi serangan ini.. Rupanya serangan ini berpunca daripada katering kat kenduri ari 2.
  
   Kesimpulannya, penduduk kampung kat tempat relax keracunan makanan. Nampak x macam mana makanan boleh melumpuhkan segala aktiviti dalam sesuatu kawasan. Jadi, beringat-ingatlah masa nak makan sesuatu. Lagi 1 kalau nak buat kenduri 2 pilihlah katering yang dijamin selamat makanan dia. Yang pasti keluarga relax tidak akan makan lagi dekat kenduri yang di servis oleh xxxx katering.

   Jadi kan lah pengajaran terhadap apa yang berlaku kat kampung relax. Kepada sesiapa yang nak buka perniagaan katering 2 pastikan anda menyediakan makanan yang bersih dan selamat.

Habis dah karangan pasal kampung ku.  Haha... panjang sungguh..

Tata

Cau lu...... 

Cekalkan hatimu




   Hai2 bertemu kita kembali didalam rancangan ku kuat ari ni, hehehe. Ari ni nak cakap macam mana nak jadi kuat. Macam mana ye nak jadi kuat. Jom fikir sama2. Relaaaax lu. Bukan kuat badan. Tapi kuat hati. Kuat hati bermaksud kuat nya hati seseorang itu menempuh segala dugaan yang melanda dirinya. Dalam erti kata lain kuat hati juga dikenali sebagai cekal hati. Saje je guna istilah kuat hati sebenarnya nak cite sikit pasal cekal hati.

   Cekal hati boleh diwujudkan apabila seseorang mampu menempuh segala dugaan yang melanda dirinya . jika seseorang itu mampu untuk menempuh segala dugaan yang melanda dirinya, relax pasti hatinya akan cekal. Salah satu cara untuk mewujudkan hati yang cekal ialah banyak bersabar. 

  Sebagai orang islam sabar itu penting bagi diri kita. Lagi satu untuk pengetahuan semua sabar itu tidak ada limit (bagi relax la, xtau la kalau korang). Relax cakap macam 2 sebab jika seseorang telah menetapkan limit diatas kesabarannya itu bermaksud dia telah menetapkan limit terhadap keimanannya. Cuba korang renung2kan lah apa kaitan sabar dengan keimanan. Kita ambil contoh nabi yang terdahulu la macam mana. Mereka tetap sabar walaupun mereka dicaci dan di cela terhadap agama yang dibawa mereka.


يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون
Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya. [Ali Imran: 200]

  Sifat sabar digalakkan dalam Islam. Kita x boleh marah kerana marah itu sifat yang tidak digalakkan dalam Islam. Ini kerana sifat marah boleh menimbulkan keburukan dan pemusuhan. Tetapi korang kena ingat marah 2 ada juga kebaikan dia. Senang cite marah 2 biar bertempat, bukanlah mengikut hawa nafsu dan perasaan.

Jadi, cekal kan lah hati korang dalam menempuh segala dugaan dan selalulah bersabar. 

Peringatan!!!!
Jangan biarkan diri anda terpengaruh dengan hasutan syaitan. 

(Tolong tegur relax kalau ada sesuatu dalam artikel yang relax tulis salah, jangan biarkan relax terus salah, harap maklum.. )

Relax2.... selalu...
papai...
wallahu a'lam......


Monday, September 26, 2011

Daisy




The love i've been dreaming of is all so close to me.

But all i can do is just watching you without words,

In this city of strangers i lived day by day painting love.

Waiting and hoping that you'll be here with the scent of daisies,

It is too late but now i finally recognize you,

But maybe we were not meant to be,

I never wanted to let this love fly away,

But i am sorry i have to leave with you still breathing here.


Daisy song

Sedih kut cite dia. Tp best.. Tgk sendiri la cite dia cam ne... 

Nak kongsi lagu dia je sebab best... hehe...

Tenang2...

Cau lu...

Tidak ku sangka jadi begini




Haaa... Rupanya dia orang 111-111-11...

   Apa dia orang 111-111-11.. hehe x leh gtau, sbb nanti ada orang marah.. kena jaga juga hati orang 2.. Ala 111-111-11 2 x penting pun nak gtau apa maksud dia. Yang nak g tau skang ni baru skang relax tau yang dia 2 rupanya orang 111-111-11. 

   Padahal dah kawan dengan dia dah bape lama dah. Bukan dia nak g tau relax yang dia 2 orang 111-111-11. Dah la relax duk kutuk orang ni. Yang paling x boleh blah skali relax kutuk orang ni depan dia. Besa la dah dia x gtau yang dia 2 orang ni. Patut la selama ni relax duk kutuk orang ni depan dia, dia diam ja. X bagi comment apa2. 
   
   Rupanya dia orang ni. Ish2, lain kali g tau la, nampak sangat selama ni relax duk kutuk orang ni dia bengang gila. Tp nk uat mcm ne, sapa suruh dia x gtau. Haha... padan muka dia. Padan muka relax gak la sebab dah banyak kali bagi dia sakit hati. Aiyo nak uat macam ne. Nak mintak maaf kat dia ke xpayah. Kalau difikirkan logik relax x salah pun. Dia la salah sapa suruh dia x gtau dia orang 2. Kalau g tau relax x la kutuk orang ni depan dia. 

  Tp memang relax salute la dia ni, sebab sepanjang relax kawan dengan dia ni, dia x pernah pun tunjuk kat relax yang dia 2 orang ni. Sampai relax duk kutuk orang ni pun dia diam ja. Xmarah pun, diam ja. Hehe penyabar gak rupanya dia ni. Bagus2... pas ni boleh kutuk orang ni depan dia lagi.. Nak tengok sampai bila dia boleh sabar. Yang pasti dia x tau lagi relax ni dah tau dah yang dia ni orang 111-111-11. 

   Pas ni relax akan diam ja sebab nak tengok sampai bila dia boleh merahsiakan dari relax perkara ni. Pandai betul dia ni simpan rahsia dari relax. 

  @$%#$$#^ (geram2). Sabar2 biar kat dia...... Kita tengok sampai bila dia boleh sembunyikan perkara ni dari relax... Tunggu dah lihat je la... 

K lah, sebenarnya xbaik tau kutuk2 orang ni sebab nanti kena kat kita balik. Tuntasnya jangan lah ikut apa yang relax uat ni. G satu kutuk orang ni ibarat macam mengumpat gak la... So hindarilah diri anda dari kutuk orang... Dari duk kutuk orang 2 bek uat keje yang lebih berfaedah.. 

Yang 2 je kut  uat masa skang...

Akhir kata..
Selalulah berzikir dan baca Al Quran untuk mendapatkan ketengan hati dan redha Allah SWT.....
(salah satu cara)

Peringatan untuk relax gak... hehe
Cau lu...

Friday, September 23, 2011

shutdown your computer (automatically)




안녕

  Hari ni nak ajar sikit korang macam mana nak tutup laptop or pc korang secara automatik... Benda ni juga la yang selalu relax buat... bila nak tido buka laptop pas 2 pasang lagu pas 2 set laptop relax tutup kul bape... (bapa banyak pas 2 la)...

  Sebenarnya senang je nak buat.. xpayah install or download apa2... setiap pc or laptop dah ada command untuk tutup diri dia sendiri....

Kepada sesiapa yang dah tahu... buat2 la x tau ya... kepada yang xtau 2 ni yang nak ajar ni... hehehe...

Ready2 ye... haa g satu ni bukan satu muslihat tapi betul2... korang try la klu x caye...

Cara dia macam ni:-

1) Tekan run or shortcut key windows + r

2) Type kat run 2
shutdown -s -t 3600

3) Click ok

'3600' maksud dia korang nak laptop or pc korang tutup kul bape.... 1jam dalam second 3600..
Jadi laptop korang akan tutup sendiri dalam masa sejam... jd kalu nak laptop korang tutup dalam masa 30 minit gantikan 3600 jadi 1800...dan sebaliknya....

Try jangan x try....

Yang kat atas ni cara nak active kan auto shutdown...Macam selalu kalau ada cara nak active kan mesti ada cara nak matikan... Jadi kat bawah ni cara nak matikan auto shutdown.... 

Cara nak matikan auto shutdown pula macam ni:-

1) Sama macam tadi. 
Type dalam run:
shutdown -a

2) Click ok....

Dah mati.... Senangkan.. Cuba la...

Tatata

Relax2

Cau lu....

Sebarang pertanyaan sila tanya diruangan chat or comment...
Harap maklum... hehe.....

Pai2......


Sunday, September 18, 2011

untuk mu kasih




Nak jiwang balik la...haha....




Video ini ada kena mengena dengan yang hidup....  

Apa pun jgn mencintai seseorang melebihi daripada segala'a... yang paling penting janganlah mencintai seseorang melebihi daripada Allah SWT... 

"No couple before Akad"

Harap2 relax x terjebak la dlm couple2 ni.... 
Bkn apa selalunya kalau relax tegur ja sesuatu 2, mesti kena kat relax balik... mintak2 kali ni x la....

hehe....
relax2... cam selalu...
paipai.....

Friday, September 16, 2011

6pm until 10pm


  Hola2 sedara ku sekalian (bile masa lak korang ni jd sedara relax). Nk cite sikit pasal camera man. Relax la 2. Hehe, aih2 jgn sngka buruk bkn nk b’lagak tp cuma nk cite. Al kisah bermula pd ari ni. Bangun pagi, gosok gigi guna kodomo lion. Gigi bersih sihat dan kuat saya guna kodomo lion.

Sory2 melaluk ja. Kisah bermula beli ubat cabut lari, si anak kembali beli ubat cap ibu dan anak ibu beri……..

Melalut lagi. Kali ni betul….

  Kisah dia cam ni. Ari ni relax pegi kenduri adik beradik relax. Kenduri 2 kat 1 pulau. Tp nama pulau 2 terpaksa dirahsiakan. I’m sory… Yg relax nk cite ni sbb sll’a kenduri dlm range kul 1pm until 5pm. Tapi kenduri kali ni kul 6pm until 10pm. I2 ygn menjadi persoalannya sekarang ni. Knp lah dia uat dlm waktu cam 2 kenduri. Memang lain dari yang lain. Kali pertama dalam hidup relax pegi kenduri time macam ni.

  Kete pengantin pun len macam sikit sbb dihiasi kain. Siap ada budak2 lagi iringi pengantin 2. Fuuuuuhh, memang lain dari yang lain. Daripada pengantin turun kete sampai duk kat atas pelamin, relax ambil video. Dah rasa macam keje jurukamera tv3. Yg pengantin lak macam artis sebab banyak gile orang ambil gambar diorang. Dah la kamera yang diorang pakai semua yang macam wartawan duk pakai. Kalau relax la jadi pengantin 2 memang malu gile la. Jujur2 x tipunya , hahaha… Malu kut sebab dari awal sampai akhir orang ambil gmbr ja.

  Disebabkan terlalu asyik bik video. Sekali nak makan beratur punya panjang daaaa.. Dah la relax ni bab2 beratur ni memang malas gile. Lebih baik x makan dari kena beratur panjang cam 2. Yang mak relax lak mmg dah tau perangai relax cam ne. So, dia pun g la cari nasi dengan lauk kat relax. Selamat la dia cari jumpa. Boleh la gak relax merasai makanan kat kenduri 2. Apa2 pun love u mom n sory mom. Bkn niat ku nk nyusahkan diri mu.

  Eh, lupa nak cakap, sempat lagi kut nk cakap. Relax ni sebenarnya semangat sgt nk bik video ni sbb relax nk uat dokumentari nk tnjuk kat my sis yang skang ni xdpt hadir krn dia xblh balik dari asrama dia. Kesian kat sis relax. Sapa srh belajar jauh sgt. Haha padan muka. Jahat relax ni. Sory2 sis. Melawak ja. Jangan marah. Dah Allah kata dia belajar kat sana nak uat cam ne. Bersabar je la sis.

Tulis pnjng2, sapa nk bc?
Biar la, blh relax bljr cr nk menulis. Lg pun saje je nak bagi bnyk post dlm blog ni..

Dah hbs dah…

cin cau lu...

Thursday, September 15, 2011

yakin itu penting....

   


    Ok kita tinggal dulu segala jiwang2 kat belakang. Ari ni xyah jiwang. Nk cite pasal macam mana nak wujudkan confident dalam diri. Cara lembut ad, cara keras pun ada. Pilih ja nak cara yang mana. Apa yang dikatakan cara lembut n keras 2. Apa? Xnk tau!!!! Xkira nak tau ka, xnk tau ka, baca bawah ni.

   Cara lembut ialah cara yang senang orang nak mewujudkan keyakinan dalam diri. Manakala cara keras pula ialah lawan kepada cara lembut iaitu cara yang susah nak wujudkan keyakinan dalam diri. Cara yang keras memerlukan seorang mewujudkan keyakinan yang betul2 tinggi n agak bahaya. Kebaikan cara ini ialah mengajar seseorang untuk lebih redha dan tetap penderian. Prinsip yang perlu dipegang untuk melakukan cara ini ialah “if you want to do something, just do it.” Cara ini juga membolehkan korang mencabar diri sendiri (sebenarnya cara lembut pun boleh juga.. hahaha). Mesti korang tertanya2kan macam manalah nak buat cara keras ni. Apa pun nanti, baca dulu tentang cara lembut.


   Cara lembut banyak orang buat n agak senang nak melakukannya (betul ka??? Rasanya la). Banyak cara nak melakukan cara lembut ni. Antaranya ialah libatkan diri dalam sesuatu program dan organisasi. Pastikan korang bersuara kalau melibatkan diri dalam sesutu program dan organisasi. Selain itu, cara nak melakukan cara ini juga ialah menguruskan sesuatu program. Cara ini juga tidak berbahaya dan relax nasihatkan korang buatlah cara ni. Jangan uat cara kasar.


K2, ready2 nak tunjuk cara nak lakukan cara kasar ni...

5..
4...
3..
2..
1..
0.9..
0.8..
0.7..
0.6..
0.5..
0.4..
0.3..
0.2..
0.1..
0.09..
0.08........

Aiyo bila mau habis kira la.....

Mula!!!!

Antara cara nak melakukan cara kasar untuk mewujudkan keyakinan dalam diri ialah:-

1.      - Backflip
2.      -Wallflip
3.       -Frontflip
4.       -Butterfly twist


Senang cite libatkanlah aktiviti dalam ‘parkour’ or ‘free running’... 


Agak bahaya kerana:-





"Dia bersyukor sesangat sebab dia x jadi apa2 dalam kejadian di atas..." (kata orang dalam video ni)

Fikir sendiri apa jadi kat orang atas ni... Yang pasti dia sihat sampai sekarang ni... 



"Alhamdulilah... Hamba mu ni bersyukor sesangat pada mu Ya Allah..." (kata orang dalam video ni) 

   Sebab terlalu yakinlah dia lompat dari van 2... Pas lompat masa nk mendarat 2 dia tawakal je.. nmpk x mcm mn situasi dia atas mengajar kita cara nak yakin n tawakal...(Agak bahaya, bnyk lagi cara nak belajar cara nak tawakal n yakin ni. Cara ni juga di pilih.. pelik2...)


   Sebenarnya cara lembut  or kasar sama ja. Yang membezarkan cara kasar ialah agak bahaya....ikut sukalah nak buat cara mana pun. Banyak lagi cara nak wujudkan keyakinan dalam diri. Yang relax cakap ni baru 1%.

   Akhir kata dari relax  wujudkanlah keyakinan dalam diri kerana keyakinan itu penting bagi setiap manusia.


Dah habis dah...

Lakukan lah sesuatu perkara dengan relax...

Relax2 lah selalu.......
blah luuuuu.... oit nk belah apa pisau xde... ish3....

Tuesday, September 13, 2011

Happy


Salam semua. Ari ni best gile... Wacakap samalu.

Sebab apa? I2 yang xtau 2...
Xde la relax hapy sebab ari ni berniaga dapat untung.

Berniaga apa?
Pudding.

    Yang bestnya puding 2 dah la uat sendiri. Walaupun puding yang relax uat xjadi sangat. Tapi still hapy cos ada orang kata puding yang relax uat sedap. Cuba bayangkan selama ni xpernah pun uat benda2 cam ni. Pas 2 dah la x prepare awal. Dalam 1 hari suruh kawan relax hantar melalui sms cara nak uat puding. Then beli barang terus buat puding 2. Disebabkan sebelum ni xpernah buat n xde lansung orang yang pandai uat puding caramel dalam family relax, apa lagi relax men bubuh je la segala bahan2 dalam bekas. Pas 2 dalam resepi 2 kata kacau telur n gula sehingga naik. Apa lagi relax pun kacau la, walaupun hakikatnya relax xtau ‘naik’ 2 apa. Memang orang kata “uat pala tau la ni.” Dengan penuh yakin n confidentnya (samala yakin n confident2) akhirnya puding relax siap, haha hapy nya relax walaupun rupanya agak pelik.

    Keesukkan  harinya dengan x rasa puding yang relax uat. Puding xdi relax bawa kat tempat berniaga n tunjuk kat kwn relax. Apa lagi memang diaorang gelak gile2nya. Selamat la kepala relax xboleh cabut. Kalau x mmg kepala relax 2 relax cabut bubuh dalam poket, malu punya pasal.  Tp nak uat macam mane, niat asal nak uat pudding untuk hari ini. So, tebalkan muka jela . Tapi pudding relax 2 xjual la sebab rupa dia agak menarik (yela 2). Pudding 2 relax hanya bagi orang rasa je.

   Pudding yang kami jual hanya pudding yang kawan relax uat. Sedap kut pudding dia, terbaik..... n n n yang paling best skali ramai kut orang yang datang kedai kami. Sampai pudding habis. Ni baru pagi. Bila tengahari 2 memang kena uat pudding balik. Tengahari pun sama, habis gak pudding kami. Siap ada panel tanya lagi resepi dia macam mana. Yang paling best skali kami dapat panel yang betul2 sempoi. Fuuuuhhhhh harap2 relax boleh rasai lagi hari cam ni... best best best.... hapy hapy hapy....yeeaaaaaahhhh....

Knp semangat sangat nak uat perniagaan ini?
Memang la semangat sebab projek ni sebagai carry mark utk final.

Subjek apa ni?
Entrepreneurship (ETR) (btl ke eje dia cam ni... btl la kut...haha)

Knp mesti cite kat orang hal ni?
Besa la. Dah xde sapa nak jadi tempat relax nak luahkan kegembiraan n kesedihan hati ini. So, blog ini menjadi tempat relax meluahkan segalanya.

Dah2 jangan duk tanya dah. Kalau nak jawab semua solan alamatnya jadi 1 novel la nanti.
Haha, saje gelak...
Relax3.....
Caaaaaaaaauuuuuu lu............................... 

Tuesday, September 06, 2011

selamat tinggal kasih.....




Gembira bercampur sedih,
Itulah perasaan ku sekarang,
Sedih di atas permergian mu,
Gembira krn mndengar suara mu.

Sepi nya hati ini,
Pilunya hati ku,
Xde sape yg tahu.

Jika hatiku blh ku ambil,
Akn ku beri kpd mu,
Untuk di jaga dan di simpan,
Sebagai bukti ketulusan hatiku.

Pergilah kasih ku,
Akn ku sentiasa mendoakan untuk mu,

Akn ku tabahkan diriku,
Diatas pemergian mu,
Selamat tinggal kasihku.........

GOOD BAI....
TATA....TITI....TUTU.....
PAI...PAI,,,,,



Ish2 mengarut je kat atas ni....mungkin dia pergi sana bersebab, bkn pegi saje....kuatkanlah jela hati tu... relax je la.... redha2.....
Hahaha....lalala....caaaauuu luuuuu....


Saturday, September 03, 2011

i love you so much




Dijiwaku terukir namamu,

Di sanubariku hnya tersirat senyuman mu,

Dan di telinga ku hanya terngiang-ngiang suara mu,

Cinta yang hadir tanpa dijangka,

Tidak ku sangka akan kehadiran nya,

Walaupun pertemuan sesingkat mungkin,

Tapi hatiku tetap mencintai mu,

Pertemuan yang tidak diduga bermula dengan rindu yang bersemi dihati,

Timbullah sayang di dalam jiwa dan terhasillah perkataan yang dinamakan cinta,

Walupun jasad ku berkawan disana sini,

Tetapi hatiku masih sayang dan setia kepada mu

Walaupun waktu dan masa menceburi kita,

Ku harap kasih ku,

Sayang ku,

Cinta ku,

Akan setia dan bersemadi di dalam jiwa ku,

Love u so much....


Mcm sll relax 2 penting.....

Thursday, September 01, 2011

Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi



Korang take care kat dia, tp dia x take care kat korang balik pun.

Korang risau kat dia, tp dia xrisau pun kat korang balik.

Korang suka kat dia, tp dia x suka pun kat korang balik.

Korang sayang or cinta kat seseorang, tp dia sikit pun x sayang or cinta kat korang.

Korang sentiasa ingat kat dia, tp dia xpernah pun ingat kat korang.

Korang cuba nak rapat dengan dia, tp dia x pernah pun cuba nak rapat dengan korang.

Korang menunjukkan minat dekat dia, tp dia x pernah pun menunjukkan minat kat korang.

Korang sentiasa ingin berkorban untuk dia, tp dia x pernah pun ingin berkorban untuk korang,

Korang selalu call dia, tp dia x suka korang call dia sampai kadang2 malas nak jawab call korang.

Korang sms dia, tp dia x replay or selalu replay lambat.

Korang meluahkan perasaan kat dia, tp dia bual dont know je.....

Korang bagi nasihat kat dia, tapi dia x ikut pun nasihat korang

Kalau korang menghadapi situasi seperti diatas....ketahuilah bahawasanya dia tidak meminati anda..... Makna kata anda bertepuk sebelah tangan la 2..... Baik korang cari je girl lain or korang berdoa je la agar pintu hati dia terbuka untuk korang...... SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA, TEMPUHILAH DENGAN HATI YANG TABAH, SENTIASALAH REDHA DENGAN KETENTUAN ILAHI. 

Buat masa ni yang 2 je kut yang relax blh senaraikan.
Nanti kalau ada lagi relax senaraikan lagi.

K lah cau2 dulu...
ingat relax itu penting......hehehe,,,,,,

Artikel cinta bertepuk sebelah tangan...


Sekarang

Typing Test

Visit the Typing Test and try!